Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, January 31, 2011

Lee Chong Wei Tewas lagi kepada Lin Dan

Chong Wei kalah lagi, Lin Dan asik menang je!!.. nak buat cam mana, cuba lagi untuk episod perlawanan yang akan datang...


Lee Chong Wei terpaksa akur kepada Lin Dan setelah beliau tewas 19-21, 21-14, 16-21 di tangan juara Olimpik itu dalam pertarungan 1 jam, 15 minit. Bermakna Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Korea selepas tumpas di tangan musuh tradisi, Lin Dan.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: keputusan terbuka korea 2011, keputusan penuh keputusan terbuka korea 2011, datuk lee chong wei terbuka korea 2011, terbuka korea 2011 datuk lee chong wei tewas kepada lin dan, keputusan terkini datuk lee chong wei 2011, juara terbuka korea 2011, hadiah juara terbuka korea 2011, jumlah wang kemenangan juara terbuka korea 2011, chong wei kalah kepada lin dan, lin dan juara terbuka korea

Hari semalam (Ahad) hujan tanpa HENTI

Semalam Ahad adalah hari hujan tanpa henti. Masa tu aku berada di kampung mak ayah aku.

Hujan seharian, duduk dalam rumah je tak tau nak buat apa.. kipas kat kampung pun sehari suntuk berehat - yelah hujan je, cuaca sejuk buka kipas nanti lagi gigil. Tengok sungai kat kampung pun dh penuh sgt. Kalo hujan berterusan sampai esok la boleh melimpah air sungai tu ke jalan..

So tadi sepjg perjalanan balik ke rumah pun hujan juga.. Tapi semasa aku tengah meng update blog ni hujan dah berhenti kat area umah aku ni.. tapi tak tau laa kat kg aku tu masih lagi hujan atau tak...

Esok (pagi ni) dh nak keje. harap2 tak hujan, takut jem plak KL nanti... hehehe... tinggal 1 hari lagi utk pi kerja, lepas tu dah start cuti raya... Aku pun nak sambut raya cina gak.. hehehe... Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi fa Cai kepada semua masyarakat Cina termasuk kepada semua rakyat Malaysia juga dan Selamat bercuti..

Berhati2 di Jalan Raya... Mana yang pelahan sgt mcm beca tu sila dok lorong paling kiri ye :)

~ Bajonz ~
~ Photo ~

BN menang di Tenang dengan majoriti 3,707

Update sikit pasal Pilihanraya Kecil DUN Tenang... Kepada yang menang tu jgn lupa tunaikan JANJI anda kepada rakyatnya.. akan datang PRK Merlimau plak... Banyak tul PRK kali ni ye...


"Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR
Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi
Jumlah mengundi 9,833 pengundi
Peratus mengundi 67 peratus
Undi rosak 142 undi
Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
Undi diperolehi: 6,367
Majoriti: 2,492

– Bernama"

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: keputusan pilihanraya DUN tenang, keputusan pilihanraya, Keputusan PRK DUN tenang, keputusan rasmi DUN tenang, BN menang DUN tenang, PAS kalah di DUN tenang, gambar pilihanraya DUN tenang, majoriti undi DUN tenang, BN menag besar DUN tenang, video pilihanraya DUN tenang, keputusan rasmi PRK DUN tenang, keputusan penuh DUN tenang, keputusan PRK merlimau, keputusan rasmi PRK merlimau, gambar calon DUN tenang, gambar calon DUN merlimau

Saturday, January 29, 2011

Tol 50sen Taman Connaught tamat Mei ini

Akhirnya tol yang paling murah ni akan dibuang tak lama lagi.. Lepas ni balik keje dh x jem laa kat tol situ.. tapi aku rasa nanti jem teruk kat Taman Connaught masuk ke jalan cheras-kajang. Dan awal pagi kerja menghala ke PJ pun jem teruk tu... lepas ni dh takda tol lagi teruk kot jemnya...

So lepas ni tol mana plak lagi nk kene buang??? best3... hehe..Apa pun TQ kepada Kerajaan kerana membuang tol tu.. lepas ni buang laaa tol yg mahal sket... hehe


PUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berkuat kuasa Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah penutupan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya pada 2018 lanjutan daripada cadangan pengambilalihan aset-aset konsesi tersebut.

"Ini bermakna, pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol.

"Saya difahamkan inisiatif penutupan awal tol ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah dalam isu tol," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Perdana Menteri, penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

"Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat," katanya.

METRAMAC adalah pemegang konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: Tol Taman Connaught dihapuskan, tol 50sen dibuang, tol 50sen dihapuskan, gambar tol Taman Connaught, tol 50sen ditutup, tol plus ditutup, semua tiada tol, harga tol tidak naik,

43 tahun kerja tanpa sakit

Hebat gak Atuk ni..tak penah MC sejak bekerja.. Apa la ubat dia makan ye?? .Owen sentiasa bersemangat bekerja walaupun kadang-kadang kurang sihat.


LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.

Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari. Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.

Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara. Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.

“Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain.

“Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya,” katanya.

Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.

Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat.

“Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar,” katanya.

Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.

Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh. Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex. Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.

Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. - DM

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Thursday, January 27, 2011

Kereta sekali isi minyak RM932

Pergggh... byk giler laa isi minyak.. pastu petrol kat sana mahal plak tu.. harap2 jgn la minyak petrol kt Malaysia semahal mcm tu.. huhu..

SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.

LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah (bernama OD) jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar.

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.

Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.

Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Monday, January 24, 2011

TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih


Syabas kepada TLDM yang semakin canggih manggih. Barulah sistem pertahanan Malaysia diiktiraf dunia... semoga menjadi terbaik antara yang tebaik..

"Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.

Sumber pertahanan memberitahu , model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.

"Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.

"Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan," katanya di sini hari ini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.

Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

Ditanya mengenai apakah jenis persenjataan yang akan dipasang pada kapal perang tersebut, sumber tersebut berkata, pihak TLDM sedang mengkaji perkara berkenaan tetapi beliau yakin, jenis peluru berpandu sedia ada akan digunakan kecuali melibatkan pertahanan udara.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberitahu, kapal LCS yang bakal dibina bagi memperkukuhkan perairan negara tidak lagi mengguna pakai konsep fitted for but not with seperti aplikasi pada kumpulan pertama kapal NGPV jenis KD Kedah."

Sumber: Utusan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: kapal perang malaysia, kapal perang baru TLDM, TLDM beli kapal perang baru, gambar kapal perang TLDM, kapal tempur pesisir TLDM, kapal ronda generasi baru TLDM, kapal perang canggih TLDM, kapal perang abad 21 TLDM

Terjah Blog Pagi-pagi Buta

Ni la akibatnya mengedit gambo malam2.. pastu rasa segar je mata ni.. dah laa esok keje.. tido lambat lagi laaa.. bila dah keadaan mcm ni apa lagi kerja aku terjah menerjah blog-blog orang Malaysia ni laa..

wuishhh macam2 blog ada, x kira usia... banyaknya aku tengok budak remaja, orang muda mudi sekang ni memang dh suka ber blog.. bagus laa dari awal dh celik IT, celik internet... tapi jgn abai pelajaran dah.. :)

Berwarna warna warni blog diorg ni... biasanya blog pompuan laa, memang meriah masuk.. macam macam ada..

tapi kalo Internet korang laju serupa UNIFI memang syok laa masuk blog mcm tu. Tapi kali pakai berukband, berjanggut laa nk tunggu page tu loading.. hehehe...

Okla mata aku pun dh warna warni serupa buta warna.. ngantok dh ni.. gd nite, smlm malam.. slmt BerBLOG..

- Kurang Kontroversi, Tingkatkan KPI.. - hehehe... ZZzzz...

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Saturday, January 22, 2011

Kereta wajib ada beg udara 2012

Bagusla dh ada beg udara. diharapakan beg udara ni berkualiti tinggi dan dapat mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan...

"Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda."

Sumber: Utusan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: beg udara diwajibkan, kereta proton ada beg udara, kereta perodua ada beg udara, beg udara wajib dipasang 2012, beg udara 2012, air bag 2012, air bag wajib semua kereta proton dan perodua, saman jika tiada beg udara

Friday, January 21, 2011

Pulangkan Duit Syiling kepada pemiliknya

Sape yang amik duit tu kene pulangkan.. kang kalo pemilik tu report polis, anda boleh dipenjarakan kerana mencuri..


Orang ramai yang mengutip duit syiling yang bertaburan di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas, Negeri Sembilan semalam dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pemiliknya.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.

''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.

''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.

Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW.

Katanya, meskipun kebiasaannya wang yang dibawa melalui kenderaan oleh mana-mana syarikat telah sedia diinsurankan, itu bukan bermakna orang ramai bebas mengambilnya apabila berlaku sesuatu kemalangan.

''Tidak kira ada insurans atau tidak, ia tetap haram diambil tanpa kebenaran pemiliknya," jelas beliau.

Dalam hal ini, Harussani berkata, hukum mengambil barangan yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya tidak boleh disamakan dengan hukum 'luqatah' atau barangan tercicir kerana pihak berkenaan mengetahui siapa pemiliknya.

''Luqatah adalah barangan yang kita tidak tahu siapa pemiliknya, malah kalau berjumpa barangan luqatah sekali pun kita mesti berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut (gambar) ketika dihubungi berkata, orang ramai hendaklah membantu kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling bukannya mengambil kesempatan daripada insiden tersebut.

"Dalam negara Islam, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku dan ia adalah memalukan. Umpama kita tidak ada hukum," katanya.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid bersependapat bahawa benda yang bukan hak seseorang mestilah dipulangkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan dari perspektif Islam dalam hak asasi manusia, pemilik wang syiling berhak untuk dilindungi dan duitnya oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kehilangan wang syiling tersebut.

Sebaliknya, tambah beliau, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang membawa duit syiling itu hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Sumber: Utusan

Lagi berita >> Duit Syiling RM75000 bertaburan atas jalan raya

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: syling bertaburan atas jalan raya, ang pau atas jalan raya, orang ramai sibuk kutip duit syiling, duit syling kat PLUS, RM75000 atas jalan raya, kutip duit syiling, gambar orang ramai kutip duit syiling, gambar kejadian duit syiling, gambar duit syiling, pulangkan duit syiling, curi duit syiling kena penjara, kembalikan duit syiling

Thursday, January 20, 2011

Jalan-Jalan Sekitar KL Ditutup : Majlis Pelancaran & Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011


Hari Wilayah Persekutuan 2011 adalah pada 01hb Februari 2011 tetapi pada 29hb Januari 2011 akan diadakan Majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011. Dan berikut adalah jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka, KL yang akan ditutup sempena raptai dan majlis tersebut.

25 Januari 2011 (Selasa)
Jalan Hishamuddin / Jalan Raja
Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Raja

- untuk raptai teknikal sambutan majlis pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2011 bermula 09:30 pagi - 11:30 pagi.

26 Januari 2011 (Rabu)
Jalan Raja
Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah
Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut
Lencongan Bulatan Dato' Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar

- Bermula 06:00 pagi - 12:00 tengahari untuk raptai majlis sambutan.

27 Januari 2011 (Khamis)
Jalan Raja
Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah
Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut
Lencongan Bulatan Dato' Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar

- Bermula 05:00 pagi - 12:00 tengahari untuk raptai penuh sambutan.

29 Januari 2011
Jalan Raja

- Bermula 05:00 pagi - 01:00 petang, akan ditutup sempena sambutan dan Majlis Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2011.


Dinasihatkan kepada yang ingin pergi ke majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 di Dataran Merdeka agar menggunakan public transport atau mencari jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan.

Sila rujuk Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan mematuhi arahan polis trafik dan penguatkuasa DBKL dari semasa ke semasa. Hubungi Call Centre DBKL di talian bebas tol 1-800-88-32-55 untuk keterangan lanjut.

- Sumber berita dari BERNAMA

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: hari Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, penutupan jalan sempenan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, jadual penutupan jalan hari wilayah, lokasi Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, berita Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, meriahnya Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011,

Wednesday, January 19, 2011

Duit Syiling RM75000 bertaburan atas jalan raya


Begitulah hebatnya rakyat malaysia tanpa menghiraukan keselematan diri di lebuhraya sanggup untuk memungut dan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas jalan raya. Selama 3 jam diorang semua mengutip duit tersebut.

Kejadian ini berlaku di Kilometer 243 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut dipercayai tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Akibatnya ribuan duit syiling bernilai 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuhraya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan orang ramai menghentikan kenderaan masing² di bahu jalan untuk mengutip duit syiling

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000. Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor. Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.



kalo akula, memang tak sanggup nak kutip duit syiling tu.. Satu membahayakan nyawa, dengan kereta yang laju dan lori lalu lalang kat lebuh raya tu, lepas tu duit tu bukannya hak kita untuk kita ambil. Tapi kalo tolong kutip kemudian bagi kat pemilik dia semula takpe laa.. Memang sifat terpuji tu.. :)



~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: syling bertaburan atas jalan raya, ang pau atas jalan raya, orang ramai sibuk kutip duit syiling, duit syling kat PLUS, RM75000 atas jalan raya, kutip duit syiling, gambar orang ramai kutip duit syiling, gambar kejadian duit syiling, gambar duit syiling

Sunday, January 16, 2011

Yuran sekolah perlu dimansuhkan - GMPP

Yang ni aku setuju - sama ada dimansuhkan atau dikurangkan.. aku baru 2 orang anak bersekolah pun dah terasa. nak beli baju sekolah dan peralatan sekolah lagi - ni pun dah mahal. tu belum lagi kepada mereka yang mempunyai 5-6 orang anak yang bersekolah...


Sumber - Utusan

"Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika.

"Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya. - Bernama:

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: yuran sekolah membebankan, minta yuran sekolah percuma, yuran perlu diberi percuma, yuran sekolah tinggi 2011, yuran sekolah meningkat 2011

Saturday, January 15, 2011

Lepak rumah minggu ni

Hari minggu adalah hari lepak-lepak kat rumah kalo tak kemana... tak tau nak buat apa, so aku lepak kat rumah jela sambil layan 10 keping DVD yg baru...

Tadi ingat nak setup balik PC aku yg dah berkurun tak jenguk, tengah sedap sedap buat, CD installer xda plak.. tangguh lagi laa nak setup PC aku tu balik..

Jom layan DVD.. lalala~


Fairuz & Mira

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Model Terbaru Perodua - Myvi terbaru 2011

Perodua Myvi 2011 model baru keluar dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme.

Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).

Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).



Perodua Malaysia akan melancarkan (Gambar) Model Kereta Terbaru Perodua | Model Baru Perodua | Myvi Terbaru 2011 seawal bulan April 2011.

Kereta model terbaru Perodua tersebut adalah dari varian Myvi dan bentuk dan rekaannya diilhamkan daripada kereta Toyota Passo Hana dan Daihatsu Boon. Gambar di bawah adalah model Toyota Passo Hana dan juga Daihatsu Boon. Cantik atau tidak, terpulang kepada penilaian anda semua. Sapa rasa berminat boleh laa beli nanti....








~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: kereta terbaru perodua, kereta terbaru myvi, myvi 2011, perodua buat kereta baru, model terbaru myvi 2011, myvi replacement 2011, Toyota Passo Hana, Daihatsu Boon, video myvi 2011, katalog myvi 2011, harga myvi 2011, price myvi 2011, pelancaran myvi 2011, pelancaran kereta baru perodua, gambar terbaru myvi 2011, harga terbaru myvi 2011, review myvi 2011, foto myvi 2011, video myvi 2011, masalah myvi 2011, problem myvi 2011, top speed myvi 2011, color myvi 2011, warna pilihan myvi 2011, kapasiti enjin myvi 2011, gambar perodua myvi 2011, kecantikan myvi 2011, myvi 2011 laris

Thursday, January 13, 2011

Letih seharian duk dalam Server Room

Dua hari sampai esok aku ada kerja kat Johor.. hari ni memang penat aku, byk benda nak kene setup - dah la kaki pun sakit, bila laa nk baik kaki ni..

Esok sambung lagi kerja, harap2 boleh laa siap dan dengan amannya boleh balik ke KL esok.. DVD pun dah beli - 10 keping aku sambar... sini murah laa sket..

aku baru je 2 mlm kat sini, 2 malam juga laa anak aku menangis bila cakp dalam telefon. So tadi dpt buat video call, akhir2 tu nampak la dia menangis - rindu sgt kt ayah. Anak ayah laa katakan sampai bantal aku pun dia bawak tidor..hehe..

Esok balik KL... yehoo.. cuti di hujung minggu..


DSC00141

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Tuesday, January 11, 2011

Pesawat AirAsia Terbabas ketika mendarat di KIA


Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Nasib baik laa tak meletup ye.. Aku baru je 2 hari lepas tgk citer Die hard 2 - kapal terbang terbabas dan meletup..

