Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, March 13, 2014

TUDM kesan pesawat tak dikenali lepas MH370 hilang


Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliaumenafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.



13 negara beri kerjasama dalam pencarian MH370

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu melibatkan kerjasama intensif 13 negara termasuk dua negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.

Negara lain yang terlibat secara aktif ialah Vietnam, Thailand, Singapura, Taiwan, Indonesia, Filipina, New Zealand dan Australia yang bersama-sama dengan Malaysia.

Sebanyak 42 kapal laut dan 35 pesawat terlibat dalam operasi mencari secara besar-besaran itu.
Terbaru pada hari kelima operasi, India mengesahkan penyertaannya menerusi kapal-kapal tentera lautnya dari Selat Melaka, Jepun menghantar empat pesawat daripada pasukan pertahanan serta agensi pengawal pantai negara itu serta bantuan aset dari negara jiran, Brunei.

Selain pemantauan satelit daripada AS serta komitmen tinggi 10 satelit daripada China, India juga bersetuju menggerakkan kedudukan satelit tentera lautnya Rukmini atau GSAT-7 untuk mengesan lokasi pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Malaysia yang mengetuai operasi itu telah menggerakkan asetnya iaitu 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain 16 kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta empat kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pesawat Bombardier CL415.

TLDM antaranya menggerakkan KD Mahawangsa, KD Kasturi, KD Lekiu, KD Pahang, KD Selangor, MV Mega Bakti yang mempunyai keupayaan mengesan objek dalam air sehingga kedalaman 1,000 meter serta pesawat Fennec dan pesawat Super Lynx.

Pembabitan negara luar untuk membantu operasi pencarian MH370 amat dihargai kerajaan Malaysia kerana kawasan lautan luas yang perlu diteliti di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

Sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Twitter hari ini, beliau telah memanggil untuk taklimat dengan pasukan SAR MH370 dan menekankan bahawa semua pihak akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama secara multinasional.

"Saya bersyukur begitu banyak negara membantu dalam mencari MH370. Sesungguhnya ini adalah operasi multinasional berskala besar," katanya.

Dari segi kecanggihan aset yang terlibat dalam operasi itu, AS antaranya menghantar dua kapal pemusnah iaitu USS Pinckney dan USS Kidd yang dilengkapkan dengan helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk yang mempunyai keupayaan pencarian waktu malam serta pesawat P-3C Orion yang merupakan pesawat pemantauan maritim dan pengesan kapal selam.

China pula menghantar kapal pemusnah Haikou, kapal perang friget Mianyang serta dua kapal pengangkutan amfibia yang masing-masing dilengkapkan dengan helikopter di samping tiga kapal daripada Pentadbiran Keselamatan Maritim negara itu.

Australia pula menghantar dua pesawat AP-3C Orion dan New Zealand pula menghantar sebuah pesawat P-3K2 Orion sebagai bantuan untuk mengesan daripada udara.

Taiwan juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan dengan menghantar pesawat pengangkutan C-130, sebuah kapal friget ROCS Tian Dan dan dua kapal agensi pengawal pantai negara itu.

Negara jiran Malaysia iaitu Vietnam, Singapura, Thailand dan Indonesia juga tidak putus-putus memberi bantuan menerusi aset pertahanan udara dan laut negara itu bagi menjejak kehilangan pesawat yang sehingga kini masih menjadi misteri.




Satelit China kesan 'tiga objek' disyaki MH370


BEIJING: China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 dilaporkan terputus hubungan.

Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang' di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis. 


Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya. 



Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. - AFP



Petunjuk Baru MH370



Sekumpulan nelayan di laut mendakwa menemui objek yang kelihatan seperti sebuah rakit keselamatan kira-kira 10 batu nautika dari bandar peranginan di sini.

Mereka mendakwa telah menemui objek menyerupai rakit keselamatan dengan tulisan 'Boarding' yang dicetak di atasnya kira-kira tengah hari Selasa.

Nelayan Azman Mohamad, 40, berkata, mereka dengan serta-merta memberitahu pihak berkuasa apabila bertemu objek itu.

"Kami telah mengikuti berita tentang kehilangan penerbangan Malaysia Airlines dan bimbang jika ini mungkin rakit keselamatan dari pesawat," katanya, sambil menambah bahawa kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Kuala Linggi di Melaka telah digerakkan ke kawasan itu.

Azman berkata nelayan berjaya mendapatkan rakit itu dan dibawa ke perahu mereka sementara menunggu pasukan APMM.
Walau bagaimanapun, rakit tersebut tenggelam apabila ia diserahkan kepada pegawai-pegawai APMM.
Sementara itu Bernama melaporkan APMM tidak dapat mengesahkan bahawa objek yang ditemui sekumpulan nelayan itu merupakan rakit keselamatan sebuah kapal terbang.

Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata APMM telah menerima laporan berhubung penemuan objek tersebut daripada nelayan dan mengarahkan anggotanya di APMM Daerah Kuala Linggi di Alor Gajah dekat sini ke kawasan itu untuk melakukan siasatan.

"Apabila anggota APMM cuba ambil alih objek itu daripada nelayan, objek itu terlepas dan tenggelam ke dalam laut...mungkin kerana tali yang digunakan itu reput," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Namun, katanya nelayan terbabit sempat merakam gambar objek berkenaan yang telah tersiar di laman portal sebuah akhbar dan meminta mana-mana pihak termasuk Malaysian Airlines untuk tampil memberikan maklumat mengenai objek berkenaan.


google: MH370, berita terkini MH370, pray for MH370, senarai penumpang MH370, gambar terkini MH370, latest news MH370, PC MH370, kemalangan MH370, info terkini MH370, laporan terkini MH370, image for MH370, gambar terbaru MH370,

MAS Ganti MH370, MH371 Dengan Kod Penerbangan Baharu


Kod penerbangan MH370 dan MH371 yang diguna oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur akan diganti kod baharu bermula pada Jumaat.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata langkah menghentikan penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing.

Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan laut sehingga kini belum membuahkan hasil.

Menurut kenyataan itu MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.

"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua penerbangan sehari ke Beijing.

"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami dan juga penumpang MH370," kata MAS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...