Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 21, 2011

Pulangkan Duit Syiling kepada pemiliknya

Sape yang amik duit tu kene pulangkan.. kang kalo pemilik tu report polis, anda boleh dipenjarakan kerana mencuri..


Orang ramai yang mengutip duit syiling yang bertaburan di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas, Negeri Sembilan semalam dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pemiliknya.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.

''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.

''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.

Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW.

Katanya, meskipun kebiasaannya wang yang dibawa melalui kenderaan oleh mana-mana syarikat telah sedia diinsurankan, itu bukan bermakna orang ramai bebas mengambilnya apabila berlaku sesuatu kemalangan.

''Tidak kira ada insurans atau tidak, ia tetap haram diambil tanpa kebenaran pemiliknya," jelas beliau.

Dalam hal ini, Harussani berkata, hukum mengambil barangan yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya tidak boleh disamakan dengan hukum 'luqatah' atau barangan tercicir kerana pihak berkenaan mengetahui siapa pemiliknya.

''Luqatah adalah barangan yang kita tidak tahu siapa pemiliknya, malah kalau berjumpa barangan luqatah sekali pun kita mesti berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut (gambar) ketika dihubungi berkata, orang ramai hendaklah membantu kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling bukannya mengambil kesempatan daripada insiden tersebut.

"Dalam negara Islam, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku dan ia adalah memalukan. Umpama kita tidak ada hukum," katanya.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid bersependapat bahawa benda yang bukan hak seseorang mestilah dipulangkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan dari perspektif Islam dalam hak asasi manusia, pemilik wang syiling berhak untuk dilindungi dan duitnya oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kehilangan wang syiling tersebut.

Sebaliknya, tambah beliau, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang membawa duit syiling itu hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Sumber: Utusan

Lagi berita >> Duit Syiling RM75000 bertaburan atas jalan raya

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: syling bertaburan atas jalan raya, ang pau atas jalan raya, orang ramai sibuk kutip duit syiling, duit syling kat PLUS, RM75000 atas jalan raya, kutip duit syiling, gambar orang ramai kutip duit syiling, gambar kejadian duit syiling, gambar duit syiling, pulangkan duit syiling, curi duit syiling kena penjara, kembalikan duit syiling

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...