Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, October 11, 2012

PSSI gantung kelab Safee



Masalah dalaman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memasuki babak baru apabila 25 kelab yang beraksi di bawah badan induk persatuan tersebut digantung dan Pelita Jaya, pasukan yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali turut menjadi mangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan perkara itu selepas menerima surat rasmi dari PSSI, semalam.

"Ya, FAM ada mendapat sepucuk surat rasmi daripada PSSI berhubung penggantungan kelab-kelab berkenaan hari ini (semalam).

"Dalam surat itu ada dinyatakan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalinkan sebarang hubungan rasmi dengan pihak-pihak negara luar termasuk Malaysia.

"Salah satu kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali," katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun begitu, beliau menegaskan 'pengharaman' itu tidak menjejaskan peluang Safee untuk mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

"Laporan tersebut tidak menyentuh larangan pemain negara kita iaitu Safee untuk beraksi dengan skuad kebangsaan.

"Cuma buat masa ini, FAM hanya dimaklumkan pemain-pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab tersebut, itu sahaja, "katanya yang enggan mendedahkan senarai kelab-kelab tersebut.

Mac dahulu, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pernah mengarahkan PSSI yang diketuaiDjohar Arifin Husin mencari formula menyelesaikan kemelut dalaman badan induk persatuan negara itu apabila terdapat kecelaruan status Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL).

Melalui penjelasan berkenaan, Safee boleh membantu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 16 Oktober dan Vietnam pada di Hanoi pada 3 November ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...