Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo meninggalkan padang dengan langkah longlai.
Dia turut menanggalkan lilit lengan ketua pasukan.
Ketika pemain Portugal yang lain memberi penghormatan kepada penyokong mereka setelah kalah 0-1 kepada Jerman, Ronaldo berseorangan menuju ke terowong ke bilik persalinan.
Amat sengsara dan kekecewaan yang sukar untuk diubati. Itu gambaran terhadap kekecewaan yang dialami pemain termahal di dunia itu selepas perlawanan pertama Euro 2012.
Semalam, Ronaldo secara keseluruhan gagal memberi impak seperti mana yang dia lakukan bersama Real Madrid.
"Tiada perlawanan yang berlangsung dengan sempurna.
"Kalau boleh memang kami mahu menguasai perlawanan, namun ia sukar pada perlawanan ini," kata Ronaldo.
Keupayaan benteng pertahanan Jerman menyekat gerakan lincah Ronaldo, menyukarkan Portugal mencari gol penyamaan.
Ronaldo membuka gerakan untuk tiga peluang gol, namun tiada satu pun berjaya disempurnakan.
Pada minit-minit akhir perlawanan, Ronaldo menuju ke tempat duduk pemain untuk meminta air, namun tiada seorang pun pegawai yang menghulurkan botol air.
Ini menyebabkan Ronaldo berang lalu berteriak.
Sebaik sahaja dia mendapat sebotol air, dia minum dalam keadaan bercekak pinggang dan menggeleng kepala.
"Semua orang tahu taraf Ronaldo. Anda tidak boleh mengetepikan dia sama sekali.
"Saya rasa Ronaldo melakukan lebih daripada dua atau tiga kali ke arah gol kami," kata pertahanan Jerman, Jerome Boateng. - AGENSI
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment