Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Thursday, January 12, 2012
Underwater World Langkawi tawar tiket murah
Underwater World Langkawi Sdn Bhd menawarkan tiket pada harga istimewa untuk anak jati Kedah serta mereka yang bekerja di negeri ini sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84.
Menerusi tawaran terbabit, pelawat dewasa hanya perlu membayar RM10 berbanding RM28 sebelum ini, manakala kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun pula dikenakan RM5 berbanding RM18.
Tawaran itu bermula esok sehingga Ahad ini, dan semua pelawat perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad pekerja di kaunter tiket sebagai pengesahan, kata pihak pengurusan taman tema tersebut dalam kenyataan, di sini hari ini.
Setiap kad hanya layak untuk satu tiket dan tawaran tidak sah untuk promosi lain serta ejen pelancongan.
Sebarang pertanyaan mengenai tawaran istimewa itu boleh diaju menerusi talian 04-9556100 atau melayari laman Facebook Underwater World Langkawi. - BERNAMA
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: tempat menaril di langkawi, gambar Underwater World Langkawi, lokasi menarik Underwater World Langkawi, map ke Underwater World Langkawi, cara ke Underwater World Langkawi, promosi Underwater World Langkawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment