Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 31, 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat menyambut hari kemedekaan negara Malaysia yang ke 55. Semoga Malaysia terus aman, makmur, dan maju serta perpaduan rakyat Malaysia terus menjadi tonggak kejayaan Malaysia.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, August 29, 2012

Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012



Berikut senarai jalan ditutup sempena hari merdeka yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur. sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.
Senarai Jalan Ditutup
  • Jalan Travers/Jalan Damansara
  • Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
  • Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
  • Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
  • Jalan Tembusu/Jalan Lembah
  • Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
  • Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
  • Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
  • Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
  • Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
  • Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
  • Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
  • Jalan T.A Rahman/Jalan Raja


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Apple Menang Kes Saman Paten Terhadap Samsung



Kini dunia diwarnai dengan gajet telefon bimbit smartphones yang terdiri seperti Blackberry, Iphone, Sambung, HTC dan sebagainya. Namun terdapat dua syarikat gergasi yang saling mempertahankan hak ke atas paten mereka iaitu Samsung dan Apple. 
Namun selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.
Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.
Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc.memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.
Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.
Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.
Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.
Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami ‘kebuntuan reka bentuk’ selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.
Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.
Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.
Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.
Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.
Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya.
McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.
Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia.
Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.
Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.
Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.
Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.
Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion).

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Rooney tak laku



Tiada kelab besar Eropah yang sudi untuk mendapatkan khidmat Wayne Rooney dan ini bermakna hanya tinggal Manchester City sebagai satu-satunya pasukan yang mampu untuk membelinya, itu pun jika United sedia menjualkan tonggak penyerang mereka itu.

Difahamkan United tidak keberatan untuk menjual bintang England berusia 26 tahun itu melainkan dia mula mempamer peningkatan prestasi.

United dijangka meletakkan harga 50 juta pound (RM246.2 juta), namun Barcelona dan Real Madrid tidak bersedia untuk melancarkan bidaan.

Kelab yang berbelanja besar, Paris St. Germain yang awal musim panas lalu menimbangkan untuk memancing Rooney, kini tidak lagi berminat.

Rooney digugurkan daripada kesebelasan utama United ketika perlawanan pertama musim ini menentang Fulham di laman sendiri, Sabtu lalu.

Bos United, Alex Ferguson dikatakan kecewa dengan prestasi dan tahap kecergasan Rooney sewaktu United bertandang ke Everton pada aksi pembukaan musim di mana ia berakhir United kalah 0-1.

Hubungan pengurus dan anak buahnya itu juga difahamkan renggang dan mereka jarang bercakap antara satu sama lain sejak Rooney kembali melapor diri untuk persiapan pra-musim.

City hampir mendapatkan Rooney ketika dia meluahkan hasrat untuk meninggalkan United pada Oktober 2010.

Sebarang urus niaga perpindahan tentunya tidak akan berlaku sehingga Januari depan, lebih-lebih lagi Rooney kini diketepikan untuk hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan serius pada paha kanan akibat terkena stud kasut penyerang Fulham, Hugo Rodallega. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, August 28, 2012

Imuda Rugi RM7,000 Rumah Dipecah Masuk



Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya, Selasa.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Imuda berkata, suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjaramaksimum lima tahun dan denda," katanya. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, August 27, 2012

Kelantan hidup peluang ke suku akhir



Kelantan menghidupkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia apabila bangkit menumbangkan Kedah 2-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Kemenangan tersebut menyaksikan Red Warriors meraih kemenangan sulung selepas tumbang kepada seteru tradisi Terengganu pada aksi pembukaan di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata, meskipun hanya mampu melakar kemenangan tipis, dia tetap gembira selepas barisan pemainnya menjelmakan kebangkitan sebaik sahaja ketinggalan pada minit keempat.

"Saya gembira dengan keputusan ini kerana kita berjaya meraih tiga mata dan menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Kita menguasai perlawanan dan mempunyai banyak peluang serta mempamerkan aksi bertenaga sehingga kehilangan banyak tenaga. Keadaan ini memberikan peluang kepada pihak lawan untuk mengusai perlawanan pada 20 minit terakhir," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan.

Tambahnya, keadaan tersebut memaksa pasukannya bertahan untuk mengelakkan pemain terus kepenatan selepas mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari.

Pada perlawanan kelmarin, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri.

