Kerajaan mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan sehingga 31 Disember ini bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
"Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.
"Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat membabitkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
"Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan," katanya dalam pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini.
~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~
No comments:
Post a Comment