Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, October 23, 2011

Chong Wei jumpa Chen Long lagi

Chong Wei akan jumpa Chen Long pada final Terbuka Denmark. Harap kekalahan sebelum ini kepada Chen Long tak menjadi badi kepada Chong Wei.. Taktik Lin Dan berjaya sebab dia kalah pada pusingan awal memberi ruang kepada pemain muda China untuk menimba pengalaman dan menguji kekuatan Chong Wei.. Malaysia tak nak buat macam tu ke? asik berharap kepada Chong wei sahaja.. tiada pemain pelapis muda dari Malaysia yang cuba diberi ruang beraksi lebih lama...


Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan bintang muda China, Chen Long, pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, hari ini.

Chong Wei, yang mencari kejuaraan keenam musim ini, melangkah ke final selepas mengalahkan pemain tuan rumah yang berpengalaman, Peter Hoeg Gade, 21-19, 23-21 pada saingan separuh akhir semalam.

Pertarungan sengit memakan masa 40 minit itu membolehkan Chong Wei menjadi pemain tunggal negara ke perlawanan akhir selepas beregu lelaki negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong terkandas pada separuh akhir.

Chen Long pula mara ke final apabila menumpaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Beregu negara Thien How/Wee Kiong tidak dapat menyaingi kehebatan beregu pilihan utama China, Cai Yun dan Fu Haifeng apabila tunduk 11-21, 11-21.

Sebelum ini, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menerima nasib malang apabila terkeluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dikecewakan oleh pasangan Korea Selatan, Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo 21-15, 15-21, 12-21.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...