Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, July 24, 2011

Bakar Lemang

Lemang
Bapak aku masih lagi gagah untuk membakar lemang walaupun pada usia 60 lebih

Pagi semalam bersamaan dengan hari Sabtu pagi tadi aku bersama keluarga pulang ke kampung. Bapak aku ada bakar lemang pada hari tu. Sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan bulan puasa.

Kebiasaan memang tiap-tiap tahun bapak aku membuat aktiviti membakar lemang. Bukan sahaja untuk menyambut bulan puasa, malahan bakar lemang utk ketibaan hari raya juga dilakukan.

Lemang

Yang seronoknya bila ada aktiviti bakar lemang, semua adik-beradik balik ke kampung. Dapatla berjumpa dengan kakak-kakak dan adik-adik, disamping dapat jumpa anak-anak buah yg dah besar. Meriah la suasana kat kampung tu. Riuh rendah budak-budak ni main dalam rumah. Banyak laa lemang yang aku balun masuk dalam perut.. memang sedap...

Lemang
Memang sedap lemang dan rendang yang dibuat oleh Mak dan Bapak ku

Untuk hari tu juga aku ambil kesempatan bertemu mak dan bapak, adik-beradik sebelum aku menunaikan Umrah bersama isteri dan anak. InsyAllah...

Lemang

Lemang

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: lemang kampung, lemang puasa, lemang raya, aktiviti bakar lemang, aktiviti membuat lemang, lemang sedap dimakan, lemang dan rendang raya, gambar lemang dibakar, lemang sedap, lemang kl, lemang aidilfitri, kuah lemang, harga semasa lemang, buluh lemang

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...