Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, October 25, 2012

Jadual Perjalanan PLUS Sempena Aidiladha

Berikut adalah jadual perjalanan yang dicadangkan oleh PLUS sempenan cuti perayaan Aidiladha. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya Qurban. Berhati-hati di jalan raya..



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

2 juta kenderaan di lebuh raya sempena Cuti Aidiladha


Kira-kira dua juta kenderaan dijangka menggunakan laluan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai esok berikutan cuti umum sempena Aidiladha pada Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd Nizam Ismail berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

"Kami jangkakan dua juta kenderaan ini kerana pada setiap waktu puncak dan musim-musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat," katanya di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata data itu merangkumi jumlah trafik yang menggunakan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak mereka terlibat dalam kesesakan lalu lintas. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, October 20, 2012

Kelantan juara Piala Malaysia

Tahniah kpd Kelantan menjadi Juara Piala Malaysia. Syabas buat ATM yg mara ke Final Piala Malaysia dan memberi tentangan sengit kepada Kelantan..

Kelantan menang 3-2



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Keputusan Terkini Piala Malaysia - Kelantan 3 ATM 2


Keputusan terkini final piala Malaysia. Kelantan mendahului ATM dengan 2-2 pada separuh masa pertama. Gol pertama mudah yg telah dilepaskan oleh penjaga gol ATM.

Gol seterusnya begitu pantas melalui penyamaan oleh ATM kemudian Kelantan membalas semula mendahului kembali 2-1.

ATM menyamakan kedudukan menjadi 2-2
Kelantan menambah 1 lagi jaringan gol dalam masa tambahan.. kedudukan Kelantan mendahului 3-2



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: Kelantan lawan atm, keputusan final piala malaysia 2012, juara piala malaysia 2012, gambar terkini perlawanan kelantan lawan atm,

Terkini Final Piala Malaysia : Hujan Melanda Stadium


Hujan mula melanda Stadium Shah Alam sebentar tadi.. Aiyoo esok semua penyokong mesti demam.. hehe. Harap masa mula main nanti, hujan dah berenti. Kalo tak mungkin kacau sedikit rentak permainan antara Kelantan dan ATM.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gelombang Merah Mula Memenuhi Stadium


Gelombang merah sudah mula menguasai Stadium Shah Alam.. Malam ini merupakan perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan pertemuan antara Kelantan dan ATM.

Penuh Stadium dengan kaler merah. Semangat kesukanan yang tinggi. Semoga diorg semua menjaga etika semasa menyaksikan perlawanan akhir ini.

Selamat berjuang... 

~ Sokong ATM ~

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: perlawanan akhir kelantan vs atm, final piala malaysia kelantan vs atm, keputusan perlawanan kelantan vs atm, video perlawanan kelantan vs atm, gambar perlawanan kelantan vs atm, keputusan terkini piala malaysia kelantan vs atm, juara piala malaysia kelantan vs atm

Wednesday, October 17, 2012

Malaysia belasah Hong Kong 3-0



Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong 3-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Hong Kong.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali menghadiahkan gol pertama buat skuad Harimau Malaya pada minit ke-59 sebelum Safiq Rahim menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan percuma pada minit ke-81.

Mohd. Fakri Saarani menambah derita tuan rumah pada masa kecederaan apabila berjaya menyambar bola sepakan percuma Safiq untuk gol ketiga skuad negara. -

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Kuswadinata tenat di Hospital




KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.
"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.
"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.
"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.
Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mahu melawat ayahnya itu.

Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez.
Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.
"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.
"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.
“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya.
Sementara itu Freddie Fernandez telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan.
Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, October 12, 2012

Red Warriors vs Red Alert untuk Final Piala Malaysia



Penyandang juara, Kelantan (Red Warriors) menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenam Selangor 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam ini.

Dengan berbekalkan kemenang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan turun dengan semangat membara untuk membenam Selangor di gelanggang mereka.

Kelantan akan berhadapan ATM (Red Alert) di perlawanan akhir Ahad ini selepas B. Sathianathan membawa skuad tentera itu ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 46 tahun hasil kemenangan ke atas Lions XII menerusi penentuan sepakan penalti, semalam.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

ATM ke Final Piala Malaysia




Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Lions XII menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

ATM akan menenti pertemuan juaran bertahan Kelantan dan Selangor yang akan beraksi di separuh akhir kedua malam esok.

Syabas ATM!!!



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, October 11, 2012

Mark Hughes di mungkin dipecat



Lembaga Pengarah Queens Park Rangers akan memutuskan sama ada akan memecat Mark Hughes dan digantikan dengan Harry Redknapp minggu ini.

Skuad The Hoops kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris tanpa menunjukkan sebarang tanda mereka mampu menyelesaikan krisis semasa.

Bekas bos Tottenham, Redknapp, 65, dianggap calon terbaik berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya, malahan boleh dilantik terus tanpa perlu membayar sebarang pampasan.

Tekanan kian dirasai Hughes, yang belum menghasilkan keputusan memberangsangkan meskipun diperuntukkan 50 juta pound (RM246 juta) oleh pemilik, Tan Sri Tony Fernandes bagi memantapkan skuad yang terselamat daripada penyingkiran musim lalu.

Dengan saingan Liga Perdana berhenti rehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada jadual perlawanan antarabangsa, inilah masa terbaik untuk Rangers membuat perubahan yang dirasakan perlu.

Sebelum ini, Tony berulang kali menyokong Hughes, dengan alasan dia mahukan kestabilan di kelab.

Namun, itu tidak bermakna jawatan Sparky selamat dengan mengambil kira nasib pengurus dahulu, Neil Warnock, yang dipecat meskipun berjasa membimbing pasukan kembali ke liga utama selepas 15 tahun. - AGENSI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tiket final Piala Malaysia RM40



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam 20 Oktober ini pada harga RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menerusi satu kenyataan semalam, FAM berkata, penentuan harga tiket tersebut dibuat pada Mesyuarat Exco FAM 4 Februari lalu.

Pasukan yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir bakal ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua yang melibatkan pertembungan di antara Kelantan dan Selangor Jumaat ini manakala ATM menentang LIONXII esok.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu, FAM menetapkan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk yang melibatkan antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun harga itu dianggap kurang munasabah oleh peminat bola sepak tempatan sebaliknya Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, harga tersebut sangat wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

PSSI gantung kelab Safee



Masalah dalaman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memasuki babak baru apabila 25 kelab yang beraksi di bawah badan induk persatuan tersebut digantung dan Pelita Jaya, pasukan yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali turut menjadi mangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan perkara itu selepas menerima surat rasmi dari PSSI, semalam.

"Ya, FAM ada mendapat sepucuk surat rasmi daripada PSSI berhubung penggantungan kelab-kelab berkenaan hari ini (semalam).

"Dalam surat itu ada dinyatakan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalinkan sebarang hubungan rasmi dengan pihak-pihak negara luar termasuk Malaysia.

"Salah satu kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali," katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun begitu, beliau menegaskan 'pengharaman' itu tidak menjejaskan peluang Safee untuk mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

"Laporan tersebut tidak menyentuh larangan pemain negara kita iaitu Safee untuk beraksi dengan skuad kebangsaan.

"Cuma buat masa ini, FAM hanya dimaklumkan pemain-pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab tersebut, itu sahaja, "katanya yang enggan mendedahkan senarai kelab-kelab tersebut.

Mac dahulu, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pernah mengarahkan PSSI yang diketuaiDjohar Arifin Husin mencari formula menyelesaikan kemelut dalaman badan induk persatuan negara itu apabila terdapat kecelaruan status Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL).

Melalui penjelasan berkenaan, Safee boleh membantu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 16 Oktober dan Vietnam pada di Hanoi pada 3 November ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Jimmy Shanley & Isteri Sah Bercerai



Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.
Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.
Abd Halim yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.
Tebus talak itu dibuat mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang difailkan Nursuhaila.
Dalam prosiding itu, Nursuhaila, 26, yang merupakan plaintif bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang sementara Jimmy, 33, pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hutang di antara mereka.
Peguam Syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan pihak plaintif ada menerima permohonan Jimmy untuk bersetuju menebus talak dengan nilai RM1 pada Jumaat lalu.
Berikutan itu pihaknya membuat keputusan agar kes permohonan cerai secara baik yang difailkan di mahkamah syariah di sini ditarik balik termasuklah permohonan nusyuz (kembali taat) yang masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dekat sini.
Sa’adiah berkata, permohonan Jimmy berhubung tuntutan hadanah iaitu hak jagaan anak Zahrah Shanley yang berusia setahun akan tetap diteruskan.
Jimmy diberi hak untuk melawat anaknya yang berada dalam jagaan ibu Nursuhaila iaitu pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim di Sungai Buloh dekat sini.
Pengacara Trek Selebriti terbitan Astro itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Ketika di luar mahkamah Jimmy berkata dia telah mengkhianati janji terhadap ibu mertuanya untuk tidak menceraikan Nursuhaila.
“Saya telah mungkir janji kepada ibu mertua saya untuk tidak menceraikan Nursuhaila. Tapi apa nak buat minat, hobi pun tak sama,” katanya.
Nursuhaila bagaimanapun mengucapkan rasa syukur kerana kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.
Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, October 6, 2012

Shila Amzah Gagal Hadiri Kemuncak AIM



Pemenang pertandingan Asia Wave 2012, Shila Amzah sedih apabila tidak dapat menghadiri Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) yang bakal berlangsung pada 17 November depan di Stadium Melawti Shah Alam selepas pertama kali dicalonkan dalam dua kategori sebagai artis solo.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, pada tarikh tersebut dia akan membuat persembahan pembukaan untuk artis terkenal Eric Moo dalam konsert siri jelajah penyanyi itu di Beijing, China.
"Pada dasarnya saya mahu menghadiri AIM tahun ini kerana ini adalah kali pertama saya dicalonkan sebagai artis solo tambahan pula lagu Patah Seribu yang tersenarai untuk anugerah itu adalah ciptaan saya sendiri.
"Saya juga terpaksa menolak tawaran daripada pihak produksi AIM untuk mengadakan persembahan pada malam itu kerana akan berada di China," 
Shila dicalonkan dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Patah Seribu.
Dalam pada itu, Shila memberitahu dia teruja apabila dicalonkan dalam dua kategori tersebut di samping nama-nama besar lain.
Ujarnya pencalonan yang diberikan sudah menjadi kemenangan buatnya apabila lagu ciptaannya dipilih antara lima lagu terbaik di negara ini.
"Ia cukup bermakna buat diri saya kerana dapat dicalonkan bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi penulis lirik dan komposer," katanya.
Sementara itu, Shila gembira apabila semakin ramai muka-muka baru yang dicalonkan dalam anugerah berprestij itu dan melihat perkara itu sebagai satu pertumbuhan positif.
Katanya, mereka benar-benar berbakat kerana selain berkebolehan menyanyi, berkeupayaan juga menulis lirik dan lagu sendiri sehingga berjaya dicalonkan dalam AIM.
"Ini menunjukkan perubahan positif dalam industri muzik tempatan dan bakat mereka diterima dengan baik," ujarnya.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, October 1, 2012

Aliff Aziz Berehat Sebulan Kerana Jantung



Penyanyi Aliff Aziz diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas mengalami serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada Ahad.
Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Sony Music yang menaungi Aliff, pada Isnin, penyanyi berusia 21 tahun itu akan dibawa pulang ke Singapura bersama keluarganya dan bakal menjalani rawatan susulan di tempat kelahirannya itu.
Segala aktiviti seninya juga terpaksa dibatalkan dengan serta-merta atas sebab kesihatan tersebut.
Kenyataan tersebut turut menjelaskan, apa yang berlaku terhadap Alif itu tiada kaitan dengan isu keretakan hubungannya dengan pelakon Anne Ngasri, baru-baru ini.
“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.
Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pagi Ahad sebelum dia sempat membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan Star Publications di sini
Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...