Bagi aku cerita transformers 3 memang hebat.. dengan jln cerita nya Sentinel Prime berpaling tadah kepada Optimus Prime.. Akhirnya membawa malapetaka kepada dunia.. Dengan puluhan Decepticon muncul nak melawan Autobots yang ada beberapa kerat je.. tapi dengan kerjasama antara manusia dan autobots mereka berjaya mengalahkan Decepticon.. Senangnya hasut Megatron untuk membelasah Sentinel Prime... hehehe..
Kepada anda yang belum menyaksikannya, jgn lupa menontonnya dipawagam... cepat2..
Sentinel Prime
Jalan Cerita Penuh... aku copy dari web ni seorang sahabat ni >> Transformers 3
- Peperangan antara Autobots dan Decepticon berlarutan di Cybertron dengan kemenangan hampir berpihak kepada Decepticon yang lebih ramai ahli anggota. Dalam keadaan terdesak, Autobots berjaya melancarkan sebuah kapal angkasa bernama Ark meninggalkan planet Cybertron dengan membawa satu benda yang mungkin menjadi harapan baru untuk Autobots.
- Malangnya Ark berjaya ditembak oleh kapal angkasa milik Decepticon menyebabkan hampir kesemua penumpang Ank terbunuh kecuali pemimpin Autobots bernama Sentimel Prime, Sentimel Prime berada dalam keadaan lemah ataupun sleep mode akibat menggunakan tenaganya untuk menjaga Pillars iaitu alat yang mampu mengubah nasib Autobots.
- Ark terhempas di permukaan gelap bulan pada tahun 1961. Perkara ini diketahui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan juga pihak berkuasa Rusia. Pihak Rusia berjaya melancarkan roket ke bulan terlebih dahulu tanpa penumpang dan berjaya merakam dan menangkap gambar Ark serta mengambil sampel.
- Amerika Syarikat pula berjaya mendaratkan manusia pertama di bulan iaitu menggunakan Apollo II dan turut menyiasat kejadian tersebut.
- Perkara ini dianggap sulit oleh kedua-dua pihak sehinggalah pihak Rusia kantoi kerana cuba menggunakan serpihan Ark untuk menjana kuasadi stesyen nuklear Chernobly lalu menyebabkan berlakunya bencana. Ketika pihak Autobots menjalankan siasatan mencari musuh, mereka terserempak dengan Shockware dan cacing raksasanya.
- Berang kerana rahsia Ark tidak diberitahu oleh pihak Amerika Syarikat kepada Optimus Prime memaksa Optimus Prime pergi ke bulan bersama Ratchet membawa balik Sentimel Prime dan juga 5 Pillars bersamanya. Dengan menggunakan kuasa Matrik yang dimilikinya, Optimus Prime berjaya menghidupkan kembali Sentimel Prime.
- Sentimel Prime memberitahu kepada Pengarah Charlotte Mearing tentang kemampuannya untuk menghidupkan teknologi teleport dengan menggunakan Pillars tetapi hasrat Sentimel Prime ditentang keras kerana menggunakan Pillars untuk ‘teleport; Cybertron akan mengundang bahaya kepada bumi.
- Sementara itu (part yang boring dalam filem ini), Sam Witwicky menganggur setelah tamat pengajian. Menghadiri banyak temuduga tetapi tidak berjaya sehinggalah dia ditawarkan menjadi budak penghantar surat di sebuah filma besar setelah dicadangkan namanya melalui bos teman wanitanya.
- Teman wanita Sam Witwicky bernama Clary sememangnya seksi habis tetapi pada masa yang sama mengundang rasa cemburu di dalam diri Sam Witwicky kerana Clary terlalu rapat dengan bosnya yang bernama Dylan Gloud.
