Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Bulan mengedit gambar

salam dan selamat sejahtera semua...

bulan ni memang sibuk sikit... banyak gambar dan album untuk disiapkan... awal bulan depan dah nak kena hantar kat client..

kena berjaga lebih sikit laa untuk siapkan kerja ni.. kena standby redbulleh dan tongkat ali.. hehehe... untuk hari cukup laa sampai pagi ni.. dah letih asik tengok gambar pengantin jek... hehehe.. takut teringin plak nak naik pelamin lagi... hahahaha.... keje kat opis pun nak kena jaga juga :)

ok tido dulu layan mata.... zzzz..



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 LULUS


Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak akhirnya diluluskan selepas melalui perbahasan kira-kira dua setengah jam pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Rang Undang-undang itu dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Nov lepas. Bacaan kali pertama pada 22 Nov oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun anggota parlimen dari pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi penggulungan, rang Undang-undang itu tetap diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Mohamed Nazri berkata, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata. — Bernama



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, perhimpunan aman 2011, kandungan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, fakta Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, keputusan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011

Sunday, November 27, 2011

Keputusan Terkini Malaysia vs Bahrain

Keputusan terkini perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Bahrain adalah....

Malaysia sedang mendahului Bahrain dengan 1-0.. Perlawanan separuh masa pertama telah berakhir..


Keputusan Penuh.. Malaysia 2, Bahrain 3... Malaysia kalah lagi dalam kelayakan Olimpik 2012....Walaupun dah mendahului 2-0.. kesilapan dan kelekaan pemain boleh membawa padah..

Apa pun masih ada peluang lagi pada pusingan seterusnya untuk Malaysia...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: keputusan penuh Malaysia vs Bahrain, malaysia kalah kepada bahrain, keputusan kelayakan olimpik Malaysia vs Bahrain, jadual kelayakan olimpik 2012, malaysia kalah lagi dalam kelayakan olimpik, khairul fahmi malaysia, skandal khairul fahmi, kekasih khairul fahmi, gosip khairul fahmi, penjaga gol khairul fahmi, gambar khairul fahmi, nazmi faiz biodata, khairul fahmi biodata

Selamat Hari Jadi Kepada Syamimi


Selamat hari jadi kepada anak aku, Syamimi yang ke Tujuh tahun semalam.. iaitu 26/11/2011.
Semoga mimi panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Belajar pandai-pandai, tahun depan dah darjah 2..


Seawal 12 lebih iaitu masuk 26hb aku dh wish happy besday kat dia.. malam tu dia tido lambat, agaknya tunggu ibu dan ayah dia ucap slmt hari jadi :)


Petang nya tu dia sibuk suh beli cake untuk sambut besday kat rumah atok dan mak tok nya.. tiup lilin memang kesukaanya... lagi suka dapat hadiah.. Mungkin akan buat juga sambutan hari jadinya di tempat taska mimi tinggal :)


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Malaysia mesti menang jumpa Bahrain


Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir.

"Selepas latihan semalam (kelmarin) saya nampak pemain lebih cergas, namun ada beberapa tonggak yang masih belum pulih sepenuhnya seperti Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim.

"Di bahagian serangan, (A) Thamil Arasu menjadi pilihan utama saya ketika ini, manakala Muhamad Nazmi Faiz Mansor akan membantu jentera serangan dengan bertindak sebagai pengemudi bahagian tengah,'' kata Kim Swee selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini semalam.

Kim Swee juga menegaskan, biarpun akan menyerang habis-habisan, namun Malaysia tetap berwaspada dengan asakan Bahrain, yang disifatkan memiliki corak permainan sama seperti Syria.

"Kita tahu mereka mempunyai hantaran bola jauh yang baik serta laju ketika di atas padang, namun saya percaya kita mampu mengawal permainan kerana kita juga mempunyai kelebihan daripada aspek teknik.