Gol penyamaan yang dicari tuan rumah akhirnya terhasil pada minit ke-28 menerusi penyerang pinjaman Mohd. Afiq Azmi selepas menyudahkan bola muntah hasil rembatan ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi yang ditepis oleh Helmi Eliza Elias.

Mohd. Afiq yang beraksi buat kali pertama dalam kesebelasan utama Red Warriorsmembalas kepercayaan yang diberikan oleh Bojan Hodak dengan menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit-minit akhir babak pertama, yang menyaksikan Kelantan meraih kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Dalam perkembangan lain, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu Mohammad Ghaddar tidak dapat diturunkan selepas pemain tersebut mengalami sedikit kecederaan sebelum perlawanan.

"Jadi saya tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan dia. Saya harap dia akan pulih dalam pada terdekat dan dapat beraksi pada perlawanan ketiga menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selasa ini.

"Mengenai Indra Putra Mahyuddin, dia tidak beraksi kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.

"Jadi saya terpaksa melepaskan pemain tersebut dan ia akan kembali ke pangkuan pasukan dalam perlawanan akan datang," ujarnya.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Menarik Majlis Perkahwinan Ustaz Don & Husna

Tahniah kepada Ustaz Don dan Husna yang telah menjadi pasangan suami isteri. lebih 3,000 tetamu hadir di majlis yang telah berlangsung di Pulau Pinang. Semoga mereka bahagia sehingga akhir hayat...


Lagi.. klik Sini

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Neelofa bakal jadi Penyanyi



Tindakan aktres Neelofa melebarkan sayap ke bidang nyanyian bukan kerana dia bersikap tamak dan gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, sebagai pendatang baru yang masih mengenal pasti kekuatannya dalam bidang seni, dia menganggap tawaran daripada Tune Music itu peluang baik untuk mengembangkan kerjayanya.
“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan.
“Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” katanya.
Selain Neelofa, label muzik di bawah syarikat penerbangan AirAsia itu difahamkan turut membariskan Maya Karin dan Aizat Amdan.
Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran itu dan bersetuju untuk memeterai perjanjian selepas melihat ruang dan potensi yang menantinya kelak.
“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia.
“Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,” katanya yang masih belum dimaklumkan mengenai butiran konsep muzik yang bakal dipertaruhkan nanti.
Mengenai Lebaran tahun ini, pengacara Nona ini berkata, dia pulang berhari raya di Pasir Mas, Kelantan selama 10 hari sejak 17 Ogos lalu.
“Mulai hari ini (Isnin) saya akan menyambung semula penggambaran bagi menghabiskan baki drama bersiri Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima yang kini disiarkan di TV3.
“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan komitmen pengacaraan dan siri jelajah selepas menjadi duta beberapa produk,” katanya yang akan membintangi filem adaptasi novel Ahadiat Akashah berjudul Pilot Cafe bermula Oktober depan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, August 26, 2012

Neil Armstrong meninggal dunia


Angkasawan Amerika Syarikat yang juga merupakan manusia pertama sampai ke bulan, Neil Armstrong meninggal dunia ketika berusia 82 tahun, menurut ahli keluarganya semalam.

Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan pintasan jantung yang dijalaninya awal bulan ini.

Beliau menjalani pembedahan pintasan jantung selepas doktor mendapati saluran darahnya tersumbat. - REUTERS



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, August 24, 2012

Pelatih PLKN Mulakan Latihan 9 September Ini



Kira-kira 50,000 pelatih Kumpulan 3 Siri Ke-9 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini, akan mula mengikuti latihan di 81 kem latihan di seluruh negara pada 9 September depan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata semua bekas pelajar sekolah yang layak menyertai program itu menerima surat masing-masing daripada jabatannya atau melalui laman sesawang atau khidmat pesanan ringkas (SMS) JLKN.
"Dengan penetapan tarikh itu juga memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri ini bersama rakan pelatih yang lain di kem masing-masing, kerana tarikh tersebut (9 Sept) masih dalam suasana hari raya," katanya.
Abdul Hadi berkata terserah kepada komander kem masing-masing untuk mengatur program sambutan hari raya sebagai mengisi aktiviti orentasi di kalangan pelatih yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.
"Program itu juga memberi kesempatan untuk mereka berkenalan dan menyesuaikan diri sesama pelatih lain," katanya.
Pada 14 Julai lepas, 24,000 pelatih Kumpulan 2 siri sama telah tamat mengikuti program itu di semua kem PLKN di seluruh negara, dan memberi peluang kepada mereka menunaikan ibadat puasa dan berhari raya bersama keluarga.- BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, August 23, 2012

Peti Sejuk Jimat Elektrik


PANASONIC Malaysia sentiasa teruja untuk memperkenalkan rangkaian peti sejuk beku atas dan memberikan pilihan yang lebih luas kepada pengguna setia di Malaysia. 

