Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Gambar Proton Artiga


Satria Neo Baru – Proton Artiga. Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Lisa Surihani Artis Paling Popular Di Facebook


Pelakon Lisa Surihani masih lagi kekal mendahuli senarai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Facebook iaitu sebanyak 1,902,487.

Angka pengikut di Facebook bintang filem Ombak Rindu itu menerima saingan sengit daripada pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.

Lisa berkata, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaan, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.

“Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

“Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.

“Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.

Kesan bergelar orang popular menjadikan dia berhadapan dengan pelbagai perkara buruk termasuklah menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.

Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.

Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).

Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636).

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Anwar Akrab Dengan Yahudi


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. BERNAMA



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Aziz Bari digugur gelaran profesor


Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Iran cipta peluru artileri laser berteknologi tinggi


Iran semalam dilapor berjaya menghasilkan peluru artileri yang berpandukan laser yang berkemampuan mengesan dan mengenai sasaran bergerak dengan kadar ketepatan yang tinggi.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata, peluru pintar itu merupakan pembaharuan dalam kelengkapan senjata dan ketenteraan negara ini.

"Selain Amerika Syarikat dan Rusia, hanya tiga negara lain yang mempunyai teknologi seperti ini," katanya. - REUTERS



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, January 30, 2012

Gambar Isteri Roslin Hashim, Rahayu Rosli

Cantik juga Isteri Roslin Hashim ni. Ini adalah perkahwinan Roslin yang kali ke-3. Majlis persandingan 2 mempelai baru yang bernikah pada 28 Disember lalu.

Semoga Perkahwinan Roslin kali bertahan lama dan kekal hingga akhir hayat. Amin...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar isteri Roslin Hashim, foto isteri Roslin Hashim, Roslin Hashim kahwin lagi, majlis perkahwinan Roslin Hashim, Roslin Hashim kahwin lagi, berita terbaru Roslin Hashim

Gambar Yuna yang Comel di AJL26

Ala tomey tomey... Purple sungguh Yuna di AJL26.. Memang cantik.. Baju pun cantik..



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Fouziah Gous yang Cun di AJL

Fouziah Gous yang Cun Melecun di AJL26.. bersama Iqram Dinzly.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Neelofa Yang Cun di AJL26

Memang seksi Neelofa ni... Cantik dan unik juga pakaian Neelofa ni... Jom tengok... Neelofa beraksi di AJL26...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Artis di Blue Carpet AJL26

Berikut adalah antara gambar-gambar artis di Blue Carpet AJL. Macam-macam fesyen ada kat karpet biru...



Sumber SINI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Pemenang AJL26

Tahniah kepada Hafiz membawa Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menggondol RM45,000.

Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.

Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

Berikut adalah keputusan penuh senarai pemenang AJL26:



1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano


Juara AJL

Tempat ke-2 AJL

Tempat ke-3 AJL



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



Google: Gambar Anugerah Juara Lagu, red carpet Anugerah Juara Lagu, pemenang Anugerah Juara Lagu, hadiah Anugerah Juara Lagu, foto sekitar Anugerah Juara Lagu, artis di red carpet Anugerah Juara Lagu, keputusan penuh Anugerah Juara Lagu, AJL26, keputusan AJL26, pemenang AJL26, gambar sekitar AJL26
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...