Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 28, 2011

Ziarah ke Tanah Suci Kota Mekah

Salam kepada rakan-rakan semua. Hari Jumaat ini, InsyAllah aku akan berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah bagi menunaikan Ibadah Umrah bersama Isteri dan anak. Lebih kurang 12 hari akan berada disana. Di atas kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai terdapat salah dan silap sepanjang perkenalan dan ber 'blog' dengan rakan-rakan semua.


Doakan semoga saya dan keluarga serta rombongan umrah yang lain selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan segala urusan Umrah disana. Saya ucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan dan seluruh Umat Islam di Malaysia dan dunia.


Cara-cara memakai Ihram



Panduan Mengerjakan Umrah Klik Sini

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Ibadah Umrah

InsyAllah lagi 2 hari lagi aku akan berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah untuk mengerjakan Ibadah Umrah.. Berikut adalah serba sedikit panduan mengerjakan Umrah. Kepada bakal Haji Kecil boleh membaca dan memahaminya...


Cara Mengerjakan Umrah



Pengertian Umrah. Pada bahasa : Ziarah.

Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

Rukun Umrah ada lima iaitu :-

1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

NIAT IHRAM UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM

Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dari badan
Memotong kuku.
Membunuh binatang buruan.
Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah.

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.

JENIS-JENIS TAWAF

1. Tawaf Ifadhoh.(rukun)
2. Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
3. Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4. Tawaf Sunat
5. Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.

SYARAT-SYARAT TAWAF

Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.
Menutup aurat.
Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
Cukup 7 kali dengan yakin
Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.

SUNAT-SUNAT TAWAF

Berjalan kaki
Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae’i (lelaki)
Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
Membaca zikir dan doa.
Berturutan 7 kali pusingan.
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
Sembahyang sunat Tawaf.

Sae’i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

SYARAT-SYARAT SAE'I

Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.
Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
Sampai ke hujung setiap tempat Sae’i.
Berniat Sae’i semata-mata kerana Allah Taala.
Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.

SUNAT-SUNAT SAE'I

Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.
Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.
Keluar ke tempat Sae’i melalui Bab Al-Safa.
Berdoa.
Berwudhuk.
Berjalan kaki.
Berturut-turut.

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.

Sumber dari e-mosque

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: cara mengerjakan umrah, panduan umrah, umrah ke mekah, cara menunaikan umrah, ibadah umrah, gambar ibadah umrah

Wednesday, July 27, 2011

GPEC Asia 2011

Bulan lepas, company aku ada terlibat dalam GPEC Asia 2011 yang telah berlangsung pada 27-29 Jun di PICC Putrajaya. Jadi aku terlibat sekali dalam mempamerkan product company di situ...

GPEC bermaksud General Police And Special Equipment Exhibition and Conference. Di situ syarikat di Malaysia dan juga luar negara berpeluang mempamerkan teknologi mereka terutama yang berkaitan dengan keperluan, teknologi dan peralatan Polis.

3 Hari berlangsung, tapi 2 hari je aku ada kat situ. Itupun dan penat sangat.. penat berdiri.. hehe


Boleh tengok banyak lagi informasi kat sini GPEC Asia



GPEC

GPEC


~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: GPEC asia 2011, GPEC asia PICC putrajaya, GPEC information, GPEC 2012

Tuesday, July 26, 2011

Gelagat Anak Buah

Berikut adalah beberapa orang anak buah aku. Memang riuh kat kampung aku baru-baru ni, nak-nak lagi diorg ni ada yang baru pandai berjalan... macam-macam telatah dan gelagat budak-budak ni.

QASEH

DSC03290

Anak kepada adik perempuan aku yang bongsu dan juga anak pertama adik aku tu. Qaseh ni memang kuat nangis. Orang yang dia tak kenal konfem akan menangis. Pastu yang paling kelakar Qaseh ni takut kepada objek berbentuk bulat terutama Bola. Nampak je bola lintang pukang nak lari, kemudian konfem menangis. Suara menangis memang toksah citer aaaa, bergema rumah tu... Kalo Qaseh ni dah kenal orang senang laa sket nak bagi dia gelak..

DSC03411

DSC03295
Qaseh yang Comel


ATIRAH

DSC03294

Anak kepada kakak aku no. 2 dan Atirah adalah anak ke-2. Beza lebih kurang sebulan dgn Qaseh. Tapi badan tembam ooo.. Aku geram tengok pipi dan rambut gulung2 nya.. Aku dapat konpem kena gigit.. kompen menangis, pastu takut bila nampak aku..hehe.. Atirah ni kuat merayau sejak dah pandai berjalan. Abes satu rumah dia pusing, jogging kot.. yang kelakar cara Atirah berjalan. Kalo orang tengok mesti kena gelak... hahaha... Baru sethn lebih beratnya hampir 12 kg... fuyooo... Tapi anak aku Mimi tu larat plak dukung Atirah ni...

DSC03291

Atirah, Mimi dan Nurul (Kakak kpd Atirah)


~ Bajonz ~
~ Photo ~

Sunday, July 24, 2011

Bertambah Cucu En. Razali

Megat Fikri Zaquan

Minggu lepas adik lelaki aku telah dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak yang kedua. Anak yang pertama juga adalah lelaki. Namanya Megat Fikri Zaquan. Abangnya Megat juga, tak silap aku Megat Faris Zulqin.

Abang nya dah biasa di panggil Megat, jadi adiknya lepas ni tak boleh laa panggil Megat.. Mungkin Fikri :) takkan Megatron plak.. hehe..

So sekarang cucu mak bapak aku dah bertambah menjadi 7 orang kesemuanya.. 5 perempuan, 2 lelaki - 2 lelaki ni datang dari adik lelaki aku. Penuh kat kg sekarang dengan cucu perempuan. Bersih umah atok dia nanti... hehehe :)

Megat Fikri Zaquan

Megat Fikri Zaquan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Bakar Lemang

Lemang
Bapak aku masih lagi gagah untuk membakar lemang walaupun pada usia 60 lebih

Pagi semalam bersamaan dengan hari Sabtu pagi tadi aku bersama keluarga pulang ke kampung. Bapak aku ada bakar lemang pada hari tu. Sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan bulan puasa.

Kebiasaan memang tiap-tiap tahun bapak aku membuat aktiviti membakar lemang. Bukan sahaja untuk menyambut bulan puasa, malahan bakar lemang utk ketibaan hari raya juga dilakukan.

Lemang

Yang seronoknya bila ada aktiviti bakar lemang, semua adik-beradik balik ke kampung. Dapatla berjumpa dengan kakak-kakak dan adik-adik, disamping dapat jumpa anak-anak buah yg dah besar. Meriah la suasana kat kampung tu. Riuh rendah budak-budak ni main dalam rumah. Banyak laa lemang yang aku balun masuk dalam perut.. memang sedap...

Lemang
Memang sedap lemang dan rendang yang dibuat oleh Mak dan Bapak ku

Untuk hari tu juga aku ambil kesempatan bertemu mak dan bapak, adik-beradik sebelum aku menunaikan Umrah bersama isteri dan anak. InsyAllah...

Lemang

Lemang

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: lemang kampung, lemang puasa, lemang raya, aktiviti bakar lemang, aktiviti membuat lemang, lemang sedap dimakan, lemang dan rendang raya, gambar lemang dibakar, lemang sedap, lemang kl, lemang aidilfitri, kuah lemang, harga semasa lemang, buluh lemang

Saturday, July 23, 2011

Champion Mamat ni

Tengah-tengah aku merayau malam ni, tiba-tiba aku terjumpa satu blog ni ceritamamat.com. kendian aku check rank dia, boleh tahan.. baca punya baca sapa laa mamat ni, rupanya blog dia baru je diperkenalkan dalam 2 bulan lebih.. tapi rank blog memang champion.. terkesima sekejap aku tgk.. ini baru betul champion mamat ni..

Aku boleh katakan mamat ni memang kreatif dan rajin dalam masa kurang 3 bulan mamat telah berjaya mendapat traffik yang banyak.. mengikut pengiraan cik puan Alexa sehingga hari ni, ceritamamat.com berada pada kedudukan 151,509.

Dan aku kagum juga sebab budak mamat ni masih bersekolah mampu mencipta kejutan sebegini.. Antara pencapaian teragung mamat - Berjaya mendapat 17 ribu trafik dalam masa sehari.. perghhh... Berjaya mendapatkan sebanyak 2000 follower dalam masa 6 bulan.. dasyat..

Aku nak cerita semua pun tak larat. korang pi la jenguk, terjah, ziarah, letak bom, letak virus, baca kat blog mamat ni..


Aku dah nak tido esok nak balik kampung.. Ayah dan mak den nak goreng lomang, eh bakor lomang.. Terliur aku tengok lomang ni...

Lemang Puasa..

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: cerita mamat.com, ceritamamat blogger hebat, ceritamamat blogger muda, website ceritamamat, ceritamamat jadi sebutan, ceritamamat mantap, gambar ceritamamat, story ceritamamat, biodata ceritamamat, profile ceritamamat

Friday, July 22, 2011

Budak pun dah reti ber Make-up

Kalo ibunya kaki make-up, anaknya pun akan ikut sekali. Tapi anak perempuan jela. Jangan pulak bagi galakkan pada anak lelaki ye. Nanti dah besar lain jadinya... hehehe..

Beginilah anak perempuan aku, tiap kali nak keluar mesti make-up punya. Umur baru 7 tahun. Kadang-kala siap berebut alat make-up dengan ibunya.. Bukan sikit dia pakai, tapi boleh sampai merah lebam pipinya..

Ni ada satu gambar aku ambil, mengajar sepupunya pakai make-up. hehehe... abis laa lepas ni make-up ibunya... ni pakai lipstick yang dibeli ibunya.. yela asik berebut je.. kena la beli satu utk mimi.. :)

DSC01691

DSC02041

Mimi

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Chelsea 1 Malaysia 0


Aku rasa bangga dengan Malaysia sebab hanya bolos sebiji je.. berbanding ketika melawan dengan Arsenal dan Liverpool, Malaysia mengalami kebolosan gol yang banyak.. Syabas Malaysia kerana mampu memberi saingan kepada Chelsea... hehe..


Lebih 80,000 penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea malam tadi.

Jumlah itu menyamai kehadiran pada perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Liverpool di venue yang sama Sabtu lalu.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.






Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.


Chelsea tidak menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Peter Cech, Didier Drogba, Ashley Cole, John Obi Mikel dan John Terry sebaliknya memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Ryan Bertrand dan Joshua McEachran pada babak awal perlawanan.





~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Malaysia vs chelsea, malaysia lawan chelsea, keputusan malaysia chelsea, chelsea menang ke atas malaysia, jaringan cantik chelsea malaysia, jaringan kontroversi chelsea, video jaringan chelsea, video chelsea malaysia, gambar perlawanan chelsea malaysia, gambar pemain chelsea malaysia, harimau muda vs chelsea, ceritabola, ceritamamat, pengiklanan ceritamamat.com, chelsea vs harimau malaya, papagomo peminat chelsea, chelsea bermula garang, mamat chelsea hebat, chelsea main teruk,

Thursday, July 21, 2011

Gambar latihan Chelsea di Bukit Jalil

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Chelsea Klik Sini


Kali ini Malaysia, Harimau Malaya akan bertemu dgn Chelsea pada perlawanan persahabatan hari ini..

Berikut adalah senarai skuad bimbingan Andre Villas-Boas :-

Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Jamal Blackman, Jose Bosingwa,Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, Alex, John Terry, Slobodan Rajkovic, Nathaniel Chalobah, Ashley Cole, Patrick van Aanholt, Ryan Bertrand, John Mikel Obi, Josh McEachran, Frank Lampard, Yossi Benayoun, Billy Clifford,Yury Zhirkov, Florent Malouda, Salomon Kalou, Daniel Sturridge, Nicolas Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres.



PENYERANG Chelsea, Didier Drogba melaungkan amaran untuk kembali bangkit pada saingan musim ini setelah mengharungi musim penuh mengecewakan tanpa sebarang kejuaraan pada musim lalu.

Drogba, 33, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana England musim 2009/10 dengan 29 gol hanya meledak sebanyak 11 gol musim lalu. Lantas dengan kehadiran pengurus baharu, Andre Villas-Boas, penyerang Ivory Coast itu mengharapkan tuah memihak kepada skuad The Blues pada saingan musim 2011/12. “Sudah tentu kami mahu bangkit semula musim ini. Memang satu musim mengecewakan apabila kami gagal membawa pulang sebarang piala musim lalu.

“Bagaimanapun, kami masih mampu memberi cabaran hebat kepada Manchester United sehingga ke perlawanan terakhir. “Jadi untuk musim baru ini, kami sekali lagi akan berjuang habis-habisan untuk meraih sebarang trofi kejuaraan. “Secara peribadi pula, saya mahu kembali meledak,” kata Drogba ketika ditemui selepas sesi latihan skuad Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Sesi latihan terbuka itu dipenuhi dengan lautan biru kira-kira 5,000 penyokong setia Chelsea yang hadir untuk melihat bintang-bintang kesayangan mereka dengan lebih dekat. Ditanya tentang latihan pramusim Chelsea setakat ini, Drogba berkata: “Selepas 10 hari berlatih, kami masih berusaha keras untuk mendapatkan semula tahap kecergasan termasuk bagi menghadapi beberapa aksi pramusim di Asia ini.”
Sementara itu, kapten Chelsea, John Terry yang turut ditemui selepas latihan pasukan itu menganggap Siri Jelajah Asia 2011 selama dua minggu ini satu tempoh yang cukup penting.

“Tiada yang lebih penting kecuali untuk kami menyesuaikan diri dengan corak dan sistem latihan di bawah pengurus baharu. “Kami kini semakin berse- mangat untuk memulakan kempen musim baharu bagi menebus kegagalan musim lalu,” ujar Terry, 31, yang beraksi di posisi pertahanan.



~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Chelsea vs malaysia, Chelsea vs harimau malaya, gambar perlawanan Chelsea malaysia, gambar latihan Chelsea malaysia, gambar perlawanan persahabatan Chelsea malaysia, video perlawanan Chelsea malaysia, video latihan Chelsea malaysia, gambar pertemuan Chelsea malaysia, keputusan perlawanan Chelsea malaysia, Chelsea menentang harimau malaya, Chelsea jumpa malaysia, Chelsea malaysia 2011, siri jelajah asia Chelsea malaysia, gambar menarik Chelsea malaysia, logo Chelsea malaysia, gambar pemain Chelsea, nama-nama pemain Chelsea, skuad terbaru Chelsea, senarai pasukan Chelsea, youtube Chelsea vs malaysia, pasukan terkuat Chelsea, Chelsea epl, pemenang perlawanan persahabatan Chelsea malaysia

Wednesday, July 20, 2011

Fiesta Belon 2010

Fiesta Belon 2010

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya selalunya diadakan pada setiap tahun. Untuk tahun ni dah lepas iaitu sekitar bulan 3.

So gambar ni aku paparkan fiesta belon pada tahun lepas, bulan 3 juga 2010. Kiranya dah 2 tahun berturut-turut aku bawa family bersama melihat belon, naik je belum lagi :)

Fiesta Belon 2010

Tahun 2011 baru ni aku dapat tengok belon yang banyak dan terbang tinggi ke udara berbanding tahun lepas, aku sampai agak lewat. So mungkin tahun depan aku cuba bawa family naik belon plak.. hehe.. kena pegi awal dan ikut masanya bila belon tu naik.. orang ramai nanti beratur panjang...

So kepada yang belum pernah pergi ke fiesta belon tu, dicadangkan pergi tahun depan.. best bro!! hehehe...

Klik sini untuk gambar-gambar >> Fiesta Belon 2011

Fiesta Belon 2010

Fiesta Belon 2010

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Fiesta Belon 2010, gambar Fiesta Belon 2010, gambar Fiesta Belon 2011, map ke putrajaya fiesta belon, foto Fiesta Belon 2010, gambar menarik Fiesta Belon 2010, aktiviti menarik Fiesta Belon 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...