Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, January 29, 2012

Manchester United Kalah Kepada Liverpool


Liverpool meneruskan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA selepas membenam cabaran Manchester United 2-1 pada pertembungan di Anfield semalam.

Pemain gantian, Dirk Kuyt menjaringkan gol dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk memastikan kemenangan Liverpool pada perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan United, Patrice Evra diejek. Evra turut menjadi perhatian apabila membuat kesilapan yang membawa kepada jaringan kemenangan Reds.

Pertahanan kiri United, Evra diejek akibat insiden penghinaan perkauman dengan pemain Liverpool, Luis Suarez pada Oktober lalu, yang menyebabkan pemain Uruguay itu digantung lapan perlawanan.

Liverpool mendahului pada minit ke-21 apabila Daniel Agger melakukan tandukan hasil sepakan sudut yang gagal dibaca penjaga gol United, David De Gea.

United, yang beraksi tanpa Wayne Rooney akibat cedera, bangkit menerusi rembatan tepat Park Ji-sung pada minit ke-39.

Hantaran Andy Carroll gagal dipintas Evra, yang memberi ruang kepada Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.

Liverpool mengiringi Chelsea ke pusingan kelima selepas Blues menang 1-0 ke atas Queens Park Rangers.

Gol hasil sepakan penalti Juan Mata pada minit ke-62 sudah cukup untuk Chelsea meneruskan kemaraan.

Penalti tersebut berpunca daripada kekasaran Clint Hill ke atas Daniel Sturridge dan Mata yang diberikan tugas melakukan sepakan, tenang memperdayakan penjaga gol QPR, Patrick Kenny

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...