Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, June 30, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia



Selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pelawak dam pelakon terkenal, Osman Kering, 58, telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 4.00 petang Jumaat.

Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian berkenaan telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi.

Zed Zaidi yang bertindak membuat kenyataan tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada isteri Osman Kering yang memberitahu dan mengesahkan sendiri pemergian dan ketiadaan suaminya itu.

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim sebelum ini telah dilaporkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.

Sebelum ini, dia yang dilaporkan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Daripada semua warga murai.com.my, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan ucapan takziah kepada keluarganya atas permergian arwah Osman Kering.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...