"Saya amat serius pada perlawanan esok (hari ini) dan jika Irfan dapat bermain, saya yakin bahagian tengah akan lebih berfungsi terutama apabila digandingkan dengan Nazmi," jelasnya lagi.

Jika Malaysia tumpas 2-0 kepada Jepun dan Syria dalam aksi terdahulu, Bahrain pula kalah 2-0 dan 3-1 kepada kedua-dua pasukan itu

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, November 23, 2011

Video Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea 2011 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Syabas kepada pemain harimau muda yang telah berjaya dalam tendangan penalti dan berbangga dengan kehebatan penjaga gol Malaysia berjaya mengawal pintu gol Malaysia dengan cekap dan tenang..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: video sepakan penal malaysia indonesia, keputusan perlawanan akhir sukan sea malaysia indonesia, gambar perlawanan akhir malaysia indonesia, youtube bola sepak malaysia indonesia

Penyokong Indonesia meninggal ketika masuk stadium

Dua orang penyokong pasukan Indonesia meninggal dunia sebelum sempat menonton final pertandingan bola sepak Sukan Sea di sini semalam.

Kedua-dua mangsa itu dilaporkan meninggal dunia kerana terperangkap dalam kesesakan penyokong yang berpusu-pusu mahu memasuki Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini.

Insiden kematian dua penyokong pasukan Indonesia itu berlaku setengah jam sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia bermula.

Salah seorang daripada mangsa, Reno Alvino berusia 21 tahun berasal Cililitan, Jakarta Timur merupakan seorang pemuzik dari kumpulan DOT.

"Kami datang secara rombongan. Semua memegang tiket masing-masing. Yang tidak memiliki tiket juga memaksa diri untuk masuk ke stadium dan menolak kami.

"Ketika bersesak dengan penonton lain kami terpisah. Puas saya mencari Reno tapi tidak berjumpa. Tahu-tahu saja saya diberitahu Reno sudah tiada," cerita sepupu Reno, Helmi, 25, mengenai kematian saudaranya itu.

Sementara seorang lagi mangsa pula belum dikenal pasti identitinya kerana tidak terdapat sebarang tanda pengenalan diri padanya ketika kejadian itu.

Pada tubuh kedua-dua pemuda yang meninggal dunia itu masih mengenakan jersi pasukan Indonesia selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mereka.

Ketika kejadian itu juga, Helmi mendakwa, tidak ada seorang pun wakil daripada penganjur yang berada di lokasi.

Bahkan, pihak penganjur juga dakwanya tidak berusaha untuk membantu atau menemaninya menguruskan jenazah sepupunya itu.

Selain kematian dua penyokong itu, belasan penyokong lain pengsan semasa bersesak-sesak dalam lautan manusia yang memenuhi stadium berkenaan semalam - sumber Utusan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Jawab 8 soalan dapat RM1 Juta


MONEY Drop adalah pertandingan kuiz dalam rancangan televisyen tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan buat para pemenangnya iaitu wang tunai RM1 juta.

Rancangan terbitan Endemol Malaysia yang akan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad mulai 3 Disember ini juga berbeza dengan rancangan lain.

Tidak seperti pertandingan lain yang menyediakan hadiah seperti kereta dan barangan elektrik, Money Drop menyediakan wang tunai RM1 juta dengan menjawab lapan soalan sahaja.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan itu bukan sahaja berbeza dengan rancangan seperti Roda Impian, malah wang tunai yang ditawarkan juga lebih lumayan daripada itu.

“Rancangan ini telah terbukti sambutannya kerana imbuhan wang tunai yang lumayan selain mendapat sambutan di 33 buah negara sewaktu ia ditayangkan di negara-negara terbabit.

“Money Drop pernah mendapat anugerah British Academy of Arts Film dan Anugerah Televisyen di United Kingdom pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Azlin, rancangan yang menampilkan soalan-soalan kuiz daripada pelbagai topik itu sesuatu yang sukar diduga biarpun hanya lapan soalan disediakan untuk setiap peserta.

Ini kerana, katanya, setiap peserta yang ditampilkan berpasangan itu mampu membolot RM1 juta yang ditawarkan tetapi pada masa sama juga berdepan risiko jika tersalah percaturan.

“Sebagai contohnya, setiap peserta akan diberi masa 60 saat untuk menjawab satu soalan di mana jika mereka tidak yakin jumlah wang tunai RM1 juta itu boleh dipecah-pecahkan.

“Wang tunai yang diletakkan di tempat jawapan yang salah akan jatuh ke lubang bahagian bawah dan itu bermakna peserta terbabit akan kehilangan wang tersebut,” ujarnya.

Money Drop yang dirakamkan sebanyak 26 episod mendapat sambutan ramai apabila uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur disertai lebih 2,000 peserta.

Lebih menambahkan kepelbagaian setiap peserta yang ditampilkan berlainan latarbelakang pendidikan dan kerjaya di mana ia akan memperlihatkan tahap kepintaran yang berbeza.

“Soalan yang diketengahkan menampilkan topik-topik yang berkaitan dengan pengetahuan am di mana setiap soalan mempunyai jawapan hampir sama supaya setiap peserta membuat analisis.

“Di sinilah perlunya semangat berpasukan kerana mereka harus bijak menjawab soalan dan membuat strategi supaya dapat membolot wang tunai sebanyak yang mungkin,” ujarnya.

Ternyata Money Drop membawa risiko yang bukan kepalang kerana di hadapan setiap peserta dilongokkan wang tunai RM1 juta sehingga pelbagai langkah keselamatan diambil.

Antaranya setiap peserta termasuklah media massa yang membuat liputan tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit selain kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

AC Mizal yang diberi kepercayaan mengacarakan rancangan itu juga tidak menafikan berasa gugup apabila berada di depan wang tunai RM1 juta.

“Ini pertama kali saya tengok wang tunai RM1 juta di depan mata. Sebelum ini memang ada pertandingan yang menyediakan wang tunai tetapi pemenang akan menerimanya kemudian.

“Sedangkan dalam pertandingan ini wang tunai RM1 juta itu sudah menanti di depan mata sebelum mereka menjawab soalan lagi. Itu adalah tarikan dalam pertandingan ini,” jelasnya.

Sewaktu diajukan persoalan mengapa dia sering dipilih sebagai pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan Astro, jelas AC semua itu atas pemilihan stesen terbabit.

Apatah lagi, kata bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia musim kesembilan itu, pemilihan itu kerana dia salah seorang artis bertaraf residen yang bernaung di bawah Astro.

“Walaupun saya mengacarakan banyak rancangan seperti Maharaja Lawak Mega dan Money Drop tetapi pendekatan atau penampilan saya tidak sama di antara satu sama lain.

“Contohnya, dalam Maharaja Lawak Mega saya lebih santai dan kurang serius, manakala dalam Money Drop cara pengacaraan saya lebih formal termasuklah daripada segi pakaian,” jelasnya


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Harimau Muda dapat RM30,000


Selepas skuad bola sepak berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan penuh dramatik menumpaskan Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik Garuda, kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad yang berasa bangga akan kemenangan tersebut menitahkan akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang telah berjuang mengharumkan nama negara sehingga berjaya meraih emas dua kali berturut-turut.

Pengumuman itu telah disampaikan oleh pengurus pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM pada sidang media mengenai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, semalam.

''Tuanku selaku Presiden FAM akan memberi sumbangan peribadi RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang memenangi pingat emas Sukan SEA pada perlawanan akhir.

''Ganjaran ini bukannya datang dari FAM tetapi merupakan daripada tuanku sendiri yang amat berbesar hati melihat kejayaan pasukan negara.

''Tuanku juga sedia maklum yang kejayaan kali ini berlainan yang kita capai dua tahun lalu semasa era Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih dan Datuk Subahan Kamal (pengurus) kerana ini menunjukkan pembangunan bola sepak sedang berterusan.

''Bukan itu sahaja, kejayaan ini membuktikan pingat emas yang kita menangi dua tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata malahan skuad kali ini tidak pernah tewas sepanjang saingan Sukan SEA dan paling manis di samping meraih emas di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media.

Skuad Harimau Muda berjaya mendiamkan 100,000 penyokong setia Indonesia apabila sepakan penalti terakhir ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar mencecah jaring bagi memastikan ibu segala pingat emas menjadi milik Malaysia.

Selain daripada mendapat ganjaran RM30,000, anak-anak buah Ong Kim Swee juga menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila mereka semua akan diterbangkan ke Sydney, Australia pada pertengahan bulan Disember ini.

''Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan, tuanku juga bersetuju agar membawa skuad Harimau Muda dibawa menjalani latihan luar negara dan pilihan kali ini adalah di Australia.

''Mereka akan berada di sana selama dua minggu dan menjalani perlawanan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga kelab elit Liga Australia

''Cadangan ini juga mendapat sokongan penuh daripada MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, November 18, 2011

Malaysia tewaskan Indonesia 1-0


Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini.

Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: keputusan perlawanan malaysia indonesia, keputusan bola sepak sukan sea, gambar perlawanan malaysia indonesia, pemenang bola sepak sukan sea di jakarta, jumlah kutipan pingat sukan sea jakarta 2011, bola sepak sukan sea 2011, video perlawanan bola sepak sukan sea 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan


Semalam, di sekolah anak aku telah menganjurkan majlis untuk Hari Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Jempol. Dirasmikan oleh Tn Hj Amir, dari Jabatan Pelajaran NS.


Tahniah kepada anak ku, Oya (nama timangan) telah berjaya dengan cemerlang mendapat tempat pertama untuk sekolah kebangsaan darjah 3 dan sekolah agama juga darjah 3. Aku rasa 4 kali juga anak aku naik ke pentas untuk mengambil hadiah. Hadiah yang dimenangi nya adalah:

1. Tempat pertama dalam kelas
2. Tempat pertama sekolah kebangsaan dgn 5 mata pelajaran terbaik
3. Tempat pertama dalam sekolah agama
4. Tempat pertama sekolah agama dgn 6 mata pelajaran terbaik




Yang menariknya di sekolah ini, walau dapat 1 mata pelajaran terbaik pun dapat hadiah. Memang bagus dapat beri semangat kepada budak-budak sekolah.

Semoga Oya bertambah cemerlang untuk tahun 4 akan datang seterusnya untuk UPSR 3 tahun lagi...

Majlis ini berlangsung lebih kurang 4 jam. Ramai budak-budak sekolah dapat hadiah disamping persembahan seperti tarian, nasyid dan muzik oleh budak2 sekolah

Chicken Dance Persembahan Budak pra-sekolah. comel-comel



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, November 15, 2011

Pengasas rangkaian sosial Diaspora meninggal dunia


Pengasas bersama rangkaian laman sosial Diaspora yang menjadi sumber alternatif kepada Facebook, Ilya Zhitomirskiy, meninggal dunia hari ini pada usia 22 tahun.

Zhitomirskiy adalah salah seorang daripada empat penuntut yang membangunkan laman Diaspora dalam makmal komputer di New York University.

Diaspora dibangunkan sebagai sumber alternatif baru kepada Facebook yang diasaskan mereka pada 2010.
Punca kematian Zhitomirskiy bagaimanapun tidak diketahui kerana syarikat rangkaian sosial berkenaan serta Pusat Perubatan San Francisco masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Ilya seorang yang hebat. Dia mempunyai wawasan dan sebagai pengasas syarikat ini, dia berharap memberikan pengalaman baru kepada pengguna internet dalam rangkaian sosial," kata jurucakap Diaspora, Peter Schurman.