Ini menyebabkan sebanyak 24 penerbangan telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) berikutan sebuah pesawat milik AirAsia telah terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat, malam tadi.

Hanya penerbangan MH2505 dibenarkan berlepas dari lapangan tersebut ke Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi ini.


Menurut Bernama, empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan..

Selalunya bila kita naik kapal terbang perasaan takut memang ada.. takut terhempas laa, terbabas, salah mendarat laa.. mcm2 ada la takut perkara x baik berlaku.. Nak2 time hujan2 ni, bila ada kat atas memang terasa goncangnnya...

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Kapal AirAsia terhempas, kapal AirAsia terbabas, kapal terbang AirAsia terkandas, kapal terbang tambah murah AirAsia, promosi AirAsia, promosi sehingga 90% diskaun AirAsia, AirAsia plane crash, Air Asia terhempas

Jose Maurinho Dan Lionel Messi Menang - Anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa 2010




Award List In Full:

Men's Player of the Year: Lionel Messi (Barcelona and Argentina).

Women's Player of the Year: Marta (FC Gold Pride, Santos and Brazil).

Men's Coach of the Year: Jose Mourinho (Inter Milan and Real Madrid).

Women's Coach of the Year: Silvia Neid (Germany).

Puskas Award (Goal of the Year): Hamit Altintop (Kazakhstan v TURKEY).

Fair Play Award: Haiti Women Under-17s.

Presidential Award: Desmond Tutu.



~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: Fifa best player, pemain terbaik FIFA, Lionel Messi facebook, Jose Mourinho facebook, Messi wins new Fifa player award, Jose Coach of the Year, FIFA Ballon d'Or winner for 2010 , FIFA Ballon d'Or, Around the FIFA Ballon d'Or Gala 2010

Sunday, January 9, 2011

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 25



Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25 - Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku . Satu kejutan dan ramai yang menjangkakan Hanyut dari Faizal Tahir akan memang.. Tahniah kepada Ana Raffali . Berikut adalah keputusan penuh AJL 25.



KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL 25)

Juara AJL 25 = Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara AJL 25 = Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Tempat Ketiga AJL 25 = Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Vokal Terbaik = Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Persembahan Terbaik = Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir

~ Bajonz ~
~ Photo ~


Google: AJL25, AJL 25, keputusan AJL 25, keputusan anugerah juara lagu 25, red carpet AJL25, gambar red carpet AJL 25, gambar terkini AJL 25, keputusan terkini AJL 25, pemenang AJL 25, pemenang Anugerah Juara Lagu 25, artis seksi di red carpet ajl 25, gambar seksi di red carpet ajl 25, finalis AJL 25, video AJL 25, live streaming AJL 25, gambar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), foto red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), sekitar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), terkini red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), terbaru red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), artis di red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), koleksi gambar red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), siti nurhaliza red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), lisa surihani red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), dynaz red carpet anugerah juara lagu ke 25 (ajl25), ag hotfm red carpet anugerah juara lagu ke 25, anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, keputusan penuh anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, live streaming anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, siaran langsung anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, masa anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, lokasi anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, tempat anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, finalist anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, artis artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, keputusan terkini anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, hadiah hadiah anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, vokal terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, lagu terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, persembahan terbaik anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, pemenang tempat ke 3 anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25 ajl 25, pemenang tempat ke 2 anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, juara lagu anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, juara anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, raptai anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25, rehearsal anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, gambar artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, foto artis anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, red carpet anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011, red karpet anugerah juara lagu ke 25 tv3 9.1.2011 ajl 25

Friday, January 7, 2011

Anak aku kelaparan hari ni di Sekolah angkara seorang GURU

Geram betul aku dengar cerita hari ni dari wife aku. Hari ni aku baru aje nak ajar anak aku yg darjah 1 untuk beli makanan sendiri pada waktu rehat.

Masa rehat tadi anak terlupa untuk bawa turun duit ke kantin, jadi dia terpaksa naik ke kelas semula untuk ambil duit. Tapi malangnya Cikgu mana ntah yang tak berhati perut - maaf jika ada cikgu terasa, dia tak bagi anak aku naik kelas untuk ambil duit. Memang laa ada undang2 sekolah mengatakan waktu rehat tak boleh berada dalam kelas.. Tapi anak aku nk ambil duit je kat beg sekolahnya.. bukannya duduk dalam kelas.

Budak tu baru darjah 1, dan ni baru minggu pertama, cikgu tu dah hukum sedemikian.. kebulur dibuatnya anak aku. Kesian aku tengok, kalo aku ada situ aku tentu dh nangis tgk anak aku mcm tu. Anak aku dh lapar sgt terpaksa la dia makan sisa2 kawannya.. MEMANG AKU GERAM.. dah tu cikgu kalo tak boleh naik ke kelas pun, bagilah pinjam duit nya CIKGU oooiiii... nanti anak aku bayarlaaa balik, aku pun boleh bayar balik.. ataupun cikgu ikut laa sekali ke kelas..

ni anak aku dh sakit2 perut.. 3 kali dia dah ke tandas.. perut masuk angin... jgn kene keracunan makanan dah.. memang aku gegar sekolah tu..

Dan semlm wife aku komplain juga, Cikgu dgn bahasa yg kurang sedap halau ibu bapa dari kantin.. menyirap gak aku dengar.. ni dh halau, kebulur anak aku hari ni.. ambil la berat sikit. Ni bagi anak aku kebulur plak.. Jadinya hari ni anak aku kebulur kat Sekolah...

Satu lagi plak wife aku ada terdengar cikgu sound murid yang nk ke tandas lepas waktu rehat... bagi jela budak darjah 1 tu ke toilet.. kang terkencing kat situ.. cikgu nak basuh ke? budak tu juga yg kena marah nanti..

Kepada cikgu2 sekelian, berhati perut laa sikit kat anak2/murid2 yang baru je masuk ke alam persekolahan ni.. mana taknya ibu bapa x percaya kat guru2.. Masa pendaftaran hari tu, Guru dan Guru Besar pun ada kata "jgn risau anak2 anda di sekolah, kami akan mendidiknya dan menjaga keselamatan anak2 anda".. tengok apa dh jadi.. KEBULUR ANAK AKU... budak tu baru nak belajar, sila laa tunjuk ajar dgn cara yang betul dan terhormat.. baru lah Guru dihormati.. Jangan anggap budak darjah 1 tu dah macam budak darjah 5 atau 6..

Apapun minta maaf pada guru2 yang terasa.. Aku tak leh terima anak aku kebulur kat sekolah, pastu terpaksa makan sisa2 org lain kerana terlalu lapar sangat.. Bila dah lapar mcam mana nak belajar betul??? Bila dh jadi mcm ni inilah aku fikirkan betapa pentingnya handphone kat anak2 semasa di sekolah..

Jadi aku berharap perkara ni tak berulang lagi pada masa hadapan. Minggu seterusnya aku dan wife dah bekerja. Aku harap anak aku dpt sesuaikn dgn persekitaran baru dan di harap Cikgu-cikgu semua dpt menjaga dan mendidik anak kami dan juga anak ibu bapa lain semasa di dalam sekolah... Dan jika terjadi lagi, aku masuk PIBG dan minta diorg bagi kelas tambahan juga kat Cikgu2.. Bagaimana menjadi Guru yang berjaya dan disegani + berhari perut..

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Tuesday, January 4, 2011

Minyak naik lagi - RON97 naik 10 sen lagi


Minyak naik lagi!!!! tapi nasib baik bukan RON95. Kereta aku pakai RON95.. kalo RON95 naik aku isi pakai diesel la.. hehe


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

~ Bajonz ~
google: harga minyak naik, RON97 naik harga, RON95 naik harga, harga petrol naik lagi, harga petrol melonjak

Sunday, January 2, 2011

Penangan Harga Getah bila naik

Harga getah naik boleh cecah belasan ringgit se kilogram. tak silap aku sekilo hampir RM12.00. Tinggi tu... kalo sehari dpt dalam sekilo atau 2 kg.. pergh sebulan byk tu..

Bila harga getah ni dah naik, bapak aku juga tak ketinggalan tuk menoreh getah.. tak pernah menoreh, tiba2 harga getah melambung, dia pun tiba2 rajin la nak menoreh pokok getah kat kg yang berada kat belakang umah tu. Pokoknya tak la byk sgt, tapi kalo rajin + kumpul hasilnya lumayan gak.. semlm balik kg adik aku rajin memotong rumput dgn mesinnya kat belakang rumah.. dah jadi cukup terang utk aktiviti menoreh getah..

Jadi sesiapa yang ada pokok getah tu, jgn laa lupa ye toreh, selagi harga getah ni tinggi. Mana yg ada tanah tu, tanam laa pokok getah mulai sekarang. Bapak aku cakap 4/5 thn je dh boleh toreh..

Hargo gotah dh naik, jom menoreh.. Selamat menoreh Gotah...

sample pokok getah yg aku ambil kt kg aku... asal pokok getah dan masih keluar lagi getah kene la toreh...


01012011377

01012011378

01012011380


~ Bajonz ~

Saturday, January 1, 2011

Syamimi di Hari Pendaftaran Sekolah

Semalam, seawal pagi Jumaat jam 8am, anak aku Syamimi membuat pendaftaran di sekolah barunya - Sekolah ibu nya juga dulu. Dengan lengkap berpakaian baju sekolah termasuk beg sekolah bermakna itulah hari pertama anak aku menjejakkan kaki ke Alam persekolahan..

Bermacam-macam ragam dapat dilihat pada hari tersebut. Ada murid-murid yg menangis - itu biasala budak darjah 1, tapi kebanyakkan nya yang menangis adalah murid lelaki.... hehe..dengan gelagat Ibu bapa melayan karenah anak masing-masing. Tapi bukan ibu bapa sahaja yang ada datang sekali, kaum kerabat pun dibawa sekali, dari anak yang kecil sehinggalah yg dah besar, org gaji, sedara mara, hinggalah ke atuk dan nenek... Memang sesak dan meriah laa suasana masa tu..

Selepas 10am, murid murid dibawa masuk ke kelas, mcm biasala kene beratur. dan ibu bapa kene duduk kat dewan terbuka untuk dengar taklimat yg disampaikan oleh cikgu-cikgu.. Kang tak dengar nanti ada benda yang penting dan mustahak ibu bapa tak tahu nanti.. lebih kurang dekat 2 jam laa cikgu-cikgu menerangkan misi transformasi pendidikan 2011 kepada semua ibu bapa.. memang bersemangat cikgu-cikgu sehingga ke Guru Besar memberi penerangan.. Aku pun tiba2 jadi semangat gak.. hehe..

Mulai tahun 2011 murid darjah 1 akan bermula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KKSR) ganti UPSR. Bermakna budak darjah 2 sekarang adalah generasi terakhir untuk UPSR.. Sains dan Matematik juga akan diajar dalam bahasa Melayu.

Guru Besar SK semenyih baru shj tak sampai sebulan bertugas -Org lama dan memang berpengalaman.. Jumlah murid hampir 2050.. perghh memang ramai muridnya dan cikgunya pulak hampir 120 org.. 18 org adalah lelaki - ramai nya cikgu perempuan.. Sekolah ni ada 2 sesi pagi dan petang.. So darjah 1 dapat sesi pagi.. Jadi Isnin ni anak aku kene bangun awal pagi la tuk ke Sekolah.. Jgn menguap, tido kt sekolah sudahla... - Jadi Syamimi kene belajar tidur awal la..

layan la serba sedikit gambar2 yang aku sempat amik - pakai HP je.. kang pakai DSLR kang diorg ingat aku photographer sekolah plak.. hehe

31122010355
Mimi minum air je.. makan taknak..

31122010358
Dewan Terbuka Sekolah. Dewan baru tgh buat kat belakang tu

31122010360

31122010363

31122010366
Murid-murid kene beratur tuk naik ke kelas masing2

31122010371

31122010373
Kelas Mimi di tingkat 3 - merungut anak aku naik ke kelas tinggi sngat

31122010375
Guru besar beri ucapan dan penerangan. Ibu bapa semua kusyuk mendengarnya

~ Bajonz ~


Google: Syamimi ke sekolah, sekolah baru syamimi, kembali ke sekolah, back to school, sekolah kebangsaan ,

Bekas suami penyanyi Siti Nurdiana, Faizal Yusup Meninggal Dunia. Al Fatihah

Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Faizal Yusup, 32, bekas suami penyanyi Siti Nurdiana telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.45 petang tadi.
Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu...


Sekali lagi kita dikejutkan dengan kematian melalui serangan jantung pada usia yang muda..

Takziah kepada semua keluarga Allahyarham.
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.






~ Bajonz ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...