Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Saturday, June 30, 2012

Segmen: Saya nak Join Dalam Bloglist Ain!!!

Jom Join Dalam Bloglist Ain... mudah je... Klik SINI
Klik banner kt bawah tu pun bole..




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Contest Menyambut Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua...

Korang Nak duit Raya tak?? sini Bajonz nak adakan contest sempena menyambut ketibaan Ramadhan & Syawal. Ape yang korang perlu buat.... mudah saja:


1. Cari gambar yang paling awesome dan terbaik punya sempena menyambut ketibaan Ramdhan & Syawal.


2. Kemudian emailkan gambar tersebut ke bajonz100@gmail.com beserta dengan caption yang menarik tentang gambar tersebut dengan tidak melebih 30 patah perkataan. Dan sila sertakan nick Facebook anda. Jika anda mempunyai blog atau website sila sertakan sekali


3. Dan yang penting kena LIKE facebook page Bajonz Photography. Sebabnya.. baca yang seterusnya...


4. Gambar yang telah korang emailkan itu akan kami uploadkan ke Facebook Page Bajonz Photography. Dan korang perlu promotekan gambar tersebut untuk dapat LIKE terbanyak


LIKE terbanyak untuk gambar tersebut akan dikira sebagai pemenang. (Pages likers tidak akan dikira). Ajak ramai kawan2 like Bajonz Photography untuk mudah gambar anda dapat LIKE yang banyak...


5. Tempoh contest ini adalah bermula dari 30 Jun 2012 sehingga 31 Julai 2012. Satu Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup penyertaan. 


Maknanya korang akan dapat duit raya sebelum hari raya lah...


Hadiah berupa wang tunai menanti anda.... Pemenang akan diumumkan melalui email dan Facebook page Bajonz Photography.


Jom apa lagi sertai contest ini... semua rakyat Malaysia dari peringkat umur layak menyertai contest ini... Semoga berjaya kepada anda semua.. jom cari duit raya!!!




Lemang Puasa..


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Osman Kering Meninggal Dunia



Selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pelawak dam pelakon terkenal, Osman Kering, 58, telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 4.00 petang Jumaat.

Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian berkenaan telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi.

Zed Zaidi yang bertindak membuat kenyataan tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada isteri Osman Kering yang memberitahu dan mengesahkan sendiri pemergian dan ketiadaan suaminya itu.

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim sebelum ini telah dilaporkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.

Sebelum ini, dia yang dilaporkan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Daripada semua warga murai.com.my, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan ucapan takziah kepada keluarganya atas permergian arwah Osman Kering.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, June 18, 2012

Tan Sri Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsia



Aireen Omar (tengah) bersama krew kabin AirAsia
AirAsia telah melantik Aireen Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi operasi di Malaysia selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes meletakkan jawatan sebagai CEO Malaysia.
Fernandes berkata Aireen telah berkhidmat dengan AirAsia sejak enam tahun yang lalu.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, June 16, 2012

EURO 2012 - England Menang Tipis


Dua gol pertahanan veteran Sweden, Olof Mellberg memaksa England mengerah keringat habis-habisan sebelum berjaya menundukkan lawan 3-2 Stadium Olimpik Kiev, pagi ini.

Dalam perlawanan yang cukup dramatik itu, penyerang Manchester United, Danny Welbeck menjadi wira England apabila menghasilkan gol kemenangan hasil kebijaksanaan bintang Arsenal, Theo Walcott yang bertindak cemerlang mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Dua lagi gol dijaringkan penyerang Liverpool, Andy Carrol pada minit ke-24 dan Walcott pada minit ke-64.
Minit ke-8, England melalui Scott Parker seakan memberi amaran awal apabila pemain tengah itu merembat deras dari luar kotak penalti sekali gus memaksa penjaga gol lawan, Andreas Isaksson melayangkan badan ke kanan gawang untuk meyelamatkan keadaan.

Dua minit kemudian, pemain tengah Sweden Sebastian Larsson pula mencuba nasib dari luar kotak penalti. Rembatan padunya dari jarak kira-kira 25 meter bagaimanapun tepat ke dakapan penjaga gol England, Joe Hart.

Gol sulung England hadir pada minit ke-24 apabila hantaran jauh kapten pasukan, Steven Gerrard tepat kepada Carrol di dalam kotak penalti yang melonjak tinggi bagi menanduk bola ke kanan gawang menewaskan Isaksson.

Penyerang AC MIlan, Zlatan Ibrahimovic kemudiannya cuba menyamakan kedudukan menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-33. Hart bagaimanapun lebih bersedia apabila kemas memegang bola biar pun ia terlebih dahulu mengenai rakan sepasukan di barisan pertahanan.

Empat minit perlawanan bersambung di babak kedua, Sweden memperolehi gol penyamaan apabila bola rembatan Melberg mengenai pertahanan England, Glen Johnson sebelum melantun ke dalam gol.

Hanya 10 minit berlalu, penyokong Sweden sekali lagi melonjak kegembiraan apabila tandukan Melberg yang tidak dikawal menggegar jaring untuk mereka mendahului 2-1.

Melihatkan aksi James Milner yang kurang menjadi, Roy Hodgson menggantikannya dengan Walcott pada minit ke-61.

Nyata percaturan itu tepat apabila Walcott menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian menerusi rembatan bersahaja dari luar kotak penalti yang mengenai pertahanan lawan sekali gus menewaskan Isaksson.
Perlawanan bertukar rancak selepas itu dengan kedua-dua pasukan saling mengasak bagi menambah jaringan.
Ibrahimovic terus mengancam dengan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-76 yang memaksa Hart melayangkan badan ke sebelah kanan pintu gol bagi menepis bola keluar.

Tersentak dengan percubaan itu, England mengatur gerak yang menyaksikan Walcott menggunakan kepantasannya untuk melarikan bola ke penjuru kiri gawang lawan sebelum menghantar kepada Welbeck untuk diterjemahkan menjadi gol ketiga England pada minit ke-78.

Gerrard berpeluang untuk menambah jaringan namun sepakan volinya setelah menerima hantaran Walcot terlalu lemah untuk menewaskan penjaga gol lawan meskipun dalam keadaan satu lawan satu pada minit-minit terakhir perlawanan. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Beginilah Cinta Anak Kampung

Jika dah bercinta bermacam-macam pepatah keluar.. Kentut pun bau wangi dan yang best sekali Gula jawa pun boleh rasa coklat.. Tak caya? meh tengok video kat bawah ni.. hehehe.. gelak dulu..



   


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Relax di hujung minggu

Selamat Relax di hujung minggu kepada semua pembaca kat sini. Jadi layan lagu kat bawah ni, pasti anda sangat rasa relax sekali :)




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, June 15, 2012

Jerebu Melanda Selangor



Tiga kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat setakat pukul 11 pagi Jumaat.
Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).
IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301.
Kualiti udara yang sederhana dicatatkan di 32 kawsan di Semenanjung Malaysia termasuk di Seri Manjung (94) di Perak, Cheras (91) di Kuala Lumpur (91) dan Petaling Jaya (85).
Jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia Kalahkan Singapura 2-0



Malaysia berjaya mengalahkan Singapura 2-0 pada aksi persahabatan sebentar tadi. Permainan pemain Malaysia sangat menarik. Syabas Malaysia. Teruskan usaha untuk terus berjaya...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

EURO 2012 - England dan Perancis seri 1-1



England dan Perancis sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, Euro 2012 di Donbass Arena.

England berada di depan pada minit ke-30 hasil tandukan Joleon Lescott berpunca daripada sepakan percuma ketua pasukan, Steven Gerrard.

Sembilan minit selepas itu Perancis berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan rendah Samir Nasri menewaskan penjaga gol England, Joe Hart




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Osman Kering Kritikal Di ICU



Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.
"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," 
Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.
Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.
"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya.
Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.
Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
"Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, June 11, 2012

EURO 2012 - Ronaldo Hampa



Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo meninggalkan padang dengan langkah longlai.
Dia turut menanggalkan lilit lengan ketua pasukan.

Ketika pemain Portugal yang lain memberi penghormatan kepada penyokong mereka setelah kalah 0-1 kepada Jerman, Ronaldo berseorangan menuju ke terowong ke bilik persalinan.

Amat sengsara dan kekecewaan yang sukar untuk diubati. Itu gambaran terhadap kekecewaan yang dialami pemain termahal di dunia itu selepas perlawanan pertama Euro 2012.