“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Ia satu kehilangan yang besar kepada kami dan keluarganya," katanya. - AP



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rakyat Malaysia Obesiti Paling Tinggi


Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

Mengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.-BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, November 11, 2011

32 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci


Seramai 32 jemaah haji dari Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci setakat ini dan yang kebanyakannya akibat penyakit radang paru-paru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, pada musim haji kali ini juga, tidak ramai jemaah haji dari Malaysia dan negara-negara lain dimasukkan ke hospital akibat pelbagai penyakit atau mengalami demam, selesema dan batuk berikutan tindakan kerajaan Arab Saudi yang menekankan aspek kebersihan dan kesihatan di Tanah Suci.

"Ini menjadi petanda usaha yang dibuat kerajaan Arab Saudi. Pertamanya membesarkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dan begitu juga pergerakan dan kebersihan Kota Mekah dijaga dengan begitu rapi,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, hanya 255 jemaah haji Malaysia dimasukkan ke pusat rawatan yang disediakan Tabung Haji dan daripada jumlah itu, tidak sampai 100 pesakit jemaah Malaysia yang masih dirawat di situ.

Tiga lagi jemaah dirawat di hospital milik kerajaan Arab Saudi, kata beliau. – Bernama




Jalan Masjid India, Jalan Bunus ditutup


Jalan Bunus dan Jalan Masjid India akan ditutup kepada semua lalu lintas pada Sabtu ini sempena Karnival Warisan Makanan Penjaja 1Malaysia.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa dalam satu kenyataan berkata, Jalan Bunus akan ditutup Sabtu mulai pukul 12.01 pagi hingga 11.30 malam, manakala Jalan Masjid India ditutup bermula 2 petang hingga 11.30 malam pada hari yang sama.

Beliau berkata, karnival itu yang membabitkan 150 gerai penjaja dari seluruh negara bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam. – Bernama

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, November 10, 2011

Malaysia kalahkan Thailand 2-1


Malaysia mengotakan janji apabila bangkit mempamerkan keupayaan sebenar dengan membenam ego Thailand 2-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di sini, semalam.

Pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini dilaporkan mengalami sakit perut, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.

Bagaimanapun, Malaysia cemas untuk seri buat kali kedua apabila keseronokan jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 lenyap dengan jaringan penyamaan Natarid Udomlap pada minit ke-76.

Namun, percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq pada babak kedua berbaloi apabila pemain tinggi lampai itu berjaya mencuri ruang untuk meledak gol kemenangan negara.

Sementara itu, Kim Swee hanya mengeluarkan kata ringkas: ``Inilah perwatakan sebenar kami.’’

"Pada perlawanan ini, para pemain telah membuktikan perwatakan sebenar mereka. Mereka menunjukkan setakat mana kemampuan mereka, siapa sebenarnya mereka. Inilah kemampuan kami yang diterjemahkan menerusi permainan menarik di atas padang.

"Kami buktikan bahawa kami bukanlah pasukan yang beraksi secara bertahan tetapi penuh berkemampuan. Menyerang dan bertahan mengikut keadaan di atas padang.

"Malahan sepatutnya kami menang lebih besar ke atas Thailand. Memang banyak peluang gol yang berjaya dicipta tetapi ia gagal diterjemahkan sebagai jaringan," katanya selepas perlawanan.

Tambah Kim Swee, nasib yang menimpa Thailand sama seperti apa yang dialami pasukannya (Malaysia) menentang Singapura tempoh hari.

Dia turut memuji persembahan pemain berusia 17 tahun, Muhd. Nazmi Faiz di sepanjang perlawanan semalam

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, November 9, 2011

Kalahkan Thailand!!!!


Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.

Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.

Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.

"Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.

"Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.

"Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).

"Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.

"Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.

"Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand" katanya.

Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.

"Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain," katanya


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: keputusan perlawanan malaysia thailand, malaysia menentang thailand, bola sepak sukan sea 2011, sukan sea malaysia 2011, sukan sea indonesia 2011, gambar perlawanan bola sepak malaysia thailand sukan sea 2011

Timing Belt Putus

Memang nasib aku tak baik. 4 hari sebelum Hari Raya Aidiladha, timing belt kereta aku putus. Kalo ikut meternya ada lagi 20,000. Memang bercadang nk tukar dah. Tapi apakan daya belt tu putus dulu daa... Melayang laa RM seribu gak.. Yang peliknya bila pomen tengok, dia cakap belt tu dah macam jalan 120,000. Kalo tengok memang dah merekah abis. Takkan meter kereta ni tipu plak.. huhu dah nasib..

Boleh nampak rekahan kat belt tu

Abis terus gigi belt tu...

Tapi yang bagusnya Pomen ni yang bernama Jai dapat siapakn kereta aku tu dalam masa kurang 3 hari. Ingatkan tak sempat nak bawa balik beraya... Aku biasa hantar kereta kat bengkel ni.. Banyak juga valve yang bengkok..

Timing belt Gaido - SMS untuk warranty/registration

Ni dah pakai 5 hari, performance masih ok laa.. takde lagi cacat cela.. Korang cuba tengok harga repair kereta aku ni.. ok ke tak? kalo ok dan berpatutan boleh laa pi situ kalo kereta korang rosak..



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: servis kereta murah, repair kereta murah, timing belt putus, harga timing belt, repair kereta area kuala lumpur

Tuesday, November 8, 2011

Handphone Percuma

Dah hampir 2 minggu aku pakai handphone percuma yang disponsor oleh company aku. HTC Desire A8181. Voice dan data pun dapat percuma untuk kegunaan kerja. Jadi pakai laa sebaik-baiknya. HTC ni oklah features nya, dan aku dah upgrade ke android 2.3.


Cuma masalah utamanya bateri nya tak tahan lama.. hari-hari nak kene charge. Compare dengan N8 aku pakai baterinya tahan lama.. No lama masih ada lagi, sayang nk buang. Jadi kena pakai dua nombor dan 2 handphone laa.. hari hari bawa.. penuh dan berat poket ku :)


General

2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
HSDPA 850 / 1900 North America
Dimensions 119 x 60 x 11.9 mm
Weight 135 g
Internal 576 MB RAM; 512 MB ROM
Card slot microSD, up to 32GB, 4GB included, buy memory
OS Android OS, v2.1 (Eclair), upgradable to v2.2
CPU 1 GHz Scorpion processor, Adreno 200 GPU, Qualcomm QSD8250 Snapdragon chipset
Standard battery, LiIon 1400 mAh
Standby Up to 340 h (2G) / Up to 360 h (3G)
Talk time Up to 6 h 40 min (2G) / Up to 6 h 30 min (3G)

Screen

AMOLED or SLCD capacitive touchscreen, 16M colors
480 x 800 pixels, 3.7 inches
Gorilla Glass display
Multitouch input method
Accelerometer sensor for UI autorotate
Proximity sensor for auto turnoff
Optical trackpad
HTC Sense UI

Connectivity

GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 48 kbps
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLAN WiFi 802.11 b/g, WiFi hotspot (Android 2.2)
Bluetooth Yes v2.1 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, microUSB v2.0
GPS Yes, with AGPS support

Camera

Primary 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
Geotagging
Video Yes, WVGA (800x480 pixels) @ 15fps, 720p@30fps via Android 2.2 (Froyo) update
Secondary No


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: htc desire pictures, htc specs, htc desire specification, gambar htc desire, cara upgrade androids, htc application

Monday, November 7, 2011

Zulfadli, Nelson-Ee Yi Juara Badminton Remaja Dunia


Selepas melakar sejarah merangkul kejuaraan berpasukan buat kali pertama, Zulfadli Zulkifli dan beregu, Nelson Heg-Teo Ee Yi melengkapkan hari gemilang Malaysia dengan dengan merangkul gelaran berganda individu pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, semalam.

Zulfadli mencipta sejarah muncul pemain negara sulung bergelar juara remaja dunia perseorangan lelaki selepas menewaskan juara bertahan yang juga pilihan utama, Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19.

