Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, January 16, 2011

Yuran sekolah perlu dimansuhkan - GMPP

Yang ni aku setuju - sama ada dimansuhkan atau dikurangkan.. aku baru 2 orang anak bersekolah pun dah terasa. nak beli baju sekolah dan peralatan sekolah lagi - ni pun dah mahal. tu belum lagi kepada mereka yang mempunyai 5-6 orang anak yang bersekolah...


Sumber - Utusan

"Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika.

"Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya. - Bernama:

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: yuran sekolah membebankan, minta yuran sekolah percuma, yuran perlu diberi percuma, yuran sekolah tinggi 2011, yuran sekolah meningkat 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...