Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, November 26, 2020

Maradona Meninggal Dunia




Buenos Aires: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina maut akibat serangan jantung. Beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.


Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari waktu berkabung buat negara itu.

Beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


Friday, November 20, 2020

Rossi tinggalkan Yamaha MotoGP




Portimao: Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi berkata, ia pasti menjadi detik istimewa apabila dia bakal mengucapkan selamat tinggal selepas 15 tahun bersama pasukan pengeluar Yamaha MotoGP menjelang pusingan terakhir, Ahad ini.

Joan Mir sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia namun perebutan bagi tempat kedua dan juara kategori pengeluar akan diketahui di Portimao.

Rossi yang memenangi tujuh kejuaraan dunia di kelas MotoGP, adalah antara pelumba yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pengeluar bersama-sama Andrea Dovizioso dan Cal Crutchlow yang hanya akan menjadi pelumba ujian untuk Yamaha tahun depan.

Rossi akan menyertai pasukan satelit Petronas Yamaha sekali gus menyaksikan pasukan pengeluar Yamaha MotoGP dibarisi oleh Fabio Quartararo dan Maverick Vinales pada musim depan.

"Ahad ini pasti sangat istimewa kerana kami melalui tempoh yang panjang bersama," kata Rossi yang dua kali menyertai pasukan pengeluar Yamaha.

"Sejarah kami terbahagi kepada dua bahagian. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Yamaha kerana memberikan peluang lagi selepas dua tahun di Ducati.

"Bahagian kedua amat panjang. Kami bersama-sama memenangi kejuaraan dunia tetapi apapun ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Sudah pasti saya akan merindui pasukan ini."

Mir berjaya memenangi Grand Prix Eropah, satu-satunya kemenangannya pada musim ini dan dia mahu meraih kemenangan lagi di Portimao.

Minggu lalu, Mir sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di Valencia namun sudah mencukupi untuknya mengesahkan kejuaraan dunia.

"Ia sesuatu yang saya idamkan sepanjang hidup, iaitu sejak usia 10 tahun lagi," katanya.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


Biden menang di Georgia




Washington : Calon Demokrat Joe Biden disahkan menang di Georgia, Amerika Syarikat, selepas kiraan semula undi dibuat secara manual, selesai.

"Audit mengesahkan bahawa kiraan mesin yang asal menggambarkan pemenang pilihan raya dengan tepat," kata kenyataan yang disiarkan di laman web Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger.

Pengesahan itu menjadikan Biden sebagai calon presiden Demokrat pertama yang memenangi negara AS selatan dalam hampir tiga dekad, walaupun saingannya Donald Trump mendakwa beliau menipu.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


Undertaker sokong Khabib



New York: Legenda WWE, The Undertaker menyokong Khabib Nurmagomedov untuk keluar daripada persaraan kerana 'masih ada angka yang perlu diburu di luar sana'.

Khabib membuat keputusan mengejut untuk bersara selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bagaimanapun Undertaker yang meminati saingan UFC menjangkkan Khabib akan kembali semula ke gelanggang untuk lawan dan ganjaran yang berbaloi.

Dia memberitahu ESPN: "Saya rasa dia akan kembali beraksi. Kita dapat saksikannya apabila ada yang kembali selepas dengan yakin mengumumkan persaraan sebelum itu.

"Lihat berapa kali Conor (McGregor) mengumumkan persaraan? Berapa kali juga Jon Jones mengumumkan persaraan?

"Ia akan berlaku apabila terdapat perlawanan di luar sana dan ada angka yang mendorong anda menyatakan 'Saya masih mampu melakukannya'."

Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway sudah mengumumkan persaraannya pada Jun lalu.

Presiden UFC, Dana White juga menjangkakan Khabib akan beraksi sekali lagi untuk melengkapkan karier sebanyak 30 perlawanan.

Kemenangan Khabib ke atas Gaethje adalah perlawanan pertamanya sejak kehilangan bapa, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana wabak Covid-19.