Semalam, Ronaldo secara keseluruhan gagal memberi impak seperti mana yang dia lakukan bersama Real Madrid.

"Tiada perlawanan yang berlangsung dengan sempurna.

"Kalau boleh memang kami mahu menguasai perlawanan, namun ia sukar pada perlawanan ini," kata Ronaldo.
Keupayaan benteng pertahanan Jerman menyekat gerakan lincah Ronaldo, menyukarkan Portugal mencari gol penyamaan.

Ronaldo membuka gerakan untuk tiga peluang gol, namun tiada satu pun berjaya disempurnakan.
Pada minit-minit akhir perlawanan, Ronaldo menuju ke tempat duduk pemain untuk meminta air, namun tiada seorang pun pegawai yang menghulurkan botol air.

Ini menyebabkan Ronaldo berang lalu berteriak.

Sebaik sahaja dia mendapat sebotol air, dia minum dalam keadaan bercekak pinggang dan menggeleng kepala.
"Semua orang tahu taraf Ronaldo. Anda tidak boleh mengetepikan dia sama sekali.

"Saya rasa Ronaldo melakukan lebih daripada dua atau tiga kali ke arah gol kami," kata pertahanan Jerman, Jerome Boateng. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

EURO 2012 - Sepanyol Itali seri 1-1



Sepanyol yang memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Euro cemas sebelum bangkit mengikat Itali 1-1 di Gdansk, awal pagi tadi.

Sebaliknya Itali yang tidak diletakkan harapan tinggi berjaya melakukan beberapa percubaan merbahaya di awal permainan. Selepas dua percubaan David Silva, Azzurri melakukan ancaman pertama melalui sepakan percuma Andrea Pirlo pada minit ke-13 namun berjaya diselamatkan Iker Casillas.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon juga mudah menyelamatkan rembatan rendah Andres Iniesta pada minit ke-30, sementara Casillas agak tertekan untuk mematahkan rembatan voli Cluadio Marchisio pada minit ke-36.

Sebelum separuh masa pertama berakhir Thiago Motta memberi ancaman dengan melakukan tandukan sebelum diselamatkan Casillas. Penyerang Itali, Mario Balotelli dilayangkan kad kuning kerana mengasari Jordi Alba pada minit ke-37.

Itali akhirnya mengejutkan Sepanyol hasil jaringan pemain gantian, Antonio Di Natale pada minit ke-60 selepas menerima hantaran cantik daripada Adrea Pirlo. Di Natale masuk pada minit ke-56 menggantikan Balotelli yang gagal memberi impak di bahagian serangan.

Empat minit kemudian penyandang juara, Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan menerusi Cesc Fabregas yang menerima umpanan daripada David Silva. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Caroline Juara Mentor 6


Memperoleh 71 markah secara keseluruhan, protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.
Ketiga-tiga mentor tersebut turut mendapat trofi dan habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing di mana Ella mendapat RM100,000, Ogy (RM30,000) dan Faizal (RM10,000).

Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu Pawana dan Pelesit Kota.
Manakala Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing(Aerosmith).
Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional yang mana menyaksikan Anas membawakan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir) bersama Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan laguKau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.
Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta uji bakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan laguKisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Mentor 6 akhir itu disiarkan secara langsung di TV3.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, June 10, 2012

Jersi Euro bertoksik



Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan Euro 2012 mengandungi toksik.

Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal mendapati baju sembilan pasukan itu mengandungi bahan kimia membimbangkan.

BEUC, pertubuhan yang mewakili semua organisasi pengguna kebangsaan Kesatuan Eropah (EU), memberi amaran kepada peminat yang berbelanja besar untuk membeli jersi pasukan kesayangan mereka bahawa tindakan itu seperti meracuni diri.

Baju Poland, menurut BEUC, begitu membahayakan dan perlu diharamkan.

Logam Lead ditemui pada baju Sepanyol, Jerman, Ukraine, Rusia, Perancis dan Itali. Bahan yang digunakan pada baju Jerman dan Sepanyol melebihi paras dibenarkan untuk produk kanak-kanak. Jersi Portugal dan Belanda pula mengandungi nikel.

"Baju Poland patut dilarang dijual di kedai kerana mengandungi organotin yang digunakan untuk mencegah bau peluh.

"Disebabkan ia mengandungi dos melebih paras dibenarkan, organotin mungkin membawa kesan kepada sistem saraf," kata BEUC .

Peminat sanggup membayar hampir 90 euro (RM357) untuk sehelai baju pasukan kegemaran mereka yang sebenarnya bukan berkualiti dan selamat," kata Ketua Pengarah BEUC, Monique Goyens. - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

EURO 2012 - Rusia benam Republik Czech 4-1



Rusia membuktikan betapa mereka perlu diberi perhatian sebagai salah satu pasukan yang mampu melakukan kejutan pada saingan Euro 2012 setelah menang besar, 4-1 ke atas Republik Czech pagi ini.

Penyerang CSKA Moscow, Alan Dzagoev membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum meledak rembatan padu pada minit ke-79 untuk menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech buat kali kedua.

Sementara dua lagi gol disumbangkan pemain tengah, Roman Shirokov pada minit ke-24 dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan pemain tengah, Vaclav Pilar pada minit ke-52.

Selain aksi pantas dan taktikal tepat, kemenangan besar anak-anak buah Dick Advocaat turut dibantu kerapuhan benteng pertahanan lawan yang sering membenarkan penyerang Rusia bebas mencari ruang untuk melancarkan serangan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

EURO 2012 - Belanda Pasukan Pilihan Kalah



Belanda menjadi pasukan pilihan pertama tumbang pada Euro 2012 apabila kalah 1-0 kepada Denmark pada perlawanan sulung Kumpulan B, awal pagi tadi.

Pemain dari kelab Brondby, Michael Krohn-Dehli menjadi wira Denmark apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-24 memastikan tiga mata berharga walaupun pada awal perlawanan tidak ramai memberikan harapan kepada skuad bimbingan Morten Olsen itu untuk mencatatkan sebarang kemenangan.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan termasuk melepaskan 32 percubaan ke arah gawang Denmark, tiada satu pun yang mampu menembusi kekentalan pertahanan Denmark di samping kecekapan Stephan Andersen menjadi penghalang The Oranje.

Robin Van Persie sepatutnya meletakkan Belanda di hadapan pada minit ketujuh tetapi bola melalui rembatan kaki kirinya tersasar dari gawang walaupun tidak dicabar oleh mana-mana pemain di dalam kotak penalti.

Ketika Belanda leka mengasak, Krohn-Dehli dari arah sebelah kiri melakukan larian cantik melepasi kawalan Gregory Van Der Wiel dan John Heitinga sebelum melepaskan rembatan leret yang melalui celah kelangkang penjaga gawang Belanda, Maarten Stekelenburg.

Gol itu ternyata mengejutkan Belanda yang melakukan asakan menggila bagi mencari gol penyamaan dan Arjen Robben hampir menemui sentuhan penyudah pada minit ke-36 namun tiang menjadi penghalang ketika Andersen sudah tertewas.

Aksi penyerang Arsenal, Van Persie terus tidak menjadi apabila sekali lagi percubaannya dapat dihadang oleh Andersen biarpun berada dalam situasi terbuka untuk menjaringkan gol pada minit ke-43.

Terdesak tidak mahu dimalukan oleh lawan yang dianggap bukan pasukan pilihan dalam Euro 2012, jurulatih Belanda, Bert van Marwijk memasukkan Klaas-Jan Huntelaar dan Rafael Van der Vaart pada pertengahan separuh masa kedua.

Situasi itu tidak banyak mengubah rentak Belanda dengan Andersen sekali lagi muncul watak penting buat Denmark apabila cemerlang menyelamatkan dua percubaan berturut-turut Belanda apabila menafikan percubaan Huntelaar sebelum menampan rembatan Van Persie pada minit ke-74.

Belanda terus buntu mencari gol penyamaan dan mereka bertambah kecewa apabila pengadil enggan memberikan sepakan penalti kepada Belanda walaupun terdapat dua insiden bola terkena tangan pemain Denmark di dalam kotak penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.

Kekalahan itu pasti memberikan tamparan hebat kepada Belanda yang wajib mencari kemenangan ke atas dua lagi baki perlawanan akan datang ketika bertemu Portugal dan Jerman


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

EURO 2012 - Jerman menang 1-0 ke atas Portugal



Jerman memulakan kempen Euro 2012 dengan langkah kanan apabila menewaskan Portugal 1-0 di Stadium Arena Lviv pagi ini.