- Seorang pekerja bernama Jerry Wang sempat menyerahkan maklumat berkaitan ‘Dark Of the Moon ‘ kepada Sam sebelum dia dibunuh oleh Laserbeak iaitu sub robot Shockware Decepticon. Laserbeak kelihatan seperti burung hering ataupun kelihatan seperti naga juga.
- Laserbeak juga membunuh lebih ramai lagi pembekal maklumat terutama mereka yang bekerja dengan Decepticon untuk memerangkap Autobots masuk ke perangkap Decepticon.
Sam diburu oleh Laserbeak tetapi Sam berjaya meminta bantuan Autobots lebih-lebih lagi bantuan Bumblebee tetapi tindakan Sam untuk membantu ditentang hebat oleh Pengarah Charlotte Mearing yang masih mengganggap Sam masih kanak-kanak riang.
- Dengan bantuan Agen Semmour Simmons, Sam Witwicky hanyanya mengetahui helah Decepticon hanyalah untuk merebut peluang bekerjasama dengan Sentimel Prime.
Awek Sam Witwicky
- Sentimel Prime membeloti Autobots dengan alasan dia bekerjasama dengan Decepticon untuk merekacipta kembali Cybertron (dengan menjadikan manusia sebagai hamba). Beliau membunuh Ironhide dan merampas kembali Pillars yang berada dalam simpanan tentera Us.
- Kerjasama antara Sentimel Prime dan Megatron serta Decepticon yang lain memusnahkan bandaraya Chicago termasuklah Menara Trump (boleh bangkap Donald Trump macam ni).
- Pada masa yang sama teman wanita Sam yang seksi tetapi cuma seksi aaje tanpa ada benda best yang lain telah dicolek oleh bosnya Dylan Gloud lalu dibawa ke bandaraya Chicago.
- Tanpa diduga, sebenarnya Dylan Gloud adalah pengikut dan pembantu Decepticon yang setia. Sam Witwicky yang sudah mabuk cinta dengan bodohnya membahayakan dirinya serta rakan komondo yang lain termasuklah Robert Epps yang sudah bersara daripada NEST semata-mata ingin menyelamatkan Carly.
- Mujurlah Autobots yang disangka sudah mati kerana roket yang dihantar ke angkasa ditembak Starcream kembali membantu.
- Perang kembali bermula antara Autobots dan manusia menentang Sentimel Prime, Megatron dan Decepticon. Askar US dibawah pimpinan LT Kolonel Lennox sememangnya sudah dilatih untuk menentang Decepticon berjaya membunuh beberapa robot termasuklah Starscream dan Shockware.
- Optimus Prime kalah semasa bertarung dengan Sentimel Prime kerana gangguan robot Decepticon yang menembaknya dari angkasa. Pun begitu askar US melancarkan serangan peluru pandu Tomahawk untuk membantu.
- Ketika Optimus Prime hampir dibunuh oleh Sentimel Prime, Megatron mencuri peluang menyerang Sentimel Prime kerana beliau tidak mahu berada di bawah Sentimel Prime.
- Dalam kekecohan begini, Optimus Prime yang kudung tangannya kembali bertarung dengan membunuh Megatron dan juga Sentimel Prime.
-Pillars utama bedrjaya ditemui oleh Sam lalu beliau menghentak kepala Dylan Gloud ke arah pillars utama dan pada masa yang sama , Bumblebee muncul lalu menghancurkan Pillasr Utama. Proses teleport Cybertron telah tersekat, lalu menyebabkan Cybertron mengalami kerosakan sebelum ianya hilang dari langit bumi.
-Seperti biasa dan juga kartun Transformer, Autobots menang juga akhirnya..
~ Bajonz ~
~ Photo ~
google: Transformers 3 Dark Of The Moon, review Transformers 3, ulasan Transformers 3, cerita Transformers 3, gambar Transformers 3, image Transformers 3, video Transformers 3, download Transformers 3, autobots, decepticons, Transformers 2, Transformers movie, Transformers wallpaper, Transformers pictures
No comments:
Post a Comment