Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, June 12, 2016

Berbuka Puasa Dengan Buffet Steamboat di Firehouz

Semalam berbuka puasa buffet steamboat di Firehouz, Semenyih. Tidak mengecewakan selain steamboat ada juga menu tambahan yang lain.. Harga mampu milik dan berbaloi-baloi untuk dicuba. Dewasa hanya RM29.90 dan kanak-kanak RM15. Kambing black pepper bakar sendiri.. fuh sodap.. hehe..


"Jom Berbuka di Firehouz , beroperasi setiap hari untuk Buffet Ramadan ( kemudahan surau ada disediakan) mulai 7 Jun hingga 3 Julai 2016 jam 6 hingga 10.00 malam dengan harga RM29.90 untuk Dewasa dan RM15 untuk kanak2 ( 6 hingga 12 Tahun ) antara menu tambahan adalah Kambing Bakar, Nasi Arab, bubur lambuk ,tamar, kuih muih disamping Kambing,Ayam,daging,Udang Galah serta Menu Steamboat sedia ada tempahan awal amatlah dialu-alukan sebarang pertanyaan / tempahan 012 3205816"





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

google: lokasi menarik berbuka puasa, tempat sedap berbuka puasa, lokasi iftar berbuka puasa, steamboat di semenyih, buka puasa dengan steamboat, gambar makanan berbuka puasa, menu kambing bakar berbuka puasa, tempat best berbuka puasa, tempat murah iftar, tempat murag berbuka puasa, lokasi steamboat murah, steamboat sedap, harga mampu milik berbuka puasa, review steamboat firehouz, jalan-jalan cari makan firehouz

Saturday, June 11, 2016

Hadiah Kek RM50,000 Termasuk Jam Tangan Rolex


Pelakon Rafidah Ibrahim menjelaskan kek hari jadinya yang ke 30 tahun bernilai RM50,000 adalah termasuk jam tangan yang dihias bersama kek berkenaan.

Rafidah atau nama sebenarnya Rafidah, 30, berkata, jam tangan jenama Rolex itu berharga lebih RM40,000 dan ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan perniagaannya yang menganjurkan majlis sambutan ulang tahun berkenaan pada 4 Jun lalu.

"Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.

"Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif,"

Rafidah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang foto sambutan hari jadinya yang diadakan di The Row, dekat sini dikatakan menjadi kontroversi apabila ia menelan belanja tinggi dengan kek sahaja berharga RM50,000.


Tambahnya, dia sambutan besar-besaran pada ulang tahun kelahirannya itu dibuat tanpa pengetahuannya.

"Saya sendiri tidak tahu mereka buat kejutan tersebut kerana pada asalnya saya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukkan fesyen sahaja.

"Hampir 100 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis dijemput memeriahkan majlis itu. Mereka juga hadiahkan saya dengan persembahan daripada kumpulan muzik kegemaran saya iaitu 6ixth Sense," ujarnya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, majlis bernilai hampir RM100,000 itu dianjurkan semata-mata untuk meraikan dan menghargai penat lelahnya dalam bidang perniagaan.

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur.

"Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang bisnes kosmetik Rsecrets, Rafidah berkata, dia bakal membuka sebuah kilang kosmetiknya sendiri di Melaka.

Sambutan mengalakkan terhadap produk pertama iaitu serum membuatkan dia yakin untuk melakukan pelaburan lebih besar lagi dalam bidang kecantikan.

"Tahun lalu saya hanya mengedarkan produk serum dan Alhamdulillah permintaan tinggi sehingga keuntungan tersebut saya boleh buat pelaburan membuka sebuah kilang.

"Insya-Allah, rancangan saya untuk melancarkan set penjagaan kulit sendiri tidak lama lagi," ujarnya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Mizz Nina Gembira Diterima Sebagai Penyajak


PETALING JAYA: Pengacara Mizz Nina berasa gembira apabila bacaan puisi dan sajak dengan elemen rap yang disampaikannya mula mendapat perhatian dan maklum balas positif penonton.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, percubaan itu bagi memberi kelainan dalam menyebarkan mesej dan dakwah kepada masyarakat.

"Pengalaman saya dalam bidang rap, saya anggap sebagai satu kelebihan dalam saya persembahkan puisi atau sajak saya kerana dengan cara itu saya lebih menghayati.

"Alhamdulillah pendekatan bersajak atau berpuisi sambil menyelitkan rap mendapat maklum balas positif dan saya lega kerana ia mula diterima baik.

"Sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba bacaan puisi atau sajak tetapi ia sebenarnya menyeronokkan dan cara mudah untuk menyampaikan mesej atau dakwah,"

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia kini lebih selesa melibatkan diri dengan program berpuisi atau sajak selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi menyanyi.

Malah dia juga banyak menerima undangan mempersembahkan sajaknya dan terharu apabila mula diiktiraf sebagai penyajak walaupun masih baharu dalam bidang itu.

"Saya sendiri tidak sangka akan terlibat dalam bidang ini tetapi selepas melakukannya saya dapati ia adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya juga terharu ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini pengerusi majlis memperkenalkan saya sebagai penyajak dan bukannya selebriti atau pun penyanyi," ujarnya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Datuk Siti Pusing Satu KL Cari Karipap



Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza memberitahu teringin untuk makan karipap Sira memandang itu ialah kuih kegemarannya di bulan Ramadan.

“Setiap kali bulan puasa saya akan cari Karipap Sira tetapi di sini (Kuala Lumpur) susah betul nak cari. Baru-baru ini saya teringin sangat nak makan Karipap Sira saya pusing satu KL tapi tak jumpa.

“Kalau balik Kuala Lipis memang saya akan beli kuih tersebut. Karipap sira intinya adalah sayur-sayuran, sama lebih kurang seperti popia sira cuma kiuh itu dalam bentuk karipap.

“Kalau setiap kali tiba bulan puasa, saya memang akan cari kiuh karipap sira pedas tu. Tapi memandangkan di KL tiada, dapat makan popia sira pun jadilah,”

Dalam pada itu mengulas mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan, Datuk Siti memberitahu dia kini memperlahankan aktiviti nyanyian buat seketika.

“Ya saya berehat seketika kerana banyak komitmen dalam bidang perniagaan. Maksud rehat saya ialah rehat dari segi konsert-konsert atau persembahan besar.

“Kena pula pada bulan Ramadan ini, saya agak sibuk dengan bidang perniagaan di mana saya baru sahaja memperkenalkan koleksi baju Raya iaitu Creation Sesuci Lebaran 2016.

“Alhamdulilah, perniagaan tudung kolaborasi bersama Ariani juga semakin mendapat sambutan, jadi saya ambil masa ini untuk beri fokus kepada perniagaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Datuk Siti kini memperluaskan perniagaan produk kecantikkannya, SimplySiti menerusi sistem atas talian dengan kerjasama Amax Mall.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Dapatkan Baucer Tunai di Old Town White Coffee



• Sah untuk makan di OLDTOWN White Coffee yang mengambil bahagian sahaja.

• Tidak diterima di KLCC, Mitsui Premium Outlet, Taman Tema, Cameron Highlands , Langkawi , Lapangan Terbang, Signature, Grand dan Basic outlets
• Promosi sah pada hari bekerja bermula 10 Jun hingga 10 Jul 2016. Tidak sah digunakan pada hujung minggu dan cuti umum.
• Penebusan terhad kepada 1 (satu) baucar promosi untuk setiap transaksi.

• Transaksi MESTILAH termasuk sekurang-kurangnya pembelian 2 (dua) set MyDulang . Sementara stok masih ada
• Tidak boleh ditukar dengan wang tunai secara keseluruhan atau sebahagian .

• Jualan semula baucar adalah dilarang.

• Baucar ini tidak sah digunakan bersama dengan baucar tunai, atau baucar lain, diskaun, promosi, tawaran atau digunakan untuk membeli barang jualan lain.
• Sah untuk pembayaran tunai sahaja.

• Harga adalah tertakluk kepada GST dan caj perkhidmatan.

• Pengurusan berhak untuk mengubah dan meminda mana-mana penggunaan di atas dan baucer tanpa sebarang notis.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Thursday, June 9, 2016

Jihan Muse Pakai Kain Batik Pergi ke Pasar



Hos program Awak Kat Mana, Nabila Huda paksa Jihan Muse memakai kain batik dan baju kurung Kedah untuk pergi ke pasar untuk membeli barang masakan.

Jihan enggan memenuhi permintaan Nabila atau Abil pada mulanya, namun terpaksa akur apabila anak penyanyi rock lagenda Amy Search itu terlebih dahulu menyediakan pakaian untuknya.

Aksi mereka berkain batik dan berbaju kurung kedah telah menarik perhatian pengunjung pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara.

Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.

Sepanjang berada di dapur, Jihan tidak habis-habis mengusik Abil yang berubah karakter ketika memasak.

Abil yang selama ini dikenali sebagai seoranng yang ranggi dan ceria, tiba-tiba berubah menjadi sopan di dapur.

Jihan terkejut apabila melihat Abil tidak kekok malah bersahaja ketika menyediakan bahan masakan dan menyiapkan hidangan untuk Izwan.

Banyak lagi aksi menarik Jihan dan Abil yang boleh disaksikan dalam RMS petang ini dan jangan lupa untuk menonton program masakan lain dari yang lain ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store (pengguna Apple) dan Google Play (pengguna Adroid), menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Buku Resepi Datuk Fazley Tewaskan 200 Chef Selebriti Dunia



Buku resepi pertama tulisan Datuk Fazley Yaakob, My Sucre Story memenangi tempat pertama di Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China.

Buku yang mengandungi 35 resepi menjadi juara bagi kategori  Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe (Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV Luar Eropah) mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan Judy Ann Santos Agoncillo peserta Filipina untuk tiga tempat teratas.

Pengumuman untuk pertandingan tersebut telah diadakan di Yantai, China pada 29 Mei lalu sempena festival makanan di negara tersebut.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Gourmand International di Barcelona, Sepanyol itu disertai 205 buah negara dari seluruh dunia.

Juara Masterchef Selebriti itu telah melancarkan My Sucre Story pada bulan Mac 2016 di Singapura dan Oktober 2015 di Paris Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris, tempat pengajian beliau sebelum ini.

Antara resipi yang diketengahkan dalam buku My Sucre Story ialah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron, Puteri Mandi dan resepi warisan dari negeri kelahiran Fazley, Negeri Sembilan.

Buku ini turut memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin cuba memasak dan baking untuk kali pertama.

The World Gourmand Cookbook Awards ini memberi makna sangat besar kepada penulis buku masakan, tarafnya sebaris  Anugerah Oscars dan Sukan Olympic bagi mereka.

Pertandingan Gourmand World Cookbook Awards bermula pada tahun 1995 dan memberi pengiktirafan kepada chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti.

Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...