Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, August 11, 2015

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Selasa


Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai Selasa. 

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my, https://jpt.utm.my,http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari. 

"Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888,"katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin. 

Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos. 

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan yang boleh dibuka untuk capaian laman web kemasukan di http://upu.mohe.gov.my mulai 12 tengah hari Selasa, kata Asma. 

"Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu dan tawaran adalah muktamad," katanya. 

Kepada calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari IPTA sehingga 20 Sept depan, rayuan tersebut dianggap gagal, katanya. 

Beliau berkata sebanyak 49,841 calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi (Ijazah Pertama) sesi akademik 2015/2016 telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di 20 IPTA seluruh negara. 

Jumlah berkenaan adalah daripada sejumlah 63,942 calon yang mengemukakan permohonan dan calon berkenaan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. 

"Berdasarkan jumlah calon yang berjaya, 23,883 (59.06 peratus) adalah aliran Sains dan 16,555 (40.94 peratus) daripada aliran Sastera. 

Sejumlah 12,391 (30.64 peratus) adalah lelaki manakala 28,047 (69.36 peratus) perempuan," katanya.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...