Berikutan itu, mereka memperkenalkan tujuh model baru iaitu satu model untuk siri EcoNavi, lima model siri Inventer dengan penyejuk beku bahagian atas dan satu model siri Inventer dengan penyejuk beku bahagian bawah dengan kapasiti bersih antara 234 liter hingga 400 liter. 
Model untuk siri EcoNavi ialah NR-BW465XS dan model untuk siri Inverter ialah NR-BW415VN manakala model bagi penyejuk beku bahagian atas ialah NR-BK345MS, NR-BK345SN, NR-BK305MS, NR-BK305SN dan NR-BK265SN. 

Peti sejuk: penyejuk beku bahagian bawah siri EcoNavi/Inverter 

EcoNavi mengesan dan menyekat penyejukan berlebihan secara automatik untuk penjimatan tenaga maksimum dengan penggunaan sensor pintu dan sensor pencahayaan untuk mengesan corak gaya hidup sesebuah keluarga. 

Ia kemudian belajar dan meramal bila pintu peti sejuk kerap dibuka dan juga mengesan tahap kecerahan bilik, membolehkan peti sejuk beroperasi pada kuasa optimum dengan menyesuaikan penggunaan tenaga dengan corak gaya hidup keluarga itu. 

Teknologi Inverter Pintar pula menggunakan tujuh tetapan kuasa untuk memadankan suhu di dalam peti sejuk dengan jumlah makanan yang disimpan. 
Operasi kuasa penuh dipilih apabila pintu peti sejuk sering dibuka dan ditutup manakala operasi kuasa minimum dipilih apabila ia jarang dibuka dan ditutup untuk mengurangkan penggunaan elektrik secara dramatik. 

Dengan lebih ramai pengguna mengambil berat mengenai gaya hidup sihat, model baru ini dilengkapi dengan penapis Ag untuk menjamin kebersihan, di mana hawa sejuk ditapis untuk memastikan peti sejuk kekal bersih manakala sistem penyejukan tidak langsung membantu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran selama sekurang-kurangnya seminggu. 

Penyejuk beku jenis laci menawarkan akses yang lancar dan mudah menjadikannya lebih senang untuk menyusun barangan bersaiz besar. 

Untuk pencahayaan tambahan, lampu LED tanpa penyelenggaraan dipasang di dalam peti sejuk untk memudahkan pengguna melihat makanan. 

Peti sejuk: siri penyejuk beku bahagian atas 

Model ini diiktiraf sebagai model yang mempunyai prestasi penjimatan tenaga yang tinggi di serata dunia dengan penarafan lima bintang di Malaysia. 

Semua model baru dilengkapi dengan kompresor berkecekapan tinggi, kipas elektrik dan dinding penyejuk beku yang lebih tebal dan ini menyumbang kepada kecekapan penjimatan tenaga. 

Model baru ini dilengkapi dengan penyejuk beku dan ruang simpanan sayur-sayuran yang lebih besar dan ciri ini pasti menarik perhatian dan dicari kebanyakan suri rumah. 

Ini akan mengurangkan kekerapan membeli-belah kerana pembelian boleh dilakukan secara pukal kerana lebih mudah untuk menyimpan bahan makanan dengan ruang simpanan makanan luas. 

Semua model baru juga mempunyai rekabentuk bergaya dan didatangkan dalam warna perak dan keemasan yang melengkapi dan kelihatan hebat dalam semua dapur. 

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Bajonz ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan, sahabat serta pengunjung blog ini..

Selamat pulang ke kampung masing2. Berhati2 di jalan raya dan ingatlah kepada mereka yang anda sayangi dan menyayangi anda..

Maaf Zahir & Batin



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

2,500 permohonan tender nombor pendaftaran KDH



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menerima lebih 2,500 permohonan tender bagi nombor pendaftaran KDH selepas tarikh tutupnya, kelmarin.