Bintang penyerang Bayern Munich, Mario Gomez menjadi pemusnah kepada harapan Portugal untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata apabila menjaringkan gol kemenangan Jerman pada minit ke-72.

Separuh masa pertama perlawanan menampakkan penguasaan Jerman dengan serangan demi serangan dilancarkan ke kubu lawan. Namun, tiada sebarang percubaan berbahaya yang mampu memecah benteng lawan.

Sebaliknya Portugal hampir memecah kebuntuan pada minit terakhir separuh masa pertama melalui rembatan kencang pertahanan kental, Pepe yang menggegar palang gol Jerman. Bola lalu melantun betul-betul di atas garisan gol sebelum kembali ke dalam kawasan permainan dan dikeluarkan pertahanan lawan.

Bermula separuh masa kedua, keadaan tetap sama di mana asakan Jerman ke kubu Portugal berterusan dengan pemain tengah, Sami Khedira dan Lukas Podolski banyak memainkan peranan.

Hasilnya, hantaran lintang Khedira dari sebelah kanan padang tepat menemui Gomez yang bijak melepasi kawalan Pepe sebelum melonjak tinggi untuk menanduk bola ke kiri gawang Portugal menewaskan penjaga gol, Rui Patricio.

Minit ke-77, Gomez sekali lagi berpeluang mencetak nama sebagai penjaring namun hantaran silang rendah dari sebelah kanan padang oleh Thomas Müller gagal dijangkau biar pun telah cuba merebahkan badan.

Selepas itu, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan seakan tersedar dari lena. Serangan bertali arus dilancarkan dengan salah satunya melibatkan sepakan lencong Nani dari luar kotak penalti yang sekali lagi mengenai palang gol pada minit ke-84.

Empat minit kemudian penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menjadi penyelamat apabila meluru keluar setelah berdepan satu sama satu dengan pemain gantian Portugal, Nelson Oliveira untuk menampan bola tolakan pemain itu dari dalam kotak penalti.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: keputusan Euro 2012, perlawanan Euro 2012, perlawanan akhir Euro 2012, perlawanan kumpulan Euro 2012, keputusan terkini Euro 2012, video perlawanan Euro 2012, ranking Euro 2012, kedudukan Euro 2012, senarai penjaring Euro 2012

Wednesday, June 6, 2012

Nurul Sah Jadi Isteri Eric Depp



Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Lafaz akad nikah dilakukan dalam Bahasa Inggeris.
Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.
Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).

Nurul yang ditemui berkata dia agak beremosi ketika membuat ucapan perkahwinan kerana terharu dengan kelancaran majlis tersebut.
"Tidak mudah untuk melaksanakan majlis ini. Banyak cabaran dan kesulitan yang perlu saya hadapi sebelum ini.
"Saya menjadi sebak apabila dapat menghimpunkan teman-teman rapat dan keluarga dalam sebuah majlis yang lancar pada hari ini," katanya.
Suaminya Eric pula berkata dia berasa teruja dengan majlis perkahwinan itu dan menyifatkan ia sebagai hari terbaik di dalam hidupnya setakat ini.
"Ini adalah hari yang indah dan terbaik di dalam hidup saya setakat ini. Saya teruja untuk hidup bersama dengan Nurul.
"Kita dapat lihat kegembiraan dan emosi di kalangan ibu bapa saya, keluarga dan isteri saya sendiri," katanya.
Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.
Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Rizman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.
Majlis diacarakan oleh pelawak dan penyanyi Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamshiri.
Pasangan ini bertemu buat pertama kali pada September 2010 di dalam satu majlis di mana perkenalan mereka diaturkan oleh aktres Zahida Rafik yang juga teman rapat Nurul.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.
Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.
Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan Ayu Nazirah.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Harga Minyak Petrol Turun 10sen



Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan menurunkan harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan lalu telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 berkuat kuasa esok.

“Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara `urus apungan` iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.

“Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, June 4, 2012

Video Bersih 3.0 Boleh Ditonton Orang Ramai



Orang ramai berpeluang untuk melihat kompilasi video daripada versi huru-hara yang orginal bagi perhimpunan Bersih 3.0 bermula Rabu ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata, video itu akan dimuat naik dalam laman web kementerian itu pada Selasa dan boleh dilihat pada hari berikutnya.
“Kita masih lagi membuat kompilasi visual berkenaan.
“Tujuan kita menunjukkan video itu bagi memberi peluang kepada orang dengan perspektif yang lebih luas mengenai apakah berlaku semasa perhimpunan itu,” katanya pada sidang media di Ladang Mutiara di Kahang, kira-kira 70 kilometer dari sini, Ahad.
“Video ini akan menunjukkan apakah yang sebenarnya berlaku dan rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri selepas menontonnya dan tidak akan terpengaruh dengan pemikiran seorang daripada mana-mana pihak,” katanya.
Beliau menambah, kementerian sudah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh mana-mana kumpulan atau parti selepas menonton video berkenaan.
“Video ini juga akan mempunyai bahagian-bahagian daripada polis dan memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan memperjelaskan tentang dakwaan bahawa mereka menyalahgunakan kuasa semasa perhimpunan,” kata beliau.
Terdahulu, Hishammuddin berkata, video itu akan menunjukkan pandangan yang luas mengenai kejadian yang berlaku sehingga mencetuskan keganasan termasuk “yang baik, yang tidak baik dan yang buruk”.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

147 Penumpang Terbunuh Pesawat Terhempas



Sebuah pesawat penumpang terhempas ke kawasan padat dengan penduduk di Lagos, hab komersial di Nigeria pada Ahad, mengorbankan kesemua 147 penumpang dalam pesawat itu.
Presiden syarikat penerbangan itu, Goodluck Jonathan mengisytiharkan tiga hari berkabung dan mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca nahas yang mengejutkan penduduk di pinggir bandar Agege di Laos di mana kebanyakan mereka hidup di rumah-rumah berbumbung zink di sepanjang jalan-jalan yang tidak berturap.
Pesawat McDonell Douglas MD-83, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan domestik Dana Air, terhempas dalam penerbanganya dari bandar Abuja apabila ia merempuh sebuah bangunan tidak jauh dari Lapangan Terbang Murtala Muhammed di Lagos pada pukul 2.44 petang waktu tempatan dan terbakar.
Berdasarkan senarai nama penumpang yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, antara penumpang yang terkorban adalah jurucakap Nigeria National Petroleum Corporation, Lewi Ajuonuma.
Dana Air masih menyiasat punca nahas.
Dana Air menjalan operasi penerbangan di bandar-bandar seluruh Nigeria dari Lapangan Terbang Murtala Muhammed. - REUTERS


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, June 3, 2012

Foto Terbaru Anak Mawi, Cahaya Malaika

Gambar Terkini anak Mawi sekitar majlis aqiqah untuk Cahaya Malaika yang kini berusia 3 bulan .





~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Zizan Juara Super Spontan Bolot RM100 Ribu



Pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.

Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu.

Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.

Super Spontan peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).

Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah Adibah Noor.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Nia Ramadhani Dapat Bayi Perempuan



Aktres Indonesia Nia Ramadhani selamat melahirkan seorang bayi perempuan Mikhayla Zalindra Bakrie pada pukul 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan di sini, Sabtu.
“Alhamdulillah, telah lahir putri pertama kami, Mikhayla Zalindra Bakrie, pada hari Sabtu pukul 07.25 pagi,” kata sumber yang juga ahli keluarga pelakon itu dikenali sebagai Yasmin menerusi kiriman Blackberry Messenger kepada portal Kapanlagi.com.
Nia yang terkenal menerusi drama sinetron Bawang Merah, Bawang Putih itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram itu hasil perkahwinannya dengan usahawan Ardie Bakrie pada April 2010.
Difahamkan, kedua-dua bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.
“Dengan berat 3130 gram dan panjang 48 cm. Ibu dan anak dalam keadaan sihat,” kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu, suaminya Ardie Bakrie tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak di atas kelahiran bayi itu sehingga menitiskan air mata kesyukuran.
“Saya membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Nia sehingga dia selamat melahirkan anak kami sampai saya menitiskan air mata,” ujar Ardie saat ditemui pemberita di hospital berkenaan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...