Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 27, 2012

Gambar Kepala Hancur Main Mercun


Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi apabila terbunuh selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.

By Shaow Yong, 26, yang berkahwin bulan lalu, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka ketika membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun seorang diri di luar rumah.

“Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

“Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...