Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Monday, October 10, 2011
Tiga Anak Michael Jackson di Konsert Memperingati Legenda Pop Itu
Kehadiran tiga orang anak mendiang Michael Jackson pada konsert "Michael Forever" pada malam Sabtu di sini bukan sahaja mengembirakan lebih 40,000 peminat yang membanjiri Stadium Millennium Cardiff tetapi sekaligus memberi pengesahan bahawa mereka menyokong penganjuran konsert tersebut walaupun ada tentangan daripada keluarga penyanyi itu sendiri.
Memang terdapat kemusykilan sama ada konsert itu pada mulanya akan dapat diteruskan selepas terdapatnya tentangan kuat daripada ahli keluarga terdekat Michael sendiri kerana konsert itu diadakan pada waktu kes Michael sedang dibicarakan di Los Angeles.
Tetapi akhirnya kehadiran Prince, 14, Paris, 13, dan Blanket, 9, telah melenyapkan segala keraguan tersebut.
Malah tiga orang abang Michael iaitu Marlon, Tito dan Jackie turut sama hadir bagi meraikan konsert memperingati adik mereka. Konsert itu dihoskan oleh pelakon dan penyanyi rap, Jamie Foxx.
Mereka bersama-sama kemudiannya mendendangkan lagu "Don't Stop Til You Get Enough" sekaligus mencetuskan suasana gemuruh di stadium berkenaan.
Lain-lain artis popular yang turut mengambil bahagian dalam konsert itu ialah Christina Aguilera, lagenda Motown Smokey Robinson, band British, JLS ikon lagu soul Gladys Knight manakala penyanyi R&B Beyonce membuat persembahan (menerusi satelit) dari Amerika.
Kakak Michael Jackson, La Toya turut menyatakan rasa gembiranya di atas kejayaan penganjuran konsert berkenaan.
Konsert itu menjadi lebih meriah apabila anak-anak Michael muncul di atas pentas memperagakan pelbagai jenis pakaian yang pernah digunakan oleh bapa mereka merentasi era yang berlainan.
Konsert tersebut dimulakan dengan bintang R&B, Ne-Yo muncul mendendangkan lagu "Billie Jean" siap dengan menggenakan stokin putih yang merupakan sebahagian daripada identiti Michael ketika di atas pentas.
Ne-Yo turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton apabila dia cuba melakukan “Moonwalk”.
"Ini bukannya tentang kontroversi tetapi ini adalah tentang meraikan muzik beliau (Michael) dan kehidupannya," kata Ne-Yo di atas pentas selepas selesai persembahannya.
Beyonce yang membuat persembahan khas dari Amerika khusus untuk konsert ini telah menyampaikan lagu "I Wanna Be Where You Are".
Konsert yang diadakan di Wales itu adalah idea Marlon, Tito, Jackie dan La Toya serta ibu mereka, Katherine tetapi lain-lain ahli keluarga seperti Jermaine, Randy dan Janet menentangnya kerana menganggap ia tidak menghormati perbicaraan kes Michael yang masih lagi sedang berlangsung sekarang.
Michael Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun pada 2009 akibat mengambik pil tidur secara berlebihan.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment