Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, October 31, 2011

3 Juta jika berjaya tangkap Askar Israel


Seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi menaikkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM3 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkap tentera Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin.

Putera Khaled bin Talal, saudara lelaki kepada hartawan Putera Alwaleed bin Talal, memberitahu stesen televisyen al-Daleel menerusi telefon kelmarin, tawarannya sebagai membalas dendam berikutan ancaman dikeluarkan rejim Zionis itu terhadap Sheik Awadh al-Qarani, ulama terkenal Arab Saudi yang menjanjikan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) bagi penangkapan seorang tentera Israel.

“Dr al-Qarani berkata beliau menawarkan AS$100,000 cuma untuk menangkap seorang tentera Israel tetapi rejim Zionis bertindak balas dengan menawarkan AS$1 juta untuk membunuh beliau.


“Saya memberitahu Dr al-Qarani saya menyebelahinya dan membayar baki AS$900,000 (RM270,000) untuk menawan tentera Israel supaya banduan Palestin lain dapat dibebaskan,” katanya.

Al-Qarani berkata dalam laman Facebooknya minggu ini yang beliau membuat tawaran sebagai reaksi kepada ganjaran hampir sama dibuat sebuah keluarga Israel bagi sesiapa yang dapat menangkap orang yang membunuh seorang anggota keluarga mereka pada tahun 1998, berikutan perjanjian pertukaran banduan awal bulan ini.

Al-Qarani memang terkenal di Arab Saudi kerana kelantangan beliau memberikan pandangan.

Arab Saudi, tempat lahir Islam, melihat dirinya sebagai juara mempertahankan hak penduduk Palestin tetapi pemimpin negara itu berusaha mengekang lebih banyak kenyataan radikal daripada ulama berhubung konflik Israel-Palestin.
Pada 2002, negara itu menawarkan inisiatif damai dengan mengiktiraf penuh Israel jika rejim itu menyerahkan semua tanah yang dirampas ketika perang pada tahun 1967 dan menerima penyelesaian bagi pelarian Palestin.

Tawaran al-Qarani dibuat berikutan pembebasan tentera Israel, Gilad Shalit, yang ditawan Hamas di Gaza lebih lima tahun. Israel terpaksa bersetuju membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin sebagai pertukaran. – Agensi

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gajah lawan Nyamuk Aedes


Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melepaskan kira-kira 400 nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo) dewasa di kawasan hutan Jalan Bestari 2, Kampung Sri Aman di sini, dalam usaha mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penyakit demam denggi di kampung terbabit.

Ia dijalankan di bawah Program Pengawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxo dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi menjayakan program berkenaan.

Kampung Sri Aman dipilih sebagai lokasi melalui hasil pemantauan dari 27 Jun hingga 10 Oktober lalu oleh pihak USM.

Dalam pemantauan menggunakan teknik Ovitrap yang dipasang lima hari sebelum dan tujuh hari selepas fogging dijalankan, USM mendapati terdapat banyak pembiakan nyamuk Aedes.

Ahli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP Zon 12, Mohd Nasir Yusoff, berkata Kampung Sri Aman mencatatkan 11 kes demam denggi dengan enam daripadanya sah positif sejak awal tahun lalu.

“Gotong-royong sudah dilaksanakan tetapi paling penting, bagaimana cara untuk mengatasi pembiakan nyamuk Aedes.
“Program ini diharap menjadi contoh kepada zon lain di dalam kawasan MPSJ termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dalam menangani penyakit demam denggi di kawasan masing-masing,” katanya pada Pelancaran Skuad Denggi JKP Zon 12 dan Pelepasan Nyamuk Toxorhynchites 2011 di Balai Masyarakat Kampung Sri Aman di sini, kelmarin.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim; Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Kaji Hayat USM, Prof Abu Hassan Ahmad.

Abu Hassan berkata, USM menerusi Unit Kawalan Vektor sudah membiakkan nyamuk Toxo sejak 20 tahun lalu selepas mendapati nyamuk berkenaan mampu mengurangkan pembiakan nyamuk aedes sekali gus mencegah demam denggi.

“Nyamuk Toxo hanya memakan madu bunga dan jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Ia hidup di dalam kawasan hutan hijau dan kerana itulah kita memilih kawasan berhutan untuk melepaskan nyamuk dewasa ini yang akan menetaskan jentik-jentiknya dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.

“Pemantauan selepas sebulan pelepasan akan dibuat menggunakan alat khas yang dikenali sebagai Alat Memerangkap Jentik-Jentik Nyamuk (MLTD) bagi memastikan jumlah jentik-jentik aedes yang terdapat di situ,” katanya.

Sementara itu, seramai 10 wakil JKP dan 20 wakil penduduk Kampung Sri Aman dipilih sebagai Skuad Denggi bagi mengingatkan penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran premis mereka bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Skuad ini dilengkapkan dengan pelbagai peralatan bagi menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengadakan gotong-royong.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Nadia Mustafar bayar RM50 ribu kepada Lisdawati

Lepas ni kalo nak keluar kenyataan hati2 sikit. takut jadi fitnah, pastu kena saman... :)


Pelakon Lisdawati memenangi saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan Nadia membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisda dengan kos 4 peratus bermula tarikh penghakimannya



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, October 29, 2011

Arsenal belasah Chelsea 5-3

Robin van persie telah mencipta hatrik membantu Arsenal membelasah Chelsea 5-3... manakala Manchester United menang tipis ke atas Everton 1-0..



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011


Tahian kpd Negeri Sembilan jadi juara Piala Malaysia 2011.. Hoben jang Hoben... yehooo... Terima Kasih kepada penjaga gol terengganu memberi peluang kepada NS untuk menang malam ni.. hehehe..

Negeri Sembilan menang dengan mengalahkan Terengganu 2-1. Gol negeri sembilan dijaring pada perlawanan semakin tamat...

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59. Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya dan gol kemenangan negeri sembilan menjelma pada minit 86..

Syabas dan Tahniah kepada pemain2 negeri sembilan..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Hoben Jang Hoben... Hoben Jang Hoben


Lagu pembakar semangat untuk pemain-pemain Negeri Sembilan dan penyokong negeri sembilan. Hoben jang Hoben.. Hoben jang Hoben..


Hoben Jang Hoben (4 kali)
Dari sawah turun padang
Kini Kau dah pandai nondang
Kali ini mosti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben Jang Hoben (4 kali)

Sumbek gol banyak-banyak
Biar sampai jaring koyak
Main biar hati-hati
Jangan masuk gol sendiri

Hoben Jang Hoben (4 kali)

2-1 Kocik Bonar
4-1 senyum lobar
kalau boleh 7-0
biar dia balik melopong

Hoben Jang Hoben (4 kali)

Yang Pertuan sokong kito
Menteri bosar sokong kito
undang luak sokong kito
Jangan buek malu muko

Hoben Jang Hoben (4 kali)

Bukan main bola lisut
Bukan main bola tampar
Biar orang terkojut
Kito menang piala Malaysia

Hoben Jang Hoben (4 kali)

Kali ini kalau kalah
Balik kampung potong gotah
Kito jangan menggelabah
Semok biarlah kito punggah

Hoben Jang Hoben (4 kali)


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: lirik lagu hoben jang hoben, lagu hoben jang hoben, lagu bola negeri sembilan, perlawanan bola sepak negeri sembilan, perlawanan akhir piala malaysia, final piala malaysia 2011

Keputusan Terkini Final Piala Malaysia: N.Sembilan vs Terengganu


Terengganu akan berjumpa dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Akhir Piala Malaysia malam ini. 

Hoben Jang Hoben............ Hoben Jang Hoben............
Klik sini lagu Hoben jang Hoben

Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini. Jurulatih Negeri Sembilan pula, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya Negeri Sembilan dilabel sebagai underdog.