Empat bulan selepas dinobatkan sebagai juara Asia, pemain yang bernaung di bawah kelab KLRC itu berjaya merealisasikan apa yang gagal dilakukan Yeoh Kay Bin pada 1998 dan Iskandar Zulkanain Zainuddin, dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana mencipta nama untuk Malaysia meraih gelaran sulung perseorangan lelaki dan lebih bermakna pada sambutan Aidiladha.

"Kemenangan ini saya tujukan sudah pasti kepada bapa yang juga jurulatih peribadi saya, Zukiffli Sidek, ibu serta adik-adik. Tidak lupa juga kepada penaja saya, KLRC dan Forza," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Utusan Malaysia semalam.

Zulfadli bermula garang pada set pertama untuk selesa mendahului 17-9, namun hilang rentak seketika dan memberi ruang untuk Axelsen mengejar sehingga 17-14. Mujur pemain berusia 18 tahun itu tenang untuk menghabiskan set pembukaan dengan kemenangan 21-18.

Cerita set kedua penuh berat sebelah menyaksikan Zulfadli gagal menyaingi pemainan agresi Axelsen yang meraih 11 mata menerusi smash untuk menang mudah 21-9.

Set penentuan berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain mengejar antara satu sama lain untuk terikat 8-8 sebelum Axelsen mula meningkatkan permainan untuk membuka jurang 12-8.

Namun, Zulfadli bangkit merapatkan kedudukan pada 12-13, sebelum pertarungan kembali sengit sehingga 18-18. Dia akhirnya menang 21-19.

Dua jam selepas itu, tiba giliran Nelson-Ee Yi menghadiahkan keceriaan berganda buat kem Malaysia apabila menumpaskan pasangan tuan rumah, Huang Po Jui-Lin Chia Yu 21-17, 21-17.

Nelson-Ee Yi berjaya menebus kehampaan tahun lalu apabila terpaksa berpuas hati muncul naib juara selepas dikalahkan rakan senegara, Ow Yao Han-Yew Hong Kheng.

Lebih manis ia memastikan kejuaraan beregu lelaki kekal menjadi milik Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut selepas Yao Han-Hong Kheng (2010), Chooi Kah Ming-Yao Han (2009) dan Mak Hee Chun-Teo Kok Siang (2008).

Sejak kejohanan diperkenalkan pada 1992, kita memang gah dalam acara beregu lelaki.

Statistik terbukti dengan Malaysia menguasai tujuh kali acara itu daripada 13 edisi keseluruhannya termasuk tahun ini.

Jeremy Gan-Chang Chong Ming menjadi juara beregu lelaki pertama Malaysia pada pada 1996. diikuti Chong Ming-Teo Kok Seng (1997) dan Hoon Thien How-Tan Boon Heong (2004).

Malaysia juga pernah dua kali muncul juara beregu campuran menerusi gandingan Chong Ming- Joanne Quay pada 1996, sebelum diulangi oleh beregu berbakat, Lim Khim wah-Ng Hui Lin, empat tahun lalu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

PM selesai menunaikan Haji


Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. — BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Malaysia, Singapura seri 0-0

Oklah seri daripada kalah. Tapi kan elok kalo Malaysia mampu menang.. hehehe... apa pun berusaha lagi pasukan Malaysia..


Malaysia mensia-siakan banyak peluang terhidang dan hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Singapura ketika memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA XXVI pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Istora Senayan, di Jakarta, petang tadi

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: keputusan bola sepak sukan sea malaysia singapura, bola sepak sukan sea, jadual bola sepak sukan sea indonesia, tarikh perlawanan bola sepak sukan sea indonesia, gambar perlawanan sukan sea

Friday, November 4, 2011

Bedak padat punca jerawat


JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.

Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat.

Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".

2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.

3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.

4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.

Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.

Sumber - Utusan. PENULIS boleh dihubungi di 0378808486, 0172661868

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...