Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, January 19, 2011

Duit Syiling RM75000 bertaburan atas jalan raya


Begitulah hebatnya rakyat malaysia tanpa menghiraukan keselematan diri di lebuhraya sanggup untuk memungut dan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas jalan raya. Selama 3 jam diorang semua mengutip duit tersebut.

Kejadian ini berlaku di Kilometer 243 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut dipercayai tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Akibatnya ribuan duit syiling bernilai 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuhraya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan orang ramai menghentikan kenderaan masing² di bahu jalan untuk mengutip duit syiling

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000. Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor. Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.



kalo akula, memang tak sanggup nak kutip duit syiling tu.. Satu membahayakan nyawa, dengan kereta yang laju dan lori lalu lalang kat lebuh raya tu, lepas tu duit tu bukannya hak kita untuk kita ambil. Tapi kalo tolong kutip kemudian bagi kat pemilik dia semula takpe laa.. Memang sifat terpuji tu.. :)



~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: syling bertaburan atas jalan raya, ang pau atas jalan raya, orang ramai sibuk kutip duit syiling, duit syling kat PLUS, RM75000 atas jalan raya, kutip duit syiling, gambar orang ramai kutip duit syiling, gambar kejadian duit syiling, gambar duit syiling

5 comments:

  1. ish...
    ada gak kan orang malaysia camneh..

    ReplyDelete
  2. ramai nyer yang stop...
    tapi bahaya la diorg buat mcm ni..

    ReplyDelete
  3. tu dia!!!
    sah2 nampak muka tu..
    glamour pengutip syiling

    ReplyDelete
  4. kalau kutip duit syiling camni xkesah la. tapi kalau mimpi kutip duit syiling banyak camni alamat nak mendapat berita keciwa la.

    ReplyDelete
  5. kalau aku aku nk buat..haha $$$

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...