Berikut adalah keputusan terkini Final Piala Malaysia, Negeri Sembilan menentang Terengganu

Negeri Sembilan 2 - 1 Terengganu



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: negeri sembilan lawan terengganu, perlawanan akhir negeri sembilan lawan terengganu, final piala malaysia negeri sembilan lawan terengganu 2011, jadual final piala malaysia negeri sembilan terengganu, keputusan terkini piala malaysia negeri sembilan terengganu, lokasi jualan tiket final piala malaysia, hadiah juara piala malaysia, tempat perlawanan akhir piala malaysia 2011,

Friday, October 28, 2011

Tiket mahal, Laman web FAM kena Godam

Aku bukak pagi ni laman web FAM jadi Server Undergoing Maintainence.. Sapelaa penggodam nya ni agaknya eh??


Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, October 27, 2011

FAM takkan turun harga Tiket


Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. “Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Para penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal.

Ketika menggesa demikian semalam, Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.

Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.

Setiusaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan.

“Rata-rata penyokong bukannya dari golongan berada dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami,” kata beliau.

Wan Mohd Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana prihatin memberi subsidi 30,000 tiket dengan harga RM25, namun jumlah tersebut masih belum mencukupi.

Semalam sekumpulan penyokong pasukan Negeri Sembulan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket perlawanan akhir itu.

Timbalan Kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya bersepakat dengan Kelab Penyokong Ganusoccer.net bagi memulau perlawanan Sabtu ini dengan hanya berada di luar stadium. Pada musim lepas, harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk grandstand. — BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, October 24, 2011

Manchester City belasah Manchester United 6-1


Itulah hakikatnya Manchester United telah diaibkan dan dibelasah dengan jaringan besar oleh Manchester City. Ini menunjukkan betapa kuatnya Manchester City untuk EPL kali ini. Dan aku jangkakan Manchester City boleh menjuarai EPL kali ini dengan prestasi jaguh lain seperti Liverpool dan Arsenal yang tidak konsisten. Manakala Chelsea pula kalah mengejut kepada QPR 0-1.

Kemenangan Man City bermakna mereka melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan 93.

Keputusan Perlawanan Malam tadi:

Arsenal 3 - Stoke 1
Fulham 1 - Everton 3
Manchester United 1 - Manchester City 6
Balckburn 1 - Totthenham 2
QPR 1 - Chelsea 0



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Manchester United kena belasah, Manchester United kalah kepada manchester city, manchester city menang ke atas Manchester United, jadual epl, jadual perlawanan Manchester United, Manchester United kalah teruk

Chong Wei kalah lagi kepada Chen Long

Apa sudah jadi dengan Chong Wei kalah lagi dengan pemain muda China iaitu Chen Long. Nampaknya mungkin Chong Wei sudah tua atau skillnya sudah mudah dibaca lawan, sudah masanya Malaysia ketengahkan pemain muda. Strategi China memang menjadi, memberi ruang kepada pemain muda mereka untuk beraksi di pentas dunia.. Sebelum ni Chong Wei kalah dengan bermain 3 set, tapi kali ni macam tak bermaya hanya dikalahkan Chen long dalam 2 set sahaja..


Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal buat kali kedua berturut-turut untuk menjinakkan pemain China, Chen Long dalam perlawanan akhir Terbuka Denmark Siri Super Perdana Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.

Kali ini pemain Nombor 1 dunia itu menyerah 15-21, 18-21 dalam tempoh 49 minit pada perlawanan di Odense Sport Park seperti mana dia dikecewakan lawan yang sama dalam perebutan kejuaraan Terbuka Jepun, bulan lalu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



Google: chong wei kalah lagi, chong wei kalah kepada chen long, chen long juara atasi chen long, gambar chen long, lin dan bersara

Sunday, October 23, 2011

Pemain NS dapat RM200,000

Hoben jang Hoben. Cayalah Negeri Sembilan dapat masuk Final Piala Malaysia. Masuk final dapat 200, 000 tu belum menang lagi Piala Malaysia, berapa laa agaknya diorg dapat?? Aku sokong NS untuk menang Piala Malaysia nanti :) . Konfem ramai org kampung, sedara mara aku pi tengok final ni...  Hoben Jang Hoben!!!


Skuad bola sepak Negeri Sembilan menerima insentif RM200,000 semalam, ekoran prestasi cemerlang pemain dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Imbuhan itu merupakan suntikan semangat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) kepada pemain dan barisan jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, setelah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.

Insentif tersebut disampaikan Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada ketua pasukan, Shukor Adan pada majlis makan tengah hari bersama pemain di Klana Resort, di sini, semalam.

Mohamad, yang juga Menteri Besar berkata, walaupun jumlah insentif itu tidak seberapa, namun ia merupakan sebahagian usaha pihak persatuan untuk menghargai komitmen pasukan yang sentiasa gigih berjuang di sepanjang saingan Piala Malaysia tahun ini.

"Saya memberikan sedikit buah tangan kepada pemain setelah berjaya sehingga ke peringkat ini.

"Imbuhan ini tidak sebanyak yang diberikan oleh pasukan lain tetapi PBNS sentiasa menjaga soal kebajikan para pemain," katanya pada majlis tersebut.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Chong Wei jumpa Chen Long lagi

Chong Wei akan jumpa Chen Long pada final Terbuka Denmark. Harap kekalahan sebelum ini kepada Chen Long tak menjadi badi kepada Chong Wei.. Taktik Lin Dan berjaya sebab dia kalah pada pusingan awal memberi ruang kepada pemain muda China untuk menimba pengalaman dan menguji kekuatan Chong Wei.. Malaysia tak nak buat macam tu ke? asik berharap kepada Chong wei sahaja.. tiada pemain pelapis muda dari Malaysia yang cuba diberi ruang beraksi lebih lama...


Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan bintang muda China, Chen Long, pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, hari ini.

Chong Wei, yang mencari kejuaraan keenam musim ini, melangkah ke final selepas mengalahkan pemain tuan rumah yang berpengalaman, Peter Hoeg Gade, 21-19, 23-21 pada saingan separuh akhir semalam.

Pertarungan sengit memakan masa 40 minit itu membolehkan Chong Wei menjadi pemain tunggal negara ke perlawanan akhir selepas beregu lelaki negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong terkandas pada separuh akhir.

Chen Long pula mara ke final apabila menumpaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Beregu negara Thien How/Wee Kiong tidak dapat menyaingi kehebatan beregu pilihan utama China, Cai Yun dan Fu Haifeng apabila tunduk 11-21, 11-21.

Sebelum ini, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menerima nasib malang apabila terkeluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dikecewakan oleh pasangan Korea Selatan, Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo 21-15, 15-21, 12-21.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Terengganu, N.Sembilan ke Final Piala Malaysia


Terengganu dan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia 2011 apabila kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing di tempat sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berjaya menewaskan Selangor 2-1 (agregat 4-1), manakala Negeri Sembilan mara selepas mengalahkan T-Team 2-1 (agregat 6-3) untuk bertemu kali pertama dalam saingan akhir Piala Malaysia

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: keputusan separuh akhir piala malaysia, pasukan ke final piala malaysia, keputusan perlawanan separuh akhir, keputusan final piala malaysia

Saturday, October 22, 2011

Yasmin Hani bernikah dengan Sha'arin Black Rose


Pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson, 32, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sha'arin Mohammed Razali Wong di Duchess Place, Jalan Ampang di sini, pukul 3.45 petang tadi.

Dengan sekali lafaz bekas pemain dram kumpulan rock Black Rose itu sah bergelar suami kepada selebriti itu yang dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM80 dan hantaran sebanyak RM32,000.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran antaranya senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan beg, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran termasuklah sebuah tafsir al-Quran, kamera digital dan sejadah.

Selepas akad nikah itu majlis resepsi diadakan di tempat sama di mana adik Sha'arin iaitu Qushairi dan anak saudara Yasmin Hani iaitu Liyana Azmi menjadi pengapit pasangan mempelai terbabit.

Kira-kira 500 tetamu hadir pada majlis resepsi yang bertemakan klasik dan moden Inggeris.

Kedua-dua pasangan pengantin mengenakan hasil rekaan Hatta Dolmat Couture selain barangan kemas tajaan K.M. Oli Muhamed.

Ini adalah perkahwinan Sha'arin yang ketiga selepas bercerai dengan pelakon Ida Nerina, baru- baru ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rebat tol PLUS sempena Deepavali


PLUS Expressways Berhad (PLUS) memberi rebat tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kad PlusMiles, Touch n' Go dan SmartTAG sempena Deepavali.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan kad elektronik itu akan menerima rebat 20 peratus, Rabu ini dan 10 peratus pada Isnin dan Jumaat.

“Pengguna akan menerima rebat itu jika membayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Elite, Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Butterworth-Kulim sepanjang tiga hari berkenaan dan tidak tertakluk pada masa tertentu,” katanya.

Katanya, rebat boleh dituntut di mana-mana pusat khidmat pelanggan sepanjang lebuh raya PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka pada bulan berikutnya. Bagaimanapun tiada rebat kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Plaza Tol Bangunan Sultan Abdul Samad. – BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, October 20, 2011

Lesen memandu ikut Tarikh Lahir

So lepas ni masa hari jadi bagi 2 hadiah - 1 hadiah hari lahir dan 1 lagi hadiah memperbaharui lesen memandu.. :)


Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.

Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.

Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac.

Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013.

Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Spa ikan sebar HIV dan Hepatitis C

Bahaya tu.. sia2 je nanti kene HIV. Orang yang menghidap HIV ni, bila guna terapi ikan ni boleh sebarkan penyakit merbahaya tu kepada orang lain. Kementerian Kesihatan memberi nasihat orang ramai henti terapi ikan.


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air - Sumber Berita Harian



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, October 19, 2011

Budak tak digalakkan tonton TV


Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.

Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.

Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.

Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik.

Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat.

AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, October 18, 2011

Keputusan Terkini Separuh Akhir Piala Malaysia


Berikut adalah keputusan Terkini Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Malaysia..

T-Team - 2
N. Sembilan - 4

Terengganu - 2
Selangor - 0

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: keputusan terkini separuh akhir piala malaysia, separuh akhir piala malaysia 2011, juara final piala malaysia, jaringan separuh akhir piala malaysia, kumpulan ke final piala malaysia, jadual separuh akhir piala malaysia, lokasi perlawanan separuh akhir piala malaysia, gambar separuh akhir piala malaysia 2011, keputusan separuh akhir piala malaysia

Lokasi Kedai Makan Menu Rakyat


Menu Rakyat 1Malaysia.. Jom2 makan murah2.. sedap?? cuba rasa sendiri. Aku pun belum pernah rasa lagi.. hehehe... Sarapan pagi hanya RM2 dan makan tengahari RM4.

Sarapan ini RM2 adalah bagi pakej seperti sebiji roti canai dan teh tarik/teh O/Kopi, manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar/ikan/ayam, air sirap/teh ‘O’ ais/air kosong dengan harga RM4


Berikut adalah lokasi Menu Rakyat di Kuala Lumpur:

KAFE SELERA FITRAH
49G, JALAN 8/146, BANDAR TASIK SELATAN 57000 KL

NASUHA ENTERPRISE SDN BHD
NO 1 & 3 JALAN JUJUR 2, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR

ALYA SEAFOOD
NO. 13 JALAN RAJA UDA,KG BARU KL

RESTORAN ROSE
NO 49A, JALAN RAJA ALANG, KG BARU KL

RESTORAN NASI KANDAR SAHARA SDN BHD
NO. 56, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, 50100 KL

GERAI SKOT
DESA CAFE & KOPITIAM
GROUND FLOOR, BANGUNAN ATS, 55 JALAN KG PANDAN 55100 KL

KEDAI MAKANAN & MINUMAN JAHABAR ALI
101, JALAN MEGA MENDUNG BANDAR PARK, JALAN KLANG LAMA 58200 KL

ABC BIG OWN CAFÉ
NO 1 CITRUS PARK, PLAZA OUG, TAMAN OUG, JALAN KLANG LAMA 50600 KL

MAKAN CAFE MEDAN SELERA MEGA
NO. 11 JLN MEGA MENDUNG, KOMPLEKS BANDAR OUG, OFF BATU, 4 1/2 JALAN KLANG LAMA KL

KEDAI MAKAN NASI CAMPUR ONE O.U.G
JALAN AWAN BESAR, 58200 KUALA LUMPUR

SELERA TOMYAM KUCHAI LAMA
NO.1, BATU 6 1/2, PERKARANGAN SEK. KEB. JLN KUCHAI LAMA, 58200 K.L

WARISAN TEMURUN
NO 9, MEDAN SELERA PUTRA LAUT PWTC

YOP CATERING
MEDAN SELERA PUTRA LAUT PWTC

GERAI 14
TAMAN SRI MURNI SELAYANG

RESTORAN AL MUBARAK
TINGKAT 4 THE MALL KL

RESTORAN IMAM ALI
28GM JALAN PERDANA 6/8 PANDAN PERDANA, 55300 KL

AISAH CAFÉ
LG 26 PANDAN SAFARI, PANDAN PERDANA 55300 KL

SELERA KITA
GERAI NO 1 DEPAN MAYBANK, JALAN MANIS 6 TAMAN SEGAR CHERAS

GERAI KELUARGA
GERAI NO 3,LEISURE MALL,CHERAS BATU 6 TAMAN SEGAR, KL

RESTORAN SEDAP NASI KANDAR
1, JALAN ARA SD 7/3A, BDR SRI DAMANSARA, 52200 K.L

BAPAK CATERING & SERVICES
14, TMN CITY OFF JLN. KUCHING, SEGAMBUT 51200 KUALA LUMPUR

RESTORAN EMAS RAYA
NO. 43, TAMAN KOK DOH, 51200 KUALA LUMPUR

D CONDO ENTERPRISE
JALAN 2, DUTAMAS SEROJA, TAMAN SPPK, SEGAMBUT , KL

SELERA KITA
GERAI NO 1 DEPAN MAYBANK, JALAN MANIS 6 TAMAN SEGAR CHERAS

GERAI KELUARGA
GERAI NO 3,LEISURE MALL,CHERAS BATU 6 TAMAN SEGAR, KL

RESTORAN SEDAP NASI KANDAR
1, JALAN ARA SD 7/3A, BDR SRI DAMANSARA, 52200 K.L

RESTORAN SEDAP NASI KANDAR
1, JALAN ARA SD 7/3A, BDR SRI DAMANSARA, 52200 K.L

BAPAK CATERING & SERVICES
14, TMN CITY OFF JLN. KUCHING, SEGAMBUT 51200 KUALA LUMPUR

RESTORAN EMAS RAYA
NO. 43, TAMAN KOK DOH, 51200 KUALA LUMPUR

Lagi... Boleh layari website ini. Semua senarai kedai terdapat disini Menu Rakyat 1Malaysia


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: Senarai kedai makan menu rakyat, lokasi kedai menu rakyat 1malaysia, lokasi makan murah di kuala lumpur, lokasi makan murah di kl, promosi menu rakyat, senarai makanan menu rakyat, senarai menu rakyat, harga menu rakyat 1malaysia

Monday, October 17, 2011

Gambar Jurutera pencipta Menara Jam Besar Di Mekah

Masih muda dan bersemangat Jurutera ni yang bernama Wan Nazri Wan Aria. Beliau berumur 31 tahun.

Wan Nazri merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi di Mekah.




Lihat lagi gambar >> Jam Menara Di Mekah


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: Wan Nazri Wan Aria, gambar Wan Nazri Wan Aria, biodata Wan Nazri Wan Aria, facebook Wan Nazri Wan Aria, twitter Wan Nazri Wan Aria, foto Wan Nazri Wan Aria, komen Wan Nazri Wan Aria, ulasan Wan Nazri Wan Aria, menara jam di mekah

Gambar Menara jam di Mekah sentuhan anak Malaysia

Ooo baru aku tau menara jam kat Mekah tu adalah sentuhan anak Malaysia juga. Patut laa cantik.. :) Cuba tengok gambar menara jam kat bawah ni ...


Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ‘sentuhan anak Malaysia.’

Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Katanya, menara itu memerlu kan lightweight steel structure untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungja wab itu.

Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.

Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

Masjidil Haram

“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.

Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui oleh kumpulan media Tabung Haji sedang menikmati teh tarik di Restoran Felda D”saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.

Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada tenaga pakar yang melakar sejarah di Mekah, apabila dibabitkan dalam kerja-kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di tanah suci itu.

Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh di lihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya yang berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

Masjidil Haram

Selain itu 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam itu.

Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai US$3 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari tahun depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya Kumpulan Binladin pada bulan Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar dari Premier Composite Technology berada di sini bagi memantau dan menyelia kerja-kerja akhir pembinaan menara jam itu.

Sementara itu menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata beliau mengambil masa yang lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu.

Rakannya, jurutera dari Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata bahan komposit merupakan satu bidang baru, dan tidak banyak syarikat di dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu, dan ia membuatkan kebanyakan pakar dalam pemasangan bahan itu biasanya saling mengenali antara satu sama lain.

Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama merupakan satu kelebihan nyata, dan menurutnya beliau bersama kumpulan rakan-rakannya itu turut terlibat dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu. – BERNAMA



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Google: menara jam mekah, gambar menara jam mekah, suasana mekah, gambar jam di masjidil haram, jam besar di mekah, pengalaman di mekah, gambar-gambar menarik mekah, jam besar makkah, menara besar mekah, menara jam Kota Makkah al-Mukarramah, biodata Wan Nazri Wan Aria, gambar Wan Nazri Wan Aria, facebook Wan Nazri Wan Aria

Sunday, October 16, 2011

Wajah Dalam Karikatur

Begitulah rupa dan wajah karikatur aku. Dilukis dalam bentuk kartun, nampak slim laa sket dan gagah perkasa.. hehe.. Terima Kasih kepada Kartunis Nik II yang aku jumpa kat Metro Point Kajang.

Mula-mula anak aku yang nak muka dia dilukis, lama kelamaan aku pun terasa nak juga gambar aku dilukis dalam bentuk kartun. Dengan wife aku sekali dilukisnya. Dengan bayaran RM10 seorang untuk hitam putih. Jika berwarna RM 20 seorang..

Ok korang layan laa karikatur aku ni.. Jangan gelak lebih2.. hehehehe... ada iras tak?

Bajonz


Serius Mimi bila karikatur nya dilukis... ni laa hasilnya... :) Permintaannya, Namanya pakai kaler pink ..

Syamimi

Mula-mula Ibu mimi malu... Tengok banyaknya barang dia shopping :)

Syana

Wajah Karikatur Dr.Rozmey dan Tiger Woods




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: karikatur, kartunis majalah lawak, karikatur dr rozmey, karikatur tiger moods, kartun dr rozmey, lukisan karikatur, lokasi metro point kajang, tempat menarik metro point kajang

MyKad Baru tahun depan

Boleh laa aku buat myKad baru tahun depan. Yang ada ni pun dah buruk, 1st version punya tu. tapi cip mykad aku ni masih tahan sampai sekarang :)


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.

"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

"Inisiatif ini berhubung kait dengan agenda meningkatkan fungsi ciri-ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen setelah mengambil kira aduan rakyat berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd. Said; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Hishammuddin berkata, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

Tambahnya, MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

Beliau memberitahu, buat masa ini pengguna MyKad sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.

Dalam pada itu, Hishammudin berkata, pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari itu adalah susulan dan perluasan kepada program rintis Pengeluaran Gantian MyKad 1 Hari yang dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Ibu Pejabat JPN Kuching, Sarawak.

Menurut Hishammudin, inisiatif Pengeluaran MyKad 1 Hari itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kuasa diberi kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara memilih pejabat JPN yang mempunyai kepimpinan dan kemampuan untuk melaksanakan program itu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Chong Wei Bersara...


IBARAT langit dan bumi! Itulah rumusan tepat aksi final antara Lee Chong Wei dan Goh Soon Huat apabila jaguh perseorangan itu mudah menumbangkan lawannya untuk mengungguli Grand Prix (GP) Sirkit Kebangsaan 2011 di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.

