Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 7, 2011

Anak aku kelaparan hari ni di Sekolah angkara seorang GURU

Geram betul aku dengar cerita hari ni dari wife aku. Hari ni aku baru aje nak ajar anak aku yg darjah 1 untuk beli makanan sendiri pada waktu rehat.

Masa rehat tadi anak terlupa untuk bawa turun duit ke kantin, jadi dia terpaksa naik ke kelas semula untuk ambil duit. Tapi malangnya Cikgu mana ntah yang tak berhati perut - maaf jika ada cikgu terasa, dia tak bagi anak aku naik kelas untuk ambil duit. Memang laa ada undang2 sekolah mengatakan waktu rehat tak boleh berada dalam kelas.. Tapi anak aku nk ambil duit je kat beg sekolahnya.. bukannya duduk dalam kelas.

Budak tu baru darjah 1, dan ni baru minggu pertama, cikgu tu dah hukum sedemikian.. kebulur dibuatnya anak aku. Kesian aku tengok, kalo aku ada situ aku tentu dh nangis tgk anak aku mcm tu. Anak aku dh lapar sgt terpaksa la dia makan sisa2 kawannya.. MEMANG AKU GERAM.. dah tu cikgu kalo tak boleh naik ke kelas pun, bagilah pinjam duit nya CIKGU oooiiii... nanti anak aku bayarlaaa balik, aku pun boleh bayar balik.. ataupun cikgu ikut laa sekali ke kelas..

ni anak aku dh sakit2 perut.. 3 kali dia dah ke tandas.. perut masuk angin... jgn kene keracunan makanan dah.. memang aku gegar sekolah tu..

Dan semlm wife aku komplain juga, Cikgu dgn bahasa yg kurang sedap halau ibu bapa dari kantin.. menyirap gak aku dengar.. ni dh halau, kebulur anak aku hari ni.. ambil la berat sikit. Ni bagi anak aku kebulur plak.. Jadinya hari ni anak aku kebulur kat Sekolah...

Satu lagi plak wife aku ada terdengar cikgu sound murid yang nk ke tandas lepas waktu rehat... bagi jela budak darjah 1 tu ke toilet.. kang terkencing kat situ.. cikgu nak basuh ke? budak tu juga yg kena marah nanti..

Kepada cikgu2 sekelian, berhati perut laa sikit kat anak2/murid2 yang baru je masuk ke alam persekolahan ni.. mana taknya ibu bapa x percaya kat guru2.. Masa pendaftaran hari tu, Guru dan Guru Besar pun ada kata "jgn risau anak2 anda di sekolah, kami akan mendidiknya dan menjaga keselamatan anak2 anda".. tengok apa dh jadi.. KEBULUR ANAK AKU... budak tu baru nak belajar, sila laa tunjuk ajar dgn cara yang betul dan terhormat.. baru lah Guru dihormati.. Jangan anggap budak darjah 1 tu dah macam budak darjah 5 atau 6..

Apapun minta maaf pada guru2 yang terasa.. Aku tak leh terima anak aku kebulur kat sekolah, pastu terpaksa makan sisa2 org lain kerana terlalu lapar sangat.. Bila dah lapar mcam mana nak belajar betul??? Bila dh jadi mcm ni inilah aku fikirkan betapa pentingnya handphone kat anak2 semasa di sekolah..

Jadi aku berharap perkara ni tak berulang lagi pada masa hadapan. Minggu seterusnya aku dan wife dah bekerja. Aku harap anak aku dpt sesuaikn dgn persekitaran baru dan di harap Cikgu-cikgu semua dpt menjaga dan mendidik anak kami dan juga anak ibu bapa lain semasa di dalam sekolah... Dan jika terjadi lagi, aku masuk PIBG dan minta diorg bagi kelas tambahan juga kat Cikgu2.. Bagaimana menjadi Guru yang berjaya dan disegani + berhari perut..

~ Bajonz ~
~ Photo ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...