Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, October 6, 2011

Suzuki Swift serendah RM555 sebulan


Pembeli kereta Suzuki Swift bakal menikmati bayaran bulanan serendah RM555 sebulan apabila Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA), melancarkan versi terbaharu model tersebut semalam.

Kereta Suzuki Swift GX (A) 1.5 liter itu dijual pada harga atas jalan RM65,888 sebuah, merupakan model mampu milik yang diperkenalkan oleh SMA bagi bersaing dengan model lain di dalam segmen B.

Pengarah Urusan SMA, Ibrahim Maidin berkata, pengenalan versi terbaharu yang didatangkan dengan kadar bayaran bulanan serendah RM555 melibatkan tempoh pinjaman selama sembilan tahun dengan 90 peratus pembiayaan melalui AmBank.



"Promosi ini sah sehingga 30 November ini dan pembeli yang membuat tempahan dalam tempoh tersebut boleh menikmati kadar faedah serta bayaran bulanan yang rendah melalui pakej pembiayaan AmBank. Jika sambutan menggalakkan, kami boleh melanjutkan kempen tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran versi Suzuki Swift GX (A) 1.5 liter di sini semalam.



Ibrahim berkata, dengan pengenalan versi terbaharu ini, pihaknya menyasarkan untuk menjual sehingga 400 buah sebulan.

Beliau berkata, sambutan terhadap model Suzuki Swift ketika ini amat menggalakkan kerana SMA berjaya menjual 5,317 buah bagi tempoh Januari hingga September berbanding 5,027 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Ibrahim berkata, Suzuki Swift ketika ini menguasai 1.2 peratus pemguasaan pasaran dan menyasarkan untuk menguasai sehingga 1.7 peratus sehingga akhir tahun ini.

Sementara itu, SMA bakal memperkenalkan model terbaharu sedan Suzuki Kizashi 2.4 liter Januari tahun depan.

Beliau berkata, model terbaharu sedan bakal bersaing antara model bagi segmen C dan D dengan harga berkemungkinan RM130,000 - RM140,000 sebuah



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: gambar Suzuki Swift, harga Suzuki Swift, new Suzuki Swift, price Suzuki Swift, bodykit Suzuki Swift, Suzuki Swift image, Suzuki Swift pictures, warna Suzuki Swift, Suzuki Swift color, pameran Suzuki Swift

2 comments:

  1. smpai nov je? ingtkn slamanya promosi huhu

    ReplyDelete
  2. Hadooooiiii...down payment 10% ka....huhuhu :(
    http://mysweetielovely.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...