Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, January 26, 2012

Yehoo 'Malaysia' layak final Piala Liga


PENJAGA gol, Tim Heaton muncul wira apabila ketangkasannya membantu 'Malaysia' mencatat sejarah buat julung kali layak ke final Piala Liga selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam untuk bertemu Manchester City atau Liverpool di Stadium Wembley pada 26 Februari ini.

Perkataan ‘Malaysia’ itu merujuk kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City yang dimiliki rakyat negara ini, Datuk Chan Tien Ghee bangkit daripada kekalahan 1-0 di gelanggang lawan dalam separuh akhir pertama di laman sendiri.

Nama Malaysia selaku penaja jelas tertera pada dada jersi pemain Cardiff dan kejayaan itu harus mencipta bangga buat kita apabila jenama berkenaan bakal disaksikan secara kerap jutaan penonton pada hari perlawanan nanti.

Heaton yang dipersalahkan selepas membenarkan jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama bagaimanapun muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan awal Palace diambil Jermaine Easter dan Sean Scannell sekali gus memastikan kemenangan Cardiff.

“Ini malam cukup hebat buat Cardiff. Bagi kebanyakan perlawanan saya lebih sebagai penonton tetapi adalah cukup bermakna apabila menjadi sebahagian individu yang membawa Cardiff ke Wembley kali ini,” kata Heaton


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...