Bagaimanapun sebelum itu, Khabib pernah menyatakan bapanya mahu dia melengkapkan rekod kemenangan 30-0 sebelum bersara.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


Thursday, November 12, 2020

Burger Taman Paling Sedap... Lazat dan best wei!!!

Burger Taman Paling Sedap... Lazat dan best wei..






google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah, review, haylou ls02, tak jadi, review lipstick, maggi pedas, maggi malaysia, burger sedap, burger malaysia


Trump tak nak mengaku kalah



Washington: Seminggu selepas hari pengundian Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tewas kepada Joe Biden masih tidak menunjukkan tanda mengaku kalah.

Malah, presiden itu masih berada di Rumah Putih dan memuat naik hantaran di Twitter menafikan kemenangan Biden dan menuduh kemenangannya dicuri oleh calon Parti Demokrat itu.

Lazimnya, calon presiden yang tewas akan membuat kenyataan terbuka dan mengakui kekalahan bagi membolehkan proses peralihan kuasa dilakukan dengan teratur.

Ia bukan sesuatu yang dituntut oleh undang-undang, tetapi sudah menjadi tradisi pada pilihan raya presiden. Sebagai contoh, ketika Trump menang, presiden Barack Obama menjemput beliau ke Rumah Putih.

Dalam pada itu, bekas isteri pertama Trump, Ivana menasihatkan bekas suaminya supaya menerima karier politiknya sudah berakhir serta mencadangkan lelaki itu bercuti ke Palm Beach.

Ivana, 71, ibu kepada tiga anak itu menggambarkan Trump sebagai individu yang tidak suka kekalahan.

Wanita itu mengatakan dia berharap bekas suaminya menerima kenyataan daripada terus mendakwa kemenangan 'dicuri.'

"Dia harus 'pergi' dan mengaku kalah, saya hanya mahu semua ini selesai, yang lain saya tak peduli," katanya. Ivana juga berkata, karier politik bekas suaminya itu sudah berakhir.

"Saya tidak fikir dia mempunyai pilihan, dia boleh ke Palm Beach dan bermain golf serta menjalani kehidupan normal.

"Ini pilihan terbaik untuk apa yang boleh dilakukannya. Dia benci kalah, dia mempunyai banyak wang, banyak tempat untuk pergi dan tinggal serta menikmati hidupnya," katanya.

Ivana, bekas model dari timur Eropah seperti isteri Trump sekarang, Melania, berkahwin dengan Donald selama 15 tahun, antara 1977 hingga 1992.




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~


Kebolehjangkitan Covid-19 Semakin Menurun di Malaysia



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) Covid-19 di negara ini sudah menurun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebolehjangkitan itu sudah menurun kepada kurang daripada satu berbanding catatan 2.2 ketika gelombang ketiga Covid-19 mula melanda negara September lalu.

Beliau berkata, penurunan kebolehjangkitan Covid-19 adalah petanda baik bagi pengurangan rekod jangkitan harian.

"Semakan semalam menunjukkan sebanyak 869 kes baharu dicatatkan berbanding unjuran sepatutnya iaitu 975 kes.


"Hari ini pula, sebanyak 822 kes direkodkan berbanding unjuran 975 kes. Ini menunjukkan kes harian semakin berkurangan dan ini adalah petanda baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian di KKM Putrajaya mengenai perkembangan kes Covid-19, hari ini.

Menurutnya, berikutan pengurangan R0 itu, aktiviti di lapangan bagi mengekang penularan wabak itu perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan khususnya di Sabah.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar di Sabah berjaya mengurangkan kes.


"Harap dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, kita dapat mengawal penularan dan jangkitan di Sabah," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kebimbangan ketika ini adalah kes jangkitan di Semenanjung dan menyifatkan pelaksanaan PKPB terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai langkah tepat.

"Keadaan mungkin akan lebih buruk jika kita terlewat melaksanakan PKPB di negeri-negeri ini. Namun tindakan proaktif kita menyaksikan pengurangan kes di negeri berkenaan," katanya.





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~




Tuesday, November 10, 2020

Makan Maggi PEDAS GILER sampai nak menangis la.. Pedas wei...

Maggi PEDAS GILER sampai nak menangis la.. Pedas wei...










google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah, review, haylou ls02, tak jadi, review lipstick, maggi pedas, maggi malaysia


Friday, November 6, 2020

Lipstick Mana Yang Best.. Banyak betul lipstick!!!

Lipstick Mana Yang Best.. Banyak betul lipstick!!!





google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah, review, haylou ls02, tak jadi, review lipstick, 



Review Apa Hari Ni Tak Jadi!!! Arghh.... Haylou LS02

Review Apa Hari Ni Tak Jadi!!! Arghh.... Haylou LS02




google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah, review, haylou ls02, tak jadi


Thursday, November 5, 2020

Mitsubishi Xpander Baru RM91,369




MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) pengedar utama kenderaan Mitsubishi di negara ini mengumumkan harga rasmi model crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander pada RM91,369 (atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan).

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata sejak pra-tempahan ditawarkan pada 22 Oktober lalu, mereka sudah menerima lebih 2,000 unit pesanan sehingga ke hari ini.

"Model Xpander diterima baik di negara Asia Tenggara lain dan kini mula mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pengguna di Malaysia dan syarikat sedang meningkatkan momentum kapasiti pengeluaran bagi diserahkan kepada pembeli dengan seberapa segera," katanya melalui siaran media hari ini.

Model ini hanya didatangkan dengan satu varian serta empat pilihan warna iaitu Kelabu Titanium Metalik, Hitam Berlian, Putih Quartz dan Merah Metalik.

Xpander dibekalkan dengan enjin 1.5 liter MIVEC yang menghasilkan kuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm dan transmisi automatik empat kelajuan.

Sistem keselamatan dilengkapi dengan dua beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantu Permulaan Bukit (HSA).

Rekaan luaran ia didatangkan dengan gril hadapan 'Perisai Dinamik' adalah ciri signatur Mitsubishi untuk model-model terbaharu keluaran mereka.

Ia juga didatangkan dengan lampu posisi, lampu hadapan, kabus dan nyalaan siang (DRL), lampu belakang dengan pencahayaan bentuk L daripada LED.

Untuk saiz Xpander adalah yang terbaik dalam kelasnya dengan tinggi 1,730 milimeter (mm), panjang 4,475 mm, jarak roda 2,775 mm dan lebar 1,750 mm serta jarak kelegaan tanah 205 mm dan rim aloi 16 inci.

Untuk ruang dalaman dengan tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh penumpang dalam satu masa serta ruang simpanan bawah kerusi dan konsol tengah, kotak simpanan bawah lantai kargo dengan lampu, pengecas USB dan corong penyaman udara khusus buat penumpang belakang.

Mitsubishi Xpander mula diperkenalkan untuk pasaran Indonesia pada 2017, yang kemudian memasuki pasaran Thailand, Filipina, Vietnam dan kini di Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia Xpander dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Pekan, Pahang serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Pelanggan boleh melihat model ini dan memandu uji dengan mengunjungi ruang pameran pengedar sah Mitsubishi di seluruh negara bermula 20 November 2020.





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Biden hanya perlu 6 undi lagi




Washington: Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump. Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox.

Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk muncul sebagai presiden AS yang baharu, kata laporan itu.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, November 4, 2020

PD Villa 26 @ Port Dickson

PD Villa 26 @ Port Dickson.
Tempat percutian yang menarik bersama keluarga. Yang penting ada kolam bebudak leh mandi sakan.






google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah, villa, villa26, port dickson, percutian menarik

Sawah Kampung Kuala Jempol

Sawah Kampung Kuala Jempol.
Pemandangan yang cantik dan indah di waktu petang.





google: djidrone, mavicmini, mavic mini, sawah, kampung, youtube, drone, video, videosawah,

Unboxing DJI Mavic Mini Basic

Unboxing DJI Mavic Mini Basic






google: djidrone, mavicmini, mavic mini, drone, unboxing, youtube, 

Seremban kena PKPB dari 5 November hingga 18 November 2020

Pusat Bandar Seremban. FOTO arkib NSTP

Daerah Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 November hingga 18 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu dikenakan selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes positif Covid-19 di daerah itu.

Menurutnya, pelaksanaan PKPB itu akan meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

"Prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini di tempat perintah sama dikenakan.


"Antara SOP, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis.


"Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan, katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-231 dan hari ke-147 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Mengulas lanjut SOP PKPB itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.


Menurutnya, selain itu individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.


"Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.


"Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.


"Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan," katanya.


Namun, katanya, semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.


Menurutnya, sebagai contoh restoran dan kedai makan dihadkan kepada dua hingga empat pelanggan semeja dengan SOP premis makanan ditetapkan.


Pembelian makanan juga digalakkan dibawa pulang, dinatar atau secara pandu lalu.


Sementara itu, pasar harian dibuka 6 pagi hingga 2 petang, pasar borong (4 pagi – 2 petang), pasar tani (6 pagi – 12 tengah hari) dan pasar malam bermula 4 petang sehingga 10 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan pengawasan anggota Rela, katanya.


Ismail Sabri berkata, operasi stesen minyak bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.


Beliau berkata, kenderaan membawa pekerja boleh beroperasi seperti ditetapkan sebelum ini.


"Waktu operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi sehingga 11 malam.


"Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN.


"Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana sudah diumumkan sebelum ini," katanya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, November 3, 2020

Nissan Almera Turbo Serba Baharu



Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan secara rasmi harga Nissan Almera Turbo Serba Baharu yang ditawarkan pada harga bermula dari RM79,906.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu VL, VLP dan VLT ia dijana dengan enjin 1.0 liter Pengecas Turbo HR10DET menjana kuasa maksimum 100PS dan tork 152Nm.

Almera juga dilengkapi kotak gear X-Tronic CVT terbaharu dengan D-Step Logic dan mod Sport serta menawarkan penjimatan bahan api lebih efisien sekitar 18.4 kilometer (km) untuk setiap liter.

Untuk rekaan luaran ia didatangkan dengan elemen sporty dengan lampu hadapan bentuk Boomerang LED, bampar belakang kemasan gentian karbon dan rim aloi 15 inci dan 16 inci untuk varian teratas.

Ruang dalaman dengan kerusi semi bucket graviti sifar, sistem infotaimen bersaiz lapan inci, meter digital penuh untuk pemandu, roda stereng flat bottom teleskopik, ruang unjuran kaki penumpang 620 milimeter (mm), kerusi belakang dengan jatuhan 60:40 dan but seluas 482 liter.

Sistem keselamatan dengan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist, HSA), beg keselamatan SRS dan Isofix.

Untuk pasaran Malaysia, Nissan Almera Turbo Serba Baharu dijual pada harga RM79,906 (VL), RM85,715 (VLP) dan RM 91,310 (VLT) (harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan sehingga Disember ini).




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, October 28, 2020

Proton X50 ditawarkan dari RM79,200 sehingga RM103,300



Kuala Lumpur: Proton Holdings Berhad secara rasmi melancarkan model kedua kenderaan utiliti sukan (SUV) syarikat itu melalui pengenalan model X50 hari ini yang ditawarkan pada harga bermula dari RM79,200.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sejak tempahan dibuka pada 16 September lalu sebanyak 20,000 unit sudah ditempah.

"Sambutan daripada rakyat Malaysia sangat menggalakkan. Ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku terutama sekali dalam tahun yang dipengaruhi faktor luaran," katanya.

Model yang dipasang di kilang pemasangan Proton di Tanjung Malim, Perak itu dibina di atas platform platform BMA (B-Segment Modular Architecture) yang turut digunakan oleh produk Geely dan Volvo.

SUV dalam segmen-B ini juga menampilkan pelbagai ciri termaju di dalam segmennya yang ditawarkan melalui empat varian dengan dua pilihan enjin.

Tiga varian iaitu 1.5T Standard, 1.5T Executive dan 1.5T Premium dilengkapi enjin 1.5 liter pengecas turbo dan yang tertinggi dengan 1.5TGDi Flagship turbo.

Ia juga dipadankan dengan kotak gear transmisi dwi-klac 7 kelajuan (DCT), lampu hadapan LED dan kamera undur sebagai ciri standard.

Rim aloi 18 inci, kerusi balutan kulit dan dwi tona luaran serta Sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) juga ditawarkan pada varian tertinggi.

ROSLAN (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong (tengah) dan Timbalannya Datuk Radzaif Mohamed ketika majlis pelancaran Proton X50 secara maya.
Ia turut dilengkapi Sistem Bantu Pemandu Termaju (ADAS) tahap 2.0 juga yang pertama dalam segmennya dengan ciri Bantu Parkir Auto (APA), Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) melalui Kawalan Pelayaran Adiptif dengan ciri Stop & Go serta Amaran Pelepasan Lorong dan Bantu Kekal Lorong, Sistem Maklumat Titik Buta dan enam beg keselamatan SRS.

Proton X50 juga menerima tahap keselamatan lima bintang melalui Program Penilaian Kereta Baharu Asian (Asean NCAP) dan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula dari RM79,200 (1.5T Standard), RM84,800 (1.5T Executive), RM93,200 (1.5T Premium) dan RM103,300 (1.5 TGDi Flagship).

Ia turut didatangkan dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB sebulan untuk lima tahun, lima kali servis dengan kos buruh percuma (untuk 30,000 unit tempahan pertama sehingga 31 Disember 2020) dan kadar faedah daripada 2.22 peratus setahun.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

35 lokaliti di Zon Nilai terbabit PKPB

Sebanyak 35 lokaliti atau taman perumahan di Zon Nilai terbabit dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 28 Oktober hingga 10 November ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, antara kawasan terbabit ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai International School, Nilai Universiti, Manipal Universiti, Kolej Inti, Aeon Nilai, Tesco dan Giant serta kawasan sekitar.

Beliau berkata, masjid dan surau dibenarkan mendirikan solat lima waktu berjemaah, namun hanya terhad tiga orang sahaja, manakala solat Jumaat dibenarkan hanya 40 orang sahaja.

"Semua premis sosial dan institusi pendidikan, pusat jagaan ditutup.

"Pembelian makanan digalakkan secara penghantaran bermula 6 pagi hingga 8 malam manakala makan di restoran terhad kepada empat orang bagi setiap meja," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, waktu operasi stesen minyak dihadkan iaitu dari 6 pagi hingga 10 malam manakala operasi pasar harian dari 6 pagi hingga 2 petang dan pasar tani dari 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, aktiviti lain seperti pasar malam, majlis sosial seperti perkahwinan dan sebagainya tidak dibenarkan beroperasi atau diadakan sepanjang tempoh PKPB berkenaan.

Mengulas mengenai Putra Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tempoh sama, Aminuddin berkata, kawasan berkenaan membabitkan Jalan BBN 1/7A, Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7E akan ditutup sepenuhnya.

Beliau berkata, anggota keselamatan akan mengawal 24 jam dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Kaya dan tinggal di asrama Jalan BBN 1/2E akan dipindahkan ke asrama Jalan BBN 1/7B.

Katanya, semua aktiviti ekonomi, sosial, rekreasi dan budaya di kawasan PKPD tidak dibenarkan seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, April 22, 2020

Status Terkini Covid19 pada 22 April 2020 di Malaysia



Kenyataan Akhbar KPK 22 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...
Kenyataan Akhbar KPK 22 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**




google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info, kesan covid19, punca covid19, cara hindar covid19, gejala covid19

Tuesday, April 21, 2020

Status Terkini Covid19 pada 20 April 2020 di Malaysia


Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...
Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info, kesan covid19, punca covid19, cara hindar covid19, gejala covid19

Ujian swab Covid-19 tidak batalkan puasa

Covid-19 Test Can Be Quite Uncomfortable, According To One Local ...


JAWATANKUASA Fatwa Perlis memutuskan ujian swab bagi mengesan individu dijangkiti Covid-19 sebagai tidak membatalkan puasa.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.
Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
“Maka puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-Jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.
“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuklah perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya.




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Harga Minyak Negatif


Oil crashes below $19, falling to an 18-year low - CNN

Harga minyak mentah di Amerika Syarikat jatuh merudum sehingga paras negatif, pada Isnin.
AFP Ia berikutan bekalan bahan api itu mengatasi permintaan susulan penularan wabak Covid-19.
Penanda aras harga minyak mentah global dunia di AS, West Texas Intermediate untuk Mei ditutup pada harga -$37.63 setong ( kira-kira -RM165 setong).
Guardian melaporkan harga negatif itu bermaksud pengeluar minyak terpaksa membayar pembeli untuk mengambil bahan bakar itu daripada mereka berikutan fasiliti simpanan sudah penuh.
Dalam pada itu, Presiden AS Donald Trump berjanji akan memanfaatkan situasi itu untuk mengisi Rizab Strategik Petroleum negara itu.
Ia adalah fasiliti bagi menyimpan bahan api berkenaan untuk negara berkenaan.
Menurutnya, AS akan menambah sehingga 75 tong minyak mentah ke fasiliti terletak di Teluk Mexio itu.
“Ini menjadi pertama kali ia akan di[enuhkan. Kita akan mendapatkannya (minyak mentah) pada harga yang tepat,” katanya.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, April 15, 2020

Status Terkini Covid19 pada 15 April 2020 di Malaysia


Kenyataan Akhbar KPK 15 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan ...



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info, kesan covid19, punca covid19, cara hindar covid19, gejala covid19

Status Covid19 Seluruh Dunia 14 April 2020




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**






google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info, kesan covid19, punca covid19, cara hindar covid19, gejala covid19

Tuesday, April 14, 2020

Status Terkini Covid19 pada 14 April 2020 di Malaysia


Status Covid19 sehingga jam 5 petang pada 14 April 2020.

Image may contain: text
Image may contain: text that says "2 2,478 478 TERMASUK TERBAHARU 202 PESAKIT TELAH SEMBUH DAN DISCAJ HOSPITAL KADAR KESEMBUHAN 49.69%"
No photo description available.




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info

Monday, April 13, 2020

Asian Covid19 - 13 April 2020

Asian Covid19 Cases dated 13 April 2020

Image



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info

Status Terkini Covid19 pada 13 April 2020 di Malaysia

Status Terkini Covid19 pada 13 April 2020
Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...
Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...
UPDATE Status Kematian COVID-19 (sehingga 5 Petang, 13 April 2020 ...


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google covid19, status covid19 malaysia, status corona virus malaysia, status terkini covid-19, status covid ikut negeri malaysia, kes terkini covid19 malaysia, kes sembuh covid19, kes covid ikut daerah di malaysia, corona virus di malaysia, covid19 uk, covid19 malaysia, covid19 itali, covid19 itali, covid19 statistic, graf covid19 malaysia, raking covid19 malaysia, asian covid19 cases, covid19 twiter status, who covid19 info

Lagu Corona Raya





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**





google lagu raya, lagu corona, lagu corona raya, lagu raya corona, corona virus, lagu corona virus, lagu covid, lagu covid19, lagu covid19, berita covid19, info covid19, info corona virus, lagu best raya, lagu corona covid 19

Shoot by Insta360 One X










~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**



google: insta, insta360, insta360 video, sample insta360 image, insta360 one x, 360 camera, video wedding outdoor, insta360 one r, insta360 x, insta360 outdoor, video kahwin, video kahwin kreatif, video terbaik, pakej video murah, pakej video premium, video premium, video 2020, video style baru

My Forte Club Iftar 2019

My Forte Club Iftar 2019 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang.


 


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...