Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, January 18, 2012

Lebuh raya Jalan Duta-Shah Alam-Rawang empat lorong


Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Syarikat konsesi Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) akan membina lorong tambahan dari Jalan Duta ke Shah Alam dan Rawang serta sebaliknya.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, projek itu melibatkan penambahan satu lorong menjadi empat sejauh 35 kilometer. "Projek yang melibatkan laluan pergi dan balik (dua hala) ini dijangka akan bermula pada suku kedua tahun ini dan akan mengambil tempoh antara dua hingga tiga tahun sebelum ia siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran nasihat waktu perjalanan (TTA) pergi dan balik sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Beliau berkata, memandangkan laluan berkenaan merupakan laluan utama, PLUS perlu memastikan kerja-kerja pembinaan laluan itu kelak tidak menjejaskan orang ramai.

Noorizah berkata, kerja-kerja mengukur tanah sepanjang laluan itu kini di fasa akhir, bagaimanapun kos keseluruhan projek berkenaan masih belum dapat dipastikan.

"Kita sedang di peringkat akhir terhadap isu pengambilan tanah, serta rekaan jalan, kemudian baru boleh tentukan kos sebelum projek itu ditender,” katanya. — BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...