Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, August 11, 2015

Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Kahwin


Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh  antara mereka.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia.

"Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya .

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad.

Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian.

Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu.

"Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Selasa


Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai Selasa. 

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my, https://jpt.utm.my,http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari. 

"Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888,"katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin. 

Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos. 

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan yang boleh dibuka untuk capaian laman web kemasukan di http://upu.mohe.gov.my mulai 12 tengah hari Selasa, kata Asma. 

"Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu dan tawaran adalah muktamad," katanya. 

Kepada calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari IPTA sehingga 20 Sept depan, rayuan tersebut dianggap gagal, katanya. 

Beliau berkata sebanyak 49,841 calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi (Ijazah Pertama) sesi akademik 2015/2016 telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di 20 IPTA seluruh negara. 

Jumlah berkenaan adalah daripada sejumlah 63,942 calon yang mengemukakan permohonan dan calon berkenaan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. 

"Berdasarkan jumlah calon yang berjaya, 23,883 (59.06 peratus) adalah aliran Sains dan 16,555 (40.94 peratus) daripada aliran Sastera. 

Sejumlah 12,391 (30.64 peratus) adalah lelaki manakala 28,047 (69.36 peratus) perempuan," katanya.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Sunday, August 9, 2015

SPRM Sambut Baik Tindakan Polis Tangguh Siasatan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik keputusan pihak polis menangguhkan sementara siasatan terhadap badan itu berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar menerusi portal Sarawak Report.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu dijangka membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud antara SPRM dan pihak polis.

"SPRM ingin jelaskan bahawa suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membanteras jenayah rasuah secara bebas, telus dan profesional.

"Melihat kepada suasana sekarang, SPRM meminta kepada semua pihak supaya tidak menyampai dan menyebar luas maklumat-maklumat yang tidak sahih serta andaian negatif yang boleh mengelirukan, malah boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menangguhkan sementara siasatan melibatkan SPRM.

Beliau berkata, walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.

Sementera itu, kata Mustafar menjelaskan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu negara pada Jumaat lalu.

Difahamkan Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakang.

Menurut Mustafar, pembedahan berkenaan sudah lama dijadualkan atas nasihat pakar perubatan.

"Tan Sri Abu Kassim yang masih mendapatkan rawatan sedang beransur pulih.

"Pakar Perubatan menasihatkan agar beliau berehat secukupnya sebelum kembali bertugas," katanya yang menziarahi Abu Kassim pada Sabtu.

Pada Rabu lalu media melaporkan Abu Kassim mengambil cuti sakit sehingga minggu depan.

Sepanjang ketiadaannya, Mustafar akan memangku jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

"Artis Baharu Jangan Kesal Berhijab" - Irma Hasmie


Pelakon Irma Hasmie menasihati pelakon-pelakon yang baharu berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal akibat peluang terhad dalam bidang lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

Irma, 33, berkata, mereka perlu menetapkan niat sebenar berubah iaitu ke arah kebaikan selain harus percaya bahawa setiap rezeki yang datang adalah ketentuan Allah.

"Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu," 

Irma Hasmie diminta mengulas apabila terdapat pelakon yang mengadu kekurangan tawaran selepas mengambil keputusan untuk bertukar imej dengan menutup aurat.
Tambah Irma, mereka perlu percaya bahawa Allah sentiasa memberi rezeki dengan pelbagai cara biarpun bukan dalam bidang lakonan.

"Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonan Irma berkata, dia sudah dua tahun menolak tawaran lakonan semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dia juga tidak mahu terlepas melihat pembesaran anak-anaknya jika terlalu sibuk dengan penggambaran.

"Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.

"Kebiasaan masa yang dihabiskan terlalu banyak di set penggambaran dan saya tidak mahu terlepas masa bersama anak-anak dan mahu lihat mereka membesar di depan mata saya," ujarnya.

Kata Irma, buat masa ini, dia lebih selesa untuk menerima tawaran mengacara program-program televisyen yang tidak memerlukan komitmen terlalu lama.

"Saya masih bersama program untuk stesen TV Alhijrah dan satu projek berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang bakal bersiaran September depan," ujarnya.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Asmidar Dipilih Jadi Junaidah Dalam 'P.Ramlee The Musical'


Penyanyi Asmidar memberitahu dia seolah-olah tidak percaya apabila dipilih untuk memegang watak utama sebagai Junaidah dalam pementasan teater jelajahP.Ramlee The Musical "Dari Penang Ke Singapura" yang bakal dipentaskan pada Ogos hingga September ini.

Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 29, berkata, dia terpaksa membuang masalah kurang keyakinan dan perasaan takut untuk terjun ke bidang baharu iaitu di pentas teater ini.

"Secara jujurnya saya seperti tidak percaya apabila dipilih untuk terlibat dalam produksi ini. Saya terima tawaran ini kerana saya nak cuba bidang baru dan ingin keluar dari zon yang saya rasa sudah selesa sebagai seorang penyanyi.

"Sudah tentu rasa takut dan gementar. Kurang keyakinan diri menjadi cabaran utama saya kerana tiada pengalaman sebagai pelakon berbanding artis lain dalam teater ini," 

Asmidar ditemui pada sidang media jelajah teater P.Ramlee The Musical "Dari Penang Ke Singapura" musim keempat di Enfiniti Vision Media, di sini, Jumaat.

Watak Junaidah yang merupakan isteri pertama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada musim-musim sebelum ini dibawa oleh penyanyi Atilia dan pelakon terkenal Lisa Surihani.

Teater tersebut bakal dipentas di Dewan Sri Penang, Georgtown, Pulau Pinang pada 28 hingga 30 Ogos, manakala di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor pada 4 hingga 6 September depan.

Sementara di Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka pada 11 hingga 13 September.

Dalam pada itu, Asmidar berkata, dia berbangga apabila diberi peluang untuk memikul tanggungjawab tersebut dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Saya rasa tanggungjawab ini sangat besar kerana saya bukan artis yang ternama seperti pelakon sebelum ini iaitu Lisa Surihani. Enfiniti pula satu produksi yang mempunyai nama besar dalam bidang teater ini.

"Jangkaan penonton pula sudah pastinya tinggi kepada watak Junaidah ini. Oleh itu saya perlu berlatih untuk berikan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, pengarah teater berkenaan iaitu Pet Ibrahim berkata, Asmidar mempunyai perwatakan dan personaliti tersendiri yang dilihat sangat dekat dengan watak Junaidah.

Katanya, kelebihan suara penyanyi itu dalam melontarkan lagu-lagu Melayu klasik turut menjadikan dia sebagai pilihan utama dalam teater tersebut.

"Selepas mendapat tahu Lisa Surihani tidak dapat menyertai kami pada musim ini, saya terus mencari siapa yang paling sesuai untuk bawa watak Junaidah.

"Nama Asmidar merupakan nama terakhir dalam senarai kami, namun selepas dinilai senarai artis-artis lain, dia adalah yang paling dekat dengan watak itu," ujarnya.

Katanya, Asmidar juga sebelum ini pernah terlibat secara tidak langsung dalam projek pementasan Puteri Gunung Ledang pada 10 tahun lalu.

"Bakat dia kami nampak sudah lama iaitu pada pementasan Puteri Gunung Ledang dan dia terlibat dalam bengkel pementasan tersebut.

"Dia juga orang pertama yang menyanyikan lagu-lagu dalam Puteri Gunung Ledangsebelum dinyanyikan semula oleh Puan Seri Tiara Jacquelina," ujarnya.

Teater P.Ramlee The Musical "Dari Penang Ke Singapura" ini turut melibatkan pelakon seperti Tony Eusof, Nadia Aqilah dan Datuk Aznil Nawawi.

Tiket berharga RM83 hingga RM203 boleh didapati dengan melayari www.tiketpro.com.my atau hubungi talian 03-61429877.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Abam Bangun Lima Pagi Masak Nasi Kurma Untuk Peminat


Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan bangun seawal pukul lima pagi semata-mata untuk memasak Nasi Kurma khas buat peminatnya bersempena rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Gombak di sini pada Sabtu.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, sebanyak 25 kilogram beras digunakan untuk memasak hidangan istimewa itu yang turut dibantu ibunya.

"Alhamdulillah kesemua hidangan yang disediakan pada rumah terbuka ini dimasak sendiri oleh saya, ibu dan ahli keluarga lain untuk semua tetamu yang hadir ke rumah kami.

"Paling istimewa Nasi Kurma yang saya sendiri masak dengan bantuan ibu dan pukul lima pagi saya sudah bangun untuk memasak," katanya

Hampir 1,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut yang terdiri daripada kaum keluarga, teman rapat, rakan artis dan peminat.

Dalam pada itu, Abam berkata, dia tergerak hati untuk menyediakan Nasi Kurma selepas mempelajarinya menerusi sebuah program masakan di televisyen baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Abam, dia dan ibunya mengubah resepi asal bagi memberikan kelainan kepada hidangan tersebut.

"Sebelum ini tidak pernah buat pun cuma saya teringat menonton rancangan masakan yang menyediakan Nasi Kurma.

"Alhamdulillah melihat daripada sambutan pengunjung rata-rata menyukai nasi berkenaan," ujarnya.

Tambah Abam, Nasi Kurma turut dihidangkan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Goreng Sate dan Acar.

Selain hidangan tersebut, Abam turut menghidangkan makanan seperti Nasi Putih, Ikan Keli, Lemang, Rendang dan Bubur Kacang kepada tetamu.

Sementara itu, Abam berkata, majlis berkenaan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya tetapi sebagai majlis kesyukuran selepas memenangi trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) dan beberapa kejayaan lain sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem kelimanya berjudul Hantu Rumah Sakit Jiwa dalam masa terdekat.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Kapal Tangki Minyak Ditemui Di Indonesia


Kapal tangki minyak yang dilaporkan hilang di perairan Selangor berjaya di kesan di timur Pulau Rupat, Indonesia.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kapal MT Jaoquim itu ditemui kira-kira pukul 8.45 pagi Ahad.

Sebelum ini pada 11 Jun, kapal tangki minyak MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan petrol dirampas oleh lanun dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka.

Kapal dengan 22 anak kapal kemudiannya dibebaskan dan sekumpulan lanun yang didakwa bertanggungjawab ditangkap di perairan Vietnam.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, June 16, 2015

Pingat emas ke 60, Malaysia lepasi sasaran


Kejayaan Kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-28 mengumpul 60 pingat emas sehingga Isnin bukan saja mengatasi pencapaian di Sukan SEA Myanmar pada dua tahun lepas, malah menjangkau sasaran kerja 48 pingat emas ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Pencapaian tersebut turut melepasi sasaran peribadi 50 pingat emas yang diletakkan oleh ketua kontinjen negara (CDM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pingat emas ke-60 negara disumbangkan oleh pasukan bola keranjang wanita negara selepas menewaskan Vietnam 82-50 dalam perlawanan akhir peringkat liga yang berlangsung di OCBC Arena, Isnin.

Sehingga kini Malaysia menduduki tempat keempat selepas mengumpul sebanyak 179 pingat iaitu 60 pingat emas, 53 perak dan 66 gangsa.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kejayaan tersebut sekali gus membuktikan bahawa atlet negara berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh MSN walaupun perkara tersebut tidak dihebohkan kepada umum sebelum ini.

"Kita meletakan sasaran sebanyak 56 peratus daripada 329 acara yang disertai iaitu secara keseluruhan 184 pingat," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya sasaran mengikut pecahan pingat ialah 48 untuk pingat emas, 44 pingat perak dan 92 pingat gangsa.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubungan jumlah acara yang diambil oleh kontinjen negara kali ini, Ahmad Shapawi berkata MSN pada mulanya membuat pendaftaran 335 acara namun terpaksa menggugurkan enam acara pada saat akhir.

Beliau berkata MSN terpaksa menggugurkan dua acara renang, tiga acara pelayaran dan satu dari Olahraga atas sebab-sebab tertentu.

Ahmad Shapawi berkata MSN mengubah pendekatan membuat sasaran berbanding sebelum ini bagi memperhalusi pencapaian setiap atlet yang bertanding tidak kira sama ada atlet pelapis mahupun atlet elit.

"Jika dahulu kita menggunakan pendekatan kutipan pingat emas dalam meletakan sasaran, tapi kali ini MSN mengguna pedekatan purata dalam membuat sasaran," katanya.

Beliau berkata sasaran kerja MSN kali ini ditetapkan berdasarkan penilaian secara keseluruhan atlet negara sejak Sukan SEA Manila, Filipina pada 2005.

"Dengan penilaian secara purata, kita dapat memantau pencapaian atlet pelapis negara yang menjadikan Sukan SEA sebagai platform kerjaya mereka dan tidak lagi perlu bergantung semata-mata kepada Sukan Malaysia (SUKMA) sebagai platform awal dalam membina kerjaya sukan," katanya.

Ahmad Shapawi berkata penentuan kadar purata sasaran bagi Sukan SEA dan kejohanan sukan lain akan berubah dari semasa ke semasa mengikut prestasi semasa atlet negara agar sasaran lebih realistik dapat dilakukan pada masa hadapan.

  ~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...