Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, February 24, 2011

Hari-hari yang busy

Sungguh busy aku sekarang ni... banyak dapat kerja yang perlu di selesaikan dengan segera... penat badan, kepala otak pun penat memikir..

So ni aku tak tau apa nak tulis...

Nak rehat dan Tidor.......... malam je laa.. siang kerja dan kerja... kadang-kadang kerja sampai ke malam... huhu... zasss...


~ Bajonz ~
~ Photo ~

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul. Perbanyakkan lah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..


Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]


Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.

Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.


~ Bajonz ~
~ Photo ~

PRK lagi.. DUN Kerdau pula

PRK Ke 16 Bakal Di Adakan Di DUN Kerdau...!! Banyak tul PRK kali ni ye... sampai ke 16 kali.. waa cipta rekod ni... PRK kali ni adalah untuk DUN Kerdau kerana wakil Adunnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim telah meninggal dunia... Kepada yang layak mengundi, jgn lupa untuk mengundi :)


Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,”

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: keputusan pilihan raya dun kerdau, keputusan pilihanraya dun merlimau, Adun kerdau meninggal dunia, pemenang dun kerdau, pemenang dun merlimau, PRK dun merlimau, PRK dun kerdau

Friday, February 11, 2011

Matematik Aperture, Shutter Speed & ISO

Sekali tengok macam rumus matematik kan.. Aperture, Shutter Speed & ISO antara perkara penting dalam photography dan menentukan Exposure. Tengah2 aku menerjah blog2 org, aku terjumpa rumus ni kat blog seorang sahabat ini Zahir.. Meh kita kongsikan bersama... korang paham ke? hehehe...





~ Bajonz ~
~ Photo ~

JPJ tak cadang benarkan basikal elektrik di atas jalan raya

Eh tak boleh ke?? adeh baru je nak beli basikal letrik ni.. hehe... minyak kan dah naik... nanti naik lagi mcm mana??..


KUALA LUMPUR, 11 Feb. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang untuk membenarkan penggunaan basikal berkuasa elektrik di jalan raya atas beberapa faktor, kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, basikal berkenaan yang berada di pasaran direka bentuk dengan kelajuan 40 km/j berbeza dengan kajian keselamatan jalan raya dijalankan yang mana basikal bergerak dengan kelajuan 20 km/j di atas jalan raya.

"Ini (kelajuan) akan meningkatkan risiko kecederaan kepada pejalan kaki apabila berlaku kemalangan terutamanya apabila penunggang basikal berkongsi laluan bersama pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

JPJ menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai penggunaan dan pendaftaran basikal berkuasa elektrik itu.

Beberapa syarikat pengedar kenderaan elektrik termasuk basikal elektrik menyatakan hasrat untuk mengedar dan memasarkan basikal itu ke negara ini.

Solah menjelaskan, kemudahan infrastruktur untuk penunggang basikal seperti laluan khas sangat terhad kepada kawasan tertentu sahaja seperti kawasan perumahan dan taman rekreasi. - Bernama
~ Bajonz ~
~ Photo ~

Thursday, February 10, 2011

Proton Satria Neo R3 RM79,797

Jom beli barangan buatan Malaysia :). Harga Proton Satria Neo R3 ialah RM79,797..


Proton telah mengeluarkan berita rasmi model naik taraf terbaru popular mereka iaitu Satria Neo yang sejak akhir-akhir ini mendapat sambutan hangat ekoran kejayaan dalam sukan perlumbaan rali selain berjaya memasuki pasaran domestik Jepun. Dengan nama baru Proton R3 Satria Neo, model itu telah mengalami naik taraf lebih sporty oleh divisyen Proton Motorsports R3 dengan beberapa pengubahsuaian melibatkan bahagian luaran, dalaman dan di bahagian enjin.

Bahagian luaran model itu didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu ‘Fire Red’ dengan bumbung diwarnakan hitam, manakala bumper depan dan belakang masih mengekalkan rekabentuk Satria Neo CPS dengan tambahan ‘lip’ depan dan spoiler belakang. Dibangunkan oleh peminat kepada peminat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan, Proton berjaya membangunkan model semasa mereka lebih sporty hasil penglibatan dalam sukan permotoran.

Proton R3 Satria Neo mengalami pengubahsuaian di bahagian enjin pada tahap Stage 2, di mana enjin CAMPRO S4PH kini menghamburkan kuasa setinggi 145bhp@7,000rpm dan 168Nm@5,000rpm kuasa tork. Transmisi tersedia hanya dalam versi manual lima kelajuan dengan tambahan sistem ekzos 4-2-1 dan brek berprestasi tinggi bagi mengimbangi kuasa yang terhasil. Antara yang menarik perhatian ialah rim aloi 16 inci edisi R3 dibaluti tayar dari Bridgestone Potenza RE001R 205/45 siri yang berjaya menyerlahkan sifat sporty dan agresif model itu.

Bahagian kabin (interior) tidak kurang hebatnya apabila kerusi ‘bucket’ R3 edisi terhad menanti pemandu dan penumpang hadapan, dengan campuran kulit Nappa dan PVC. Proton Motorsports telah memilih warna merah dan hitam ‘matte’ untuk kemasan di bahagian dalam. Turut tersedia sistem audio 2-din dan sistem navigasi GPS 3D.

Ciri-ciri keselamatan untuk model terhad berharga RM79,797.00 itu tidak dilupakan apabila tersedia standard beg udara depan berkembar, sistem ABS, EBD bersama-sama sistem sekuriti. Tempahan sudah boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia sungguh pun pelancaran rasmi belum bermula. Bayaran yuran tempahan hanya RM2,000.00 sahaja jika anda berminat.

Performance:

Power: 145bhp @ 7,000rpm
Torque: 168Nm @ 5,000rpm
Weight: 1200kg

Engine

Carbon Fiber Intake System
Reprofiled Cams
Recalibrated ECU
High Flow 4-2-1 Extractor
Tuned exhaust system
Lightweight Adjustable Aluminium pulleys

Chassis

16″ Lightweight R3 Gunmetal Wheels wrapped in Bridgestone Potenza RE001R in 205/45 rubber
500-degree Celcius rated brake pads
R3 Springs with tuned suspension settings

Exterior

Fire Red metallic paint with black roof
Full CPS Bodykit
New R3 Front splitter
New R3 Rear wing

Interior

R3 Limited Edition seats in Nappa Leather
2-Tone black interior detailed in red stitching
Matt-red dashboard trims
R3 floor mats
Engine start button
Aluminium foot pedals and gear knob
Solar and security protection
2-DIN audio head unit with 3D GPS navigation




~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: gambar proton r3 satria neo 2011, harga satria neo R3, harga terkini satria neo R3, terbaru terkini proton r3 satria neo 2011, gambar terbaru terkini proton r3 satria neo 2011, promosi proton r3 satria neo 2011, spesifikasi proton r3 satria neo 2011, specification proton r3 satria neo 2011, warna proton r3 satria neo 2011, harga atas jalan proton r3 satria neo 2011, cukai jalan proton r3 satria neo 2011, insuran proton r3 satria neo 2011, foto terkini terbaru proton r3 satria neo 2011, lokasi jualan proton r3 satria neo 2011, booking proton r3 satria neo 2011, pembelian proton r3 satria neo 2011, proton r3 satria neo 2011 test drive, video proton r3 satria neo 2011, youtube proton r3 satria neo 2011, berita proton r3 satria neo 2011, pelancaran proton r3 satria neo 2011, proton r3 satria neo 2011 price, proton r3 satria neo 2011 diskaun price, diskaun harga proton r3 satria neo 2011

Wednesday, February 9, 2011

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 17-21 Mac 2011

belon2

Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi.. Jom kita ramai-ramai memeriahkannya.. Tahun lepas aku dah pergi. So tahun ni jika takde halangan aku nak pergi lagi... pergi tengok belon + amik gambo... 300,000 dijangka hadir.. haha rancang laa jadual anda masa tu :)

PUTRAJAYA: Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 akan berlangsung di ruang angkasa di sini dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata fiesta bertemakan 1Dunia, 1Malaysia dan 1Fiesta itu, akan menampilkan 26 belon panas dari 13 negara termasuk Malaysia.

"Sambutan yang kita terima untuk tahun ini begitu baik. Peserta yang hendak mengambil bahagian pun terlalu ramai sehingga ada permohonan yang terpaksa ditolak," katanya di sini, hari ini.

Negara luar yang akan mengambil bahagian ialah Belgium, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Jerman, United Kingdom, Thailand, Vietnam, India dan Perancis.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Khairuddin Abdul Rani, berkata 300,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang fiesta itu. - BERNAMA

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: belon putrajaya 2011, belon panas 2011 putrajaya, lokasi belon udara panas, tarikh belon udara panas putrajaya, Fiesta Belon Udara Panas 2011, gambar Fiesta Belon Udara Panas putrajaya

Malaysia menang lawan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan


Tahniah kepada pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi di Stadium Shah Alam.

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini. Semoga pasukan bola sepak Malaysia terus menang dan terus konsisten dalam perlawanan yang akan datang...

Syabas Malaysia.. Malaysia Boleh!!!

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Monday, February 7, 2011

Sabtu dan Ahad lepas Jem Teruk!!!

Sempena cuti yang panjang termasuk sambutan Tahun Baru Cina, lebuh raya PLUS sesak teruk menghala ke arah Kuala Lumpur. Orang ramai berpusu-pusu balik ke KL setelah lama bercuti raya, termasuk yang menghadiri kenduri kahwin.

Kebetulan aku berada di Ipoh untuk menghadiri perkahwinan adik ipar aku. Kesesakkan ni dapat aku rasakan bila bertolak dari KL ke Ipoh pada jumaat lepas. tapi takda laa teruk sangat utk menghala ke arah utara masa tu.

Majlis perkahwinan adik ipar aku diadakan pada hari Sabtu. So mcm biasa lepas kenduri ramai yang nak balik ke KL termasuk sedara mara wife aku. Semasa kenduri berlansung pun aku dh dengar kabar berita yang highway PLUS tengah sesak menghala KL. Kesian kat sedara mara ni yg terpaksa balik kerana ada urusan lain menempuh juga kesesakkan tu. Akibatnya drpd perjalanan biasa lebih kurang 3-4jam ipoh KL menjadi 6-7jam.. Tak dapat aku bayangkan betapa sesaknya kat highway tu..

Bukan tu sahaja perkhidmatan Bas pun menjadi lewat. Mak saudara wife aku sepatutnya naik bas ke alor setar jam 7 ptg, tapi akhirnya bas sampai hampir jam 12 malam di stesen bas. Bas tu kantoi kat dalam jem daripada penang ke ipoh... yela yg menghala ke KL pun sesak, akibatnya sampai ke belah utara atas sana pun terima tempias nya...

Nasib baik aku dh rancang perjalanan untuk balik ke KL sesudah Subuh Ahad tu. Kereta pun banyak juga tapi takde laa sesak sgt pagi tu... kul 7am keluar akhirnya 930am sampai dh rumah.. - laju gak aku bawak.. hehehe...

Pagi ni aku ada dengar kat Radio HOT FM, ada juga yang masih tak sampai lagi ke destinasi. Ada seorg pendengar yang bertolak dari Kelantan jam 3ptg semlm - sehingga pagi tadi lebih kurang jam 8am masih belum sampai KL.. memang jem teruk tu!!!.. kalo aku memang patah balik umah.. hehehe

So pengajaran dari sini - Rancang perjalanan anda semua. Kalo PLUS ada buat jadual perjalanan tu elok ikut jadual tu. nanti takda laaa semua bertembung nak balik KL. Takpun bercuti tempat yg dekat2 je, lagi elok tengok DVD\TV kat rumah semasa cuti perayaan.. hehehe..

Tahniah kepada adik Ipar aku yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... Selamat Pengantin Baru. Boleh tengok kat sini hanya kisah diorg menjelang persiapan perkahwinan..

AL1

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Sunday, February 6, 2011

Akhirnya rekod tanpa kalah Manchester United lebur kat Wolves


Wolverhampton Wanderers mengejutkan pendahulu Liga England (EPL), Manchester United dengan kemenangan 2-1 sekali gus mengakhiri rekod tanpa kalah Manchester United.

Apa pun kekalahan ni tak mengugat MU yang masih berada di tangga teratas di ekori rapat oleh Arsenal dan Manchester City.

Manakala Arsenal plak, baik-baik dah mendahului 4-0, boleh plak bolos 4 biji. Seri 4-4 dengan Newcastle. Dalam bola sepak ni mcam2 boleh jadi... Kalo cuai abes laa boleh jadi kalah..




Keputusan Perlawanan EPL malam semalam. Banyak gol yang dihasilkan...

Aston Villa 2-2 Fulham
Everton 5-3 Blackpool
Man. City 3-0 West Bromwich
Newcastle 4-4 Arsenal
Stoke City 3-2 Sunderland
Tottenham 2-1 Bolton
Wigan 4-3 Blackburn
Wolves 2-1 Man. United

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Wednesday, February 2, 2011

JPJ NS keluar 18,385 saman pada 2010

huiii banyak eh JPJ bagi saman. tu belum polis lagi.. tentu lagi banyak.. Ni baru satu negeri. Berapa laa agak eh kalo saman untuk semua negeri...??


SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 18,385 saman terhadap pemandu di atas pelbagai kesalahan pada tahun lepas, berbanding 19,544 saman pada tahun 2009.

Pemangku Pengarah JPJ negeri, Saifulnur Saad berkata, ia mencatatkan penurunan sebanyak 1,159 kes atau 6 peratus.

"Bilangan kes kompaun pula meningkat 765 kes atau 6 peratus iaitu 14,090 kes pada tahun lepas, berbanding 13,325 kes pada tahun sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya mengutip kompaun berjumlah RM2.2 juta pada tahun lepas, berbanding RM2.3 juta pada tahun 2009 iaitu menurun 3 peratus.

Katanya, sebanyak 27,331 kes mahkamah dicatatkan pada tahun lepas, berbanding 24,578 kes pada tahun sebelumnya. – Bernama

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Tuesday, February 1, 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Minyak naik lagi....!! tapi nasib baik bukan RON 95.. ron 97 yang naik seposen..



KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

-Bernama

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Kena Serangan Asma

Baru sebentar tadi aku baru lepas bawa anak aku jumpa doktor. Asma nya datang balik.. jumpa Doktor, lepas check terus Doktor suruh buat sedutan oksigen. ni 1st time laa anak aku sedut oksigen. Dengan muka nak gelaknya, sedut oksigen tu. Anak aku ni jarang2 kene asma..

Mimi

Abes je sedut, terus aktif balik... mcm dh sihat je jadi nakal balik... Ibunya ada asma, so anak nya ni pun ada asma.. nasib baik aku takda asma... :)

Penyakit asma ni kalo kita lambat bertindak boleh meragut nyawa. Tu aku tengok nafas anak aku lain mcm je terus bawa ke klinik...

Mimi

ni info serba sedikit penyakit Asma yg aku dpt di Internet

ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
Pewarna makanan.

Asap dan debu.
Debu/kutu rumah (house mite).
Senaman berlebihan.

Tekanan

Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

Genetik.
Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Banjir Teruk

Sejak 2, 3 hari ni hujan turun tak henti-henti kat beberapa kawasan.. akibatnya banjir teruk.. tak tau laa puncanya mungkin sebab sistem perparitan tak betul atau pun hujan yg luar biasa kali ni.. hari ni pun aku rasa mcm nak demam - hujan + sejuk ggrrrr... Dah la nk sambut Tahun Baru Cina - kesian yang nk balik kg. Jalan mesti jem akibat banjir besar ni...

BANJIR TERUK... Jambatan 1 (di Persimpangan Permaisuri), jambatan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Segamat, Johor ditelenggami air sekali gus memutuskan hubungan kedua-duanya. Segamat merupakan antara kawasan banjir di Johor di mana menjadi negeri yang paling terjejas teruk bagi bencana itu selain Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah.

Banjir Di Lima Negeri: Tiga Maut, Lebih 46,000 Penduduk Dipindahkan

PETALING JAYA: Banjir teruk di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah telah memutuskan hubungan di antara beberapa bandar di kelima-lima negeri itu sehingga menyebabkan lebih 46,000 penduduk dipindahkan di pusat bantuan pada Isnin, mengulangi insiden bencana itu yang berlaku pada tahun 2006.

Keadaan paling terjejas teruk adalah di Johor apabila banyak kawasan dibanjiri di beberapa daerah seperti Segamat, Muar, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang sehingga pukul 9.30 malam dengan 42,302 penduduk telah dipindahkan ke 250 pusat bantuan.

Seramai 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan telah dipindahkan pada Isnin apabila hujan semakin lebat membanjiri kawasan-kawasan rendah sejak Ahad.

Bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman mereka sempena cuti Tahun Baru Cina terkandas apabila jalan-jalan besar dan satu kawasan di Lebuhraya Utara Selaran mengalami banjir.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan kereta api mereka di Negeri Sembilan dan Johor.

Seramai tiga orang maut dalam kejadian berasingan di Johor dan Melaka manakala satu lagi dilaporkan hilang selepas mangsa dihanyutkan oleh arus deras sungai di Sabah.

Sementara itu, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dihanyutkan arus ke ladang kepala sawit, 50 kilometer di Cha’ah kira-kira pukul 7 petang.

Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi pula maut apabila kenderaan pacuan empat rodanya dibawa arus sehingga ke sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya.

Para penyelamat di Melaka pula kini sedang mencari pengawal keselamatan, Yusry Mohd Yusof, 40, yang terjatuh ke dalam sebuah longkang di Kampung Chinchin, Jasin pada pukul 10 pagi.

Di Sabah, seorang petani, Meriting Andi, hilang apabila dibawa arus Sungai Samparita di Kota Marudi ketika cuba untuk menyelamatkan anak-anaknya yang terkandas di seberang sungai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengunjungi kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Johor pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah meminta agensi kerajaan untuk mengemukakan sistem amaran awal lebih cekap bagi bencana banjir.

Muhyiddin berkata, agensi-agensi terbabit termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan pelbagai usaha untuk memindahkan mangsa serta menyediakan khidmat bantuan.

Beliau juga turut mengarahkan anggota tentera membantu memudahkan urusan pemindahan mangsa.

Segamat kini menjadi ‘sebuah pulau’ apabila terputus hubungan berikutan banjir teruk dan sebagai langkah keselamatan menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik ke bandar itu.

Menurut polis, tiada siapa yang boleh keluar masuk di Segamat apabila jalan-jalan ke Muar, Johor Baru dan Kuala Lumpur ditenggelami air.

Keadaan di Kota Marudu, Kota Kinabalu pula terus kritikal apabila seramai 2,084 penduduk dari 19 kampung terpaksa dipindahkan ke 10 pusat bantuan.

Banjir teruk terus dilaporkan di Lahad Datu, Beluran dan beberapa kawasan di Pitas manakala banyak lagi jalan di kawasan pedalaman termasuk di ladang-ladang ditenggelami air sehingga menyukarkan para petani menghantar hasil tani mereka ke bandar-bandar utama.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

Lepas ni senang laa aku nk ber blog, melayari internet kat mana2 restoran kt KL.. hehe.. kot2 nanti broadband pun nanti kurang laku.. nanti penuh je org kat restoran main internet ..


"KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri ."

Sumber: KOSMO online

~ Bajonz ~
~ Photo ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...