Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, June 10, 2012

Jersi Euro bertoksik



Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan Euro 2012 mengandungi toksik.

Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal mendapati baju sembilan pasukan itu mengandungi bahan kimia membimbangkan.

BEUC, pertubuhan yang mewakili semua organisasi pengguna kebangsaan Kesatuan Eropah (EU), memberi amaran kepada peminat yang berbelanja besar untuk membeli jersi pasukan kesayangan mereka bahawa tindakan itu seperti meracuni diri.

Baju Poland, menurut BEUC, begitu membahayakan dan perlu diharamkan.

Logam Lead ditemui pada baju Sepanyol, Jerman, Ukraine, Rusia, Perancis dan Itali. Bahan yang digunakan pada baju Jerman dan Sepanyol melebihi paras dibenarkan untuk produk kanak-kanak. Jersi Portugal dan Belanda pula mengandungi nikel.

"Baju Poland patut dilarang dijual di kedai kerana mengandungi organotin yang digunakan untuk mencegah bau peluh.

"Disebabkan ia mengandungi dos melebih paras dibenarkan, organotin mungkin membawa kesan kepada sistem saraf," kata BEUC .

Peminat sanggup membayar hampir 90 euro (RM357) untuk sehelai baju pasukan kegemaran mereka yang sebenarnya bukan berkualiti dan selamat," kata Ketua Pengarah BEUC, Monique Goyens. - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...