Nombor plat siri KDH dianggap menarik dan istimewa kerana ia adalah singkatan nama kepada Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya menjangkakan ramai pemilik kenderaan berminat membuat bidaan terhadap nombor plat kenderaan bagi siri KDH 1 hingga KDH 9999.

Beliau berkata, keputusan mengenai pembida yang berjaya akan diketahui dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup.

“Bagi nombor bernilai utama, JPJ menetapkan syarat minimum bidaan ialah sebanyak RM10,000, manakala nombor menarik yang lain kadar minimum yang ditetapkan ialah RM2,000.

“Kita menjangka mencatat pendapatan memberangsangkan melalui tender nombor plat istimewa ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Ahmad Musadad berkata, sambutan menggalakkan itu berdasarkan banyak maklum balas dan pertanyaan diterima daripada mereka yang berminat bagi mendapatkan nombor plat siri KDH itu sejak beberapa minggu lalu, termasuk di kalangan ahli politik dan tokoh korporat.

Menurutnya, nilai nombor plat berkenaan menjadi tinggi apabila ramai pihak ingin memilikinya dan sanggup membelanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.
Berikutan itu, JPJ Kedah menjangkakan bidaan bagi nombor bernilai utama iaitu KDH 1 hingga KDH 10 akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Antara nombor plat mencatat bidaan tertinggi sebelum ini termasuk KCT 1 bernilai RM66,550 yang dimenangi suami penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000).


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

England kalahkan Itali 2-1



Jaringan antarabangsa pertama Phil Jagielka dan gol lewat minit Jermain Defoe membantu England mencatat kemenangan pertama ke atas Itali dalam tempoh 15 tahun selepas menundukkan naib juara Eropah itu 2-1 dalam aksi persahabatan, semalam.

Kemenangan ini menebus kekalahan skuad Three Lions ke atas Itali menerusi penentuan sepakan penalti pada suku akhir, Jun lalu.

Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, juara dunia dan Eropah, Sepanyol turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Puerto Rico.

Dalam saingan di Bern, jaringan cantik Jermain Defoe, 10 minit sebelum tamat perlawanan menggembirakan anak-anak buah Roy Hodgson kerana ia adalah kemenangan pertama mereka ke atas skuad Azzurri sejak menang 2-0 pada 1997.

Biarpun dianggap menebus kekalahan pada suku akhir Euro, namun bagi Hodgson kemenangan ini tetap tidak mampu menebus kekecewaan tersebut.

Semalam, England terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 selepas Daniele De Rossi menanduk bola untuk meletakkan Itali di depan pada minit ke-15, sebelum Jagielka menyamakan kedudukan 12 minit kemudian dengan satu lagi tandukan.

Ketika perlawanan tampak akan berkesudahan seri, Defoe menyudahkan satu serangan balas yang diketuai pemain gantian, James Milner sebelum merembat sejauh 20 ela menuju sudut kiri atas menewaskan penjaga gol, Salvatore Sirigu.

"Ia jaringan yang cantik dan cara hebat untuk memenangi perlawanan,'' ujar Hodgson.

Di Bayamon, Santi Cazorla dan Cesc Fabregas menjaringkan gol pada babak pertama untuk membantu kemenangan Sepanyol, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 12 perlawanan berturut-turut.
Ia adalah perlawanan pertama Sepanyol sejak memenangi kejuaraan Eropah kedua berturut-turut, bulan lalu. Cazorla menjaringkan gol pada minit ke-42 dan Fabregas menambah gol kedua di minit ke-45 menerusi voli rendah.

Marc Cintron menghadiahkan gol saguhati Puerto Rico pada babak kedua.

Dalam perlawanan di Stockholm, Brazil menang selesa 3-0 ke atas Sweden di Stadium Rasunda, venue perlawanan akhir Piala Dunia 1958 yang menyaksikan mereka mengalahkan tuan rumah 5-2.
Pemenang Kasut Emas Sukan Olmpik, Leandro Damiao menjaringkan gol pembukaan, manakala pemain gantian, Alexandre Pato menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-84 dan 87 untuk menjamin kemenangan. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Galaxy Note 10.1 mula dijual



Samsung Electronics Co. seolah-olah memberi tamparan kepada Apple apabila mula memasarkan komputer tablet Galaxy Note 10.1 di Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini.

