Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, January 25, 2012

Penutupan Jalan Sempena Hari Wilayah 2012


Dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2012, beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup kepada lalulintas bagi membolehkan upacara raptai dan Majlis Pelancaran dilaksanakan.

Berikut adalah senarai tarikh, masa dan jalan yang terlibat dalam penutupan tersebut

25 Januari 2012 ( Rabu) 6:00 pagi hingga selesai (Raptai)


26 Januari 2012 (Khamis) 5:00 pagi hingga selesai (Raptai penuh)


28 Januari 2012 (Sabtu) 5:00 pagi hingga selesai (Majlis Pelancaran)

Senarai Jalan yang ditutup:

Jalan Hishamuddin / Jalan Raja; Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Raja; Jalan Cenderasari / Jalan Lembah; Jalan Perdana / Jalan Lembah; Jalan Damansara / Bulatan Hishamuddin; Jalan Kinabalu / susur Bukit Aman; Jalan Leboh Pasar Besar/ Jalan Hang Kasturi / Jalan Tun Perak/ Leboh Ampang; Jaslan Raja / Jalan Mahkamah Persekutuan; Lencongan Jalan Raja / Jalan Raja Laut.


Sumber DBKL

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...