Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 : Kenderaan Polis Diterbalikkan

Akibat provokasi dan serangan penyokong BERSIH 3.0 ini terhadap kenderaan polis mengakibatkan kegagalan mengawal kenderaan..

Rakaman video ketiga jelas menunjukkan penyokong Bersih 3.0 ini membaling botol air ke arah kenderaan polis sehingga pecah cermin hadapan.

Rakaman ini juga jelas menunjukkan balingan botol air oleh penyokong Bersih 3.0 ini turut terkena kepada polis yang sedang memandu kenderaan ini, sehingga menyebabkan kenderaan ini gagal dikawal. Dua orang awam menjadi mangsa akibat perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab oleh para penyokong Bersih 3.0

 

Sumber KLIK SINI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: bersih 3, gambar bersih 3, video bersih 3, rakaman penuh bersih 3, foto bersih 3, youtube bersih 3, video penuh bersih 3, anwar bersih 3, polis bersih 3, serangan bersih 3, demonstrasi bersih 3

Fasha Sandha Berbulan Madu Di Pulau Redang


Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

 Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini. “Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik. “Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

 Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya. Fasha dan suaminya, Rizal Ashram selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Jumaat. “Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri. “Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja. Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media. Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.

http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, April 23, 2012

Shiro (Raja Lawak) Ganti 'Johara' Di Era FM


Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Hanaffi akan menggantikan “Johara” iaitu Johan, Ray dan Haniff menerusi segmen Riuh Pagi Era bermula 1 Mei depan.

Shiro yang merupakan juara Raja Lawak musim keenam lalu itu mengambil tempat “Johara” selama dua minggu kerana ketiga-tiga deejay Era FM tersebut mahu bercuti.

"Saya dan Hanaffi telah pun mula berlatih di studio Era FM untuk membiasakan diri dengan semua peralatan pengendalian siaran radio dengan bantuan penyampai lain.

"Insya-Allah peluang ini tidak akan disia-siakan kerana program pagi itu sangat popular dan diminati pendengar,"

Dalam pada itu, Shahrol tidak menafikan mereka gementar kerana tidak pernah ke udara sebelum ini dan gusar dengan penerimaan peminat.

Shahrol bagaimanapun berasa optimistik kerana sebagai pendatang baru peluang sedemikian tidak selalunya muncul.

"Perasaan gementar tu memang ada kerana tidak pernah menjadi penyampai radio sebelum ini namun ia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," ujarnya.

Tambah Shahrol, peluang itu sebenarnya dapat membantu menaikkan lagi populariti mereka di kalangan peminat walaupun baru bergelar anak seni.

Dia juga banyak mendengar program Riuh Pagi Era sebagai panduan dan rujukan dalam memastikan kemunculannya menerusi segmen itu nanti akan lebih bersahaja dan santai.

Kata Shahrol, dia mendapat pelbagai tip daripada Johan selaku penyampai segmen itu dan menyifatkan pelawak berkenaan tidak kedekut ilmu.

"Johan sangat pemurah dengan idea dan ilmu kerana banyak memberi tunjuk ajar dan tip untuk kemunculan kami nanti. Peluang bekerjasama dengannya juga dalam “Super Spontan” telah banyak memberi pengalaman kepada orang baru seperti saya," katanya.

Dalam masa yang sama Shahrol juga banyak menonton video di Youtube terutamanya untuk melihat aksi Allahyarham Din Beramboi yang sangat disanjung sebagai pelawak.

Shahrol memberitahu, kesempatan menimba ilmu daripada Allahyarham semasa menghadiri uji bakat Raja Lawak pada musim ketiga masih dipegang dan akan digunakan semasa bertugas di Era nanti.

"Allahyarham adalah sumber inspirasi saya semasa mula-mula ingin menyertai dunia lawak dan kesempatan menimba ilmu dengannya sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin pada kemunculan saya dan Haniffi nanti," katanya.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, April 21, 2012

Zahida Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri


Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.

Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.

"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.

Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.

Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.

Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.

"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, April 20, 2012

Haram tidak bayar pinjaman PTPTN


Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.

"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.

Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Scha Seksi Dalam Fesyen Baju Spring




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: foto terkini Scha Al-Yahya, gambar Scha Al-Yahya, gambar seksi Scha Al-Yahya, Scha Al-Yahya dan awal, video Scha Al-Yahya, Scha Al-Yahya bergaya seksi

Tuesday, April 17, 2012

Gambar Proton Preve

Proton Preve ditawarkan dengan Tiga varian 
Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)




Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
Stering kuasa hidrolik
Brek ABS dengan EBD
Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar Proton Preve, foto Proton Preve, photo Proton Preve, spesifikasi Proton Preve, Proton Preve specification, Proton Preve price, harga Proton Preve, lokasi showroom Proton Preve, aksesori Proton Preve, bodykit Proton Preve

PROTON Preve dilancarkan


PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu juga akan menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru PROTON di masa depan.

PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global.

“Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.

Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport.

“Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat,” katanya.

Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

“Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang.

Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara.

“Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.

“Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.

Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik.

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.

Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran.

“Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif,” tegasnya.

Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

SPESIFIKASI: Proton Preve

-Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa


-138 kuasa kuda, kilasan 205Nm


-Sistem butang penghidup enjin untuk Premium


-Stering kuasa hidrolik


-Brek ABS dengan EBD


-Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja


-Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS


-Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod


-Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown


-Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km


-Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar proton preve, foto gambar proton preve, majlis pelancaran proton preve, spesifikasi proton preve, aksesori proton preve, features proton preve, harga terkini proton preve, showroom proton preve

Monday, April 16, 2012

Anas Peroleh Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut


Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan masih lagi kekal mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 64 markah pada konsert kedua Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad.

Anas yang merupakan peserta kumpulan A mengalahkan dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Syuhada (41 markah) dan Ferhad, Tisha (44 markah).

Juri tetap, Ramli MS berkata, peserta-peserta Mentor 6 masih lagi belum mencapai tahap sebagai seorang penyanyi profesional.

"Ini merupakan persembahan program kebangsaan. Saya ingin mengingatkan kepada semua peserta bahawa mereka perlu mencapai tahap persembahan masing-masing.

"Dan setakat ini mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Banyak lagi perkara yang perlu diasah," katanya.

Pada konsert kedua bagi kumpulan A itu, Anas membawakan lagu Dewi dan berduet bersama dengan protege Ella daripada kumpulan B, Caroline untuk lagu Keliru.

Tisha pula tampil dengan lagu Naluri Lelaki dan berduet dengan KJ (protege Adam) menerusi lagu Aku Dan Dirimu.

Manakala Ana Syuhada membawakan lagu Patah Seribu serta Someone Like You secara duet bersama Zatul (protege Ogy).

Sebelum ini pada konsert minggu pertama kumpulan A, Anas memperoleh markah keseluruhan sebanyak 79, Tisha (55) dan Ana pula mendapat 51 markah.

Sharifah Aini yang juga merupakan juri tetap bersama Ramli MS berkata dia amat gembira dengan persembahan kesemua peserta secara keseluruhan.

Sementara itu, kesemua peserta Mentor akan mengadakan persembahan showcae di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu (18 April) pukul 3 petang.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, April 12, 2012

Jemputan Kad Nikah Fasha Sandha 27 April Ini

Tengok Jemputan Kad ni. Fasha Akan nikah pada 27 April. Tapi lokasi dirahsiakan..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Ranking Bola Sepak Malaysia ke-156 Dunia


Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.

Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.

Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.

Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.

Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.

Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21.

Bagi ranking dunia, Sepanyol masih kekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay.

Ketiadaan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara sepanjang bulan lalu jelas memberikan kesan besar kepada ranking skuad bola sepak negara yang hanya mengadakan perlawanan persahabatan berdepan skuad bertaraf negeri, Sarawak pada 25 Mac lalu.

Mengikut rekod sepanjang tahun 2012, ranking skuad Harimau Malaya tidak pernah mengalami sebarang kenaikan sejak berada pada tempat ke-148 Januari lalu.

Jatuh dua anak tangga pada Februari, pasukan negara terus turun ke tangga ke-152 pada Mac sebelum berada pada tempat ke-156 bagi bulan ini.

Namun, skuad Datuk K. Rajagobal berpeluang kembali mendaki ranking FIFA menerusi aksi persahabatan dengan Sri Lanka pada 28 April ini

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rita Rudaini Akan Pastikan Dapat Hak Penjagaan Anak


Pelakon Rita Rudaini Mokhtar akan memastikan mendapat hak penjagaan anak selepas berpisah dengan suaminya, bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 11 bulan.

“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,”


Rita meniup lilin pada kek hari lahirnya yang ke-36 tahun tanpa suami di sisi.
Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.

Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.

Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil,25, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Tambah Rita, dia akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.

Tambah Rita, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi selain reda dan menyerahkan kepada Allah.

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.

Bagaimanapun, Rita kesal kerana Aidil tidak mampu menjadi suami yang tegas untuk melindunginya dan anak-anak selain enggan berbincang bagi menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak menghalang Aidil untuk bertemu dengan dua orang anak mereka kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan

“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” katanya.

Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.

Aidil turut mempunyai seorang pasangan kembar iaitu Zaquan Adha yang merupakan suami kepada pelakon Ayu Raudhah.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, April 11, 2012

Penyokong berang Terengganu kalah


Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjadi sasaran penyokong yang kecewa akibat kekalahan 0-2 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC di sini, semalam.

Penyokong yang berang sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin PBSNT, termasuk jurulatih Penyu Mat Zan Mat Aris.

Keadaan itu berlarutan apabila kira-kira 300 penyokong berhimpun di depan pintu masuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Namun keadaan mula terkawal dengan kehadiran sepasukan polis termasuk anggota Rela di pekarangan stadium berkenaan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year | Kempen Mialiana.com - Peserta Kempen

Sesiapa yang suka dan minat kepada blog dan blogger MIALIANA - Jangan lupa undi beliau menjadi pemenang Nuffnang Blogger Of The Year..

Klik Sini MIALIANA.

Caranya senang je...

Membuat undi pada setiap hari dengan hanya klik pada badge yang sudah tersedia di dalam blog ini.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Aaron Aziz Dapat Taraf Penduduk Tetap


Permohonan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia akhirnya diluluskan oleh pihak kerajaan.

Aaron yang diwawancarakan dalam Berita TV9 berkata, dia menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan akan mengambil kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat ini.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas, enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, pelakon filem Ombak Rindu itu pernah meluahkan hasratnya untuk mendapatkan penduduk tetap (PR) di Malaysia selepas mendapati rezeki kerjayanya lebih banyak dilakukan di negara ini.

Sementara itu, kemenangan Aaron yang baru sahaja menerima Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) pada Ahad lalu, telah dipersoalkan tentang kemenangannya oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Zed mempersoalkan kemenangan Aaron menerusi entri Twitter miliknya pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa apabila seorang warga negara Singapura yang mendapat anugerah tersebut.

Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Pada ABPBH 2011, Aaron turut menerima Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rita Rudaini Dapat SMS Cerai Daripada Suami


Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, April 10, 2012

Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz


Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,"

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.


Antara komen Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz.
Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

"Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima.

Selain itu, Aaron memberitahu pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3.

Tahun ini adalah cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga," katanya.

Aaron diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan undian sebanyak 87,669.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu.

Dia turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi acara itu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, April 9, 2012

Artis Berpakaian Seksi di ABPBH 2011

Ni Aku rasa artis yang berpakaian seksi pada malam tu... seksi ke?? hehe...




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Aaron Aziz Dapat Nissan Teana 250 XV V6 RM175,0000

Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Sekitar Red Carpet ABPBH 2011




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...