Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, February 16, 2013

900 cedera meteor terhempas di Rusia



Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.
Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.
Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan.
“Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman,” katanya.
Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa.
Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan.
Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak.
Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius.
Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi.
“Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini,” katanya.
Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi.
Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.
“Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan,” katanya.
Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Twitter digodam


New York: Gergasi media sosial, Twitter adalah antara syarikat Amerika Syarikat (AS) terbaru yang melaporkan menjadi mangsa serangan keselamatan internet, sambil menyatakan penggodam mungkin meraih akses terhadap maklumat 250,000 daripada keseluruhan 200 juta pengguna aktifnya. 

Dalam satu kenyataan di blog, Twitter berkata ia mengesan percubaan untuk meraih akses kepada data penggunanya awal minggu ini. Ia menghentikan satu serangan sebaik saja ia dikesan. 



Twitter bagaimanapun mendapati bahawa penggodam mungkin mencuri kata laluan pengguna, alamat emel dan kata kunci sulit membabitkan 250,000 pengguna yang mana mereka menyifatkannya sebagai “peratusan kecil daripada semua penggunanya.” 


Syarikat itu menala semula kata laluan dan telah menghantar emel kepada penggunanya yang terjejas. 

Serangan Twitter itu berlaku tidak lama selepas serangan terbaru terhadap sistem komputer syarikat AS, membabitkan The New York Times dan The Wall Street Journal. 

Kedua-dua akhbar itu minggu ini melaporkan bahawa sistem komputer mereka diceroboh oleh penggodam yang berpangkalan di China dan mungkin bertujuan memantau liputan media yang dianggap penting oleh kerajaan China. 

Jumaat lalu, The Washington Post mendedahkan dalam satu artikel yang diterbitkan dalam laman webnya, bahawa ia turut menjadi sasaran serangan siber kompleks, yang ditemui pada 2011 dan adalah yang pertama dilaporkan oleh blog keselamatan siber bebas. 


Jurucakap Washington Post, Kris Coratti, tidak memberikan sebarang perincian termasuk tempoh serangan atau sumber serangan, tetapi mengikut sumber yang dipetik akhbar itu, tanpa memberikan identiti, bahawa penceroboh meraih akses seawal 2008 atau 2009. 

Mengikut sumber itu, penyerang China juga dalam senarai yang disyaki. 

Coratti bagaimanapun gagal dihubungi untuk maklum balas oleh The Associated Press. 

Mengikut komen beliau kepada akhbar itu, syarikat berkenaan bekerjasama dengan syarikat keselamatan, Mandiant untuk “mengesan, menyiasat dan mengatasi situasi itu dengan segera pada akhir 2011.” 

China dituduh melancarkan kempen intipan siber secara meluas untuk beberapa tahun, dengan percubaan mencuri maklumat rahsia dan rahsia korporat. 

Kementerian Luar China bagaimanapun gagal dihubungi untuk maklum balas pada Sabtu lalu, tetapi kerajaan China sebelum ini berkata tuduhan itu adalah tidak berasas dan menyatakan China sendiri menjadi sasaran serangan siber. 

Twitter tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada ia percaya serangan ke atasnya membabitkan China. Namun, kiriman blog pengarah keselamatan maklumat syarikat itu, Bob Lord, menjelaskan bahawa penggodam itu amat mengetahui apa yang mereka lakukan. 

Mengikut Lord dalam blog itu, serangan itu “bukan kerja amatur, dan kami tidak percaya bahawa kejadian itu adalah sesuatu yang asing.” 

“Penyerang itu amat kompleks, dan kami percaya syarikat dan organisasi lain juga menghadapi serangan yang sama,” kata Lord. 

“Justeru, kami merasakan adalah penting untuk mengumumkan serangan sementara kami berusaha untuk mencari lebih banyak maklumat, dan kami sedang membantu kerajaan dan penguat kuasa undang-undang persekutuan dalam usahanya untuk menangkap dan mendakwa penyerang ini dalam menjadikan internet selamat untuk semua pengguna.” 

Jurucakap Twitter, Jim Prosser yang dihubungi Sabtu lalu tidak memberikan sebarang maklum balas lanjut. - AP


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tablet 4K, 20 inci


Tablet terbaru itu dibangunkan sebagai tanda kesediaan Panasonic meneroka segmen tablet pengguna selepas bertapak kukuh dalam komputer tahan lasaknya menerusi jenama Toughbook. 

Secara asasnya tablet pengguna terbaru Panasonic ini memiliki paparan beresolusi tinggi 4K pada 3840 x 2560 atau 9.83 juta piksel, dengan ketumpatan pencahayaan 230 piksel setiap inci yang menawarkan paparan warna imej berkualiti tinggi. 

Peluang menguji cuba komputer tablet ini memberikan pandangan yang lebih luas bagaimana teknologi tablet sebesar itu dapat diterapkan dalam kegunaan harian pengguna.

Tablet itu mampu memaparkan kesempurnaan pada paparannya yang mana pengguna dapat memperincikan setiap imej dengan membesarkannya untuk menghalusi atau untuk dilihat secara pandangan kasar.

Bahkan, dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi sambungan tanpa wayar, Panasonic berjaya menemui formula berkesan untuk menghubungkan kedua-dua peranti bagi membolehkan dua pengguna berbincang dan membuat sebarang pertukaran pada paparan secara serentak walaupun berada di lokasi yang berjauhan.

Tablet 4K, 20 inci − Paparan beresolusi tinggi 4K pada 3840 x 2560 atau 9.83 juta piksel.
− Ketumpatan pencahayaan 230 piksel setiap inci yang menawarkan paparan warna imej berkualiti tinggi.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Monday, February 4, 2013

Adibah Noor jadi deejay


Hasrat penyanyi Adibah Noor untuk bergelar deejay radio sejak kecil tercapai apabila dia ditawarkan berkhidmat dengan stesen Suria FM bermula Isnin berganding dengan Halim Othman untuk slot Ceria Pagi @ Suria.
Adibah, 42, berkata dia begitu bersyukur kerana cita-cita itu terlaksana juga selepas mendapat tawaran berkenaan selain menganggap ia sebagai satu anjakan dalam kerjayanya.
"Sejak di bangku sekolah lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio dan tidak menyangka hasrat itu akhirnya tercapai tambahan pula bergandingan dengan Halim yang sememangnya kegemaran saya," jelasnya ketika ditemui di studio stesen radio itu selepas selesai program kendalikannya bermula pukul 5 pagi hingga 10 pagi di sini pada Isnin.
Slot Ceria Pagi @ Suria ke udara pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat.
Bercerita pengalaman hari pertama bertugas, Adibah berkata dia sangat gementar namun gembira dapat bergandingan dengan Halim yang cukup berpengalaman.
Mengenai kontraknya sebagai deejay itu katanya, buat masa ini dia hanya mengikat kontrak selama enam bulan dan akan menyambungnya jika ia mendapat respons positif daripada pendengar.
"Walaupun minat tetapi radio bukan bidang saya sebab itu buat permulaan ini saya minta kontrak selama enam bulan dan akan memperbaharuinya jika saya bersesuaian untuk bergelar deejay," katanya.
Dalam pada itu, Adibah memberitahu, penglibatannya sebagai juruhebah radio tidak bererti dia perlu meninggalkan bidang nyanyian dan lakonan sebaliknya akan cuba membahagikan masa sebaiknya untuk mengimbangi kesemua kerjaya itu.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...