Galaxy Note 10.1 yang dilengkapi dengan kemudahan WiFi akan dijual pada harga AS$499 seunit (RM1,564) bagi model asas penyimpanan memori 16 gigabait (GB) dan AS$549 seunit (RM1,721) bagi penyimpanan memori 32GB yang turut dilengkapi slot kad memori binaan luar.

IPad terbaru keluaran Apple dijual pada harga yang sama dengan produk terbaru Samsung itu, tetapi Galaxy Note 10.1 menawarkan beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh iPad.
Resolusi skrin komputer tablet Samsung itu juga lebih rendah daripada iPad.

Galaxy Note 10.1 merupakan komputer tablet pertama Samsung yang menggunakan program Android dan dilengkapi dengan pen digital serta boleh melakukan dua aplikasi secara serentak menerusi skrin yang boleh dibahagikan kepada dua paparan.

Menurut penganalisis, kebolehan Galaxy Note 10.1 bertujuan untuk menarik minat pelanggan terdiri daripada ahli perniagaan dan golongan akademik.

Ia merupakan satu strategi yang berkesan daripada bersaing secara langsung dengan iPad yang telah menguasai kira-kira 70 peratus pasaran tablet seluruh dunia.

Samsung mengeluarkan kira-kira enam komputer tablet Android bagi tempoh dua tahun lalu menerusi siri Galaxy Tab namun tidak satu pun daripadanya mampu meraih populariti setanding iPad.
Menurut penganalisis lagi, komputer tablet Android kurang berjaya kerana kekurangan aplikasi dan harga yang lebih tinggi.

Tetapi, menerusi Galaxy Note 10.1, syarikat Korea Selatan itu percaya mereka mempunyai produk yang akan menarik minat firma korporat dan sekolah berbanding iPad yang kaya dengan aplikasi dan paparan skrin yang lebih jelas. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Penjelasan Nasharudin Mengenai Pertemuan Dengan PM



Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

- Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah - UTUSAN


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, August 15, 2012

Jadual Perjalanan Plus untuk Raya 2012

JADUAL PERJALANAN PLUS HARI RAYA 2012 | JADUAL PERJALANAN HARI RAYA 2012 MELALUI LEBUH RAYA UTARA SELATAN (PLUS) 2012. 

Gunakan jadual ini dengan sebaiknya. Elakkan kesesakkan teruk di jalan raya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir & Batin



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Samsung buat Apple rugi


San Jose: Apple Inc mendakwa lebih suku daripada pendapatan jualan telefon pintar dan tablet Samsung Electronics bernilai AS$30.4 bilion (RM94.9 bilion) adalah dengan meniru produk iPhone serta iPad atau melanggar paten lain, kata pegawai pampasan syarikat itu.

Syarikat Lembah Silikon itu menuntut ganti rugi sehingga AS$2.75 bilion (RM8.6 bilion) daripada pesaingnya dari Korea itu, termasuk keuntungannya yang ‘hilang’ kepada gajet Samsung itu. 

Bagaimanapun, peguam Samsung mempertikaikan bukti Apple itu dengan menganggap ia tidak mencukupi untuk mendapat ganti rugi berkenaan. 

Syarikat Korea itu menjual kira-kira 87 juta peralatan mudah alih dari pertengahan 2010 hingga Mac lalu, demikian mengikut dokumen yang dikemukakan kepada juri.

Akauntan, Terry Musika, memetik rekod Samsung dan memberi kenyataan sebagai saksi kepada Apple, menganggarkan pendapatan sebanyak AS$8.16 bilion (RM25.4 bilion) daripada 22.7 juta unit yang dijual dalam tempoh dua tahun itu, adalah daripada barisan produk yang melanggar paten Apple seperti telefon pintar pertama Galaxy S pada Julai 2010.

Samsung lazimnya tidak mendedahkan jualannya di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu meraih sekitar 35.5 peratus margin keuntungan kasarnya daripada pendapatan berkenaan, iaitu antara Jun 2010 hingga Mac lalu, kata Musika. 

“Bukan saya yang duduk di atas meja dengan mesin kira,” kata Musika, yang juga bekas rakan perakaunan KPMG dan PriceWaterhouseCoopers kepada mahkamah.

“Terdapat ratusan juta pengiraan,” katanya sambil menambah ia menelan belanja lebih daripada AS$1.75 untuk menggaji sepasukan 20 pengaturcara, akauntan, ahli statistