Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 14, 2011

Malaysia 0 Arsenal 4


Malaysia kalah kepada Arsenal. 4 biji bolos... banyak gak tu.. Apapun syabas kt Harimau Malaya kerana 4 biji je bolos.. nasib baik tak 6 ke 8 biji ke...


So minggu akan dtg jumpa Liverpool pula.. harap2 boleh menang takpun jgn laa kalah sebanyak tu.. tunjukkan semangat mcm harimau...


KUALA LUMPUR - Belum terlambat buat Harimau Malaya mencari kesilapan setelah dibelasah 0-4 oleh kelab gergasi Liga Perdana England, Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Memang benar kekalahan yang dialami oleh pasukan negara bukan satu perkara yang mengejutkan, namun apa lebih mustahak, perlawanan 90 minit yang dilalui skuad negara berdepan pemain-pemain berkelas dunia ternyata menjadi bekalan berguna bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Corak permainan pantas dan hantaran tepat, dua elemen penting yang boleh dipelajari oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal daripada Arsenal.

Apa pun, barisan Malaysia wajar dipuji kerana mampu memberikan saingan ke atas skuad bimbingan Arsene Wenger dalam perlawanan menghiburkan yang disaksikan kira-kira 50,000 penonton.

Cuma apa yang sedikit merisaukan ialah kecederaan yang dialami oleh tonggak pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan yang mungkin terlepas peluang berdepan Singapura selepas dikasari Marouane Chamakh pada minit ke-42 sehingga digantikan dengan Mohd. Muslim Ahmad.

Arsenal semalam berpesta gol menerusi Aaron Ramsey daripada sepakan penalti seawal minit kelima sebelum pemain antarabangsa England, Theo Walcott menanduk masuk gol kedua pada minit ke-36.

Arsenal menambah dua lagi jaringan pada minit ke-57 menerusi Carlos Vela daripada gerakan cantik dan Tomas Rosicky mencipta jaringan keempat pada minit ke-90 bagi menutup kemenangan bergaya kelab dari London itu.

Walaupun dikejutkan dengan jaringan awal Arsenal, Harimau Malaya secara keseluruhannya bermain baik pada babak pertama.

Aksi serba pantas pemain sayap kiri negara, S. Kunanlan banyak mendapat sorakan daripada peminat setia negara selepas acap kali melepasi kawalan bek kanan Arsenal, Carl Jenkinson sementara Ahmad Fakri Saarani dan Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi gandingan pilihan Rajagobal pula berjaya mempamerkan rentak agresif.

Namun, salah faham Mohd. Nasril Nourdin dan pertahanan membuka ruang kepada Walcott yang berlari pantas menanduk bola ke dalam gawang yang ternganga bagi mengukuhkan kedudukan 2-0.

Arsenal yang tidak menurunkan beberapa pemain utama jelas mempamerkan rentak hambar pada 45 minit perlawanan tetapi segalanya berubah apabila membawa masuk bintang-bintang mereka antaranya Andrei Arshavin, Robin Van Persie, Samir Nasri, Carlos Vela dan Bacary Sagna.

Peminat Arsenal bersorak gembira apabila bintang kesayangan mereka, Van Persie melangkah masuk ke padang pada minit ke-65 dan kehadiran pemain antarabangsa Belanda itu banyak memberikan masalah kepada pertahanan negara dengan aksi serba memukau di samping kehadiran Nasri dan Arshavin.

Bermula detik itu, pertahanan negara beraksi dalam keadaan kelam kabut ketika Arsenal memperagakan aksi bermutu tinggi. Malaysia akan menentang Liverpool pada Sabtu ini.


Lagi gambar-gambar perlawanan yang menarik Klik kat sini >> Light | Shadow


~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: keputusan perlawanan arsenal harimau malaya, arsenal lawan malaysia, arsenal kalahkan harimau malaya, jumlah gol arsenal, perlawanan persahabatan arsenal harimau malaya, gambar perlawanan arsenal harimau malaya, foto perlawanan arsenal harimau malaya, video perlawanan arsenal harimau malaya 2011, keputusan harimau malaya vs arsenal 2011, arsenal vs malaysia 2011, perlawanan persahabatan arsenal harimau malaya, video perlawanan harimau malaya arsenal, pemenang antara arsenal harimau malaya 2011, malaysia bertemu liverpool, liverpool lawan harimau malaya, keputusan liverpool lawan harimau malaya, gambar liverpool harimau malaya, video sepakan cantik arsenal liverpool, epl ke malaysia, jadual EPL, perlawanan persahabatan liverpool malaysia

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...