Kemenangan 21-15, 21-5 dalam tempoh 29 minit membolehkan Chong Wei merangkul kejuaraan GP Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut dan yang terakhir buatnya selepas memutuskan tidak akan bertanding tahun depan bagi memberi peluang kepada pemain lain.

“Bagi saya, tidak kira sirkit tempatan atau antarabangsa, ia sama penting tetapi saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memahami keputusan saya kerana tahun depan adalah tahun penting untuk fokus kepada Sukan Olimpik.

“Lagipun, sudah tentu sukar untuk saya beraksi dalam sirkit tempatan kerana sering bertembung dengan kejohanan antarabangsa,” katanya yang terus terbang ke Copenhagen malam tadi untuk menghadapi Siri Super Premier Terbuka Denmark, bermula Rabu ini.

Chong Wei berkata, dia yakin keputusan itu juga akan membuka saingan lebih sengit kepada pemain lain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng.

“Kemampuan mereka setara, tetapi saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri antara pemain terbaik dunia,” katanya yang membawa pulang RM7,000 sementara Soon Huat, RM3,600.
“Aksi menentang Chong Wei menjadi pengalaman berharga dan membuktikan masih banyak yang perlu saya pelajari,” kata Soon Huat.

KEPUTUSAN FINAL

Perseorangan Lelaki: Lee Chong Wei mn Goh Soon Huat 21-11, 21-5; Perseorangan Wanita: Lydia Cheah mn Tee Jing Yi 21-14, 21-17; Beregu Lelaki: Mohd Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock mn Mohd Lutfi Zaim-Vountus Indra Mawan 19-21, 21-15, 21-19; Beregu Wanita: Vivian Hoo-Woon Khe Wei mn Chin Eei Hui-Goh Liu Ying 17-21, 21-15, 21-15; Beregu Campuran: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei 21-15, 21-14

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Jurang pemain muda badminton sangat jauh

Begitu mudah Chong Wei meratah mengalahkan pemain muda badminton negara. Nampak sangat jurang pemain muda dan senior sangat jauh. Lihat sahaja pemain China, Ceng Long yang baru berusia 22 tahun telah berjaya mengalahkan Chong Wei baru baru ini. China dah ada pelapis. Malaysia???


Pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton Sirkit Grand Prix Kebangsaan buat kali ke-10 berturut-turut di Stadium Juara Bukit Kiara di sini hari ini.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk menundukkan pemain muda berusia 21 tahun Goh Soon Huat 21-11, 21-5.

"Saya telah capai sasaran saya kali ini dan berharap BAM (Persatuan Badminton Malaysia) faham dengan keputusan saya untuk tidak menyertai pertandingan ini pada tahun depan,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.

Pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu kini menumpukan perhatian pada Kejohanan Terbuka Denmark yang bermula Selasa hingga 23 Okt depan.

"Saya dijangka bertemu dengan Chen Jin (pemain China) pada suku akhir di Denmark, dan yang penting adalah latihan. Saya pentingkan poin untuk layak ke Olimpik nanti,” katanya kepada media selepas perlawanan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Manchester City pintas Manchester United


Manchester City telah berjaya merampas kedudukan liga setelah membelasah Aston Villa 4-1. Manakala Manchester United hanya seri dengan Liverpool 1-1 menyebabkan takhta liga terlepas. Perbezaan 2 mata antara Man City dan man Utd.

Gol penyamaan Javier Hernandez pada minit ke-81 menyelamatkan Manchester United daripada tewas kepada Liverpool dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Anfield.


Kapten Liverpool, Steven Gerrard meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-68 melalui sepakan percuma.


Keputusan penuh EPL malam tadi:

Liverpoll 1 vs 1 Man Utd
Man City 4 vs 1 Aston Villa
Norwich 3 vs 1 Swansea
QPR 1 vs 1 Blackburn
Stoke 2 vs 0 Fulham
Wigan 1 vs 3 Bolton
Chelsea 3 vs 1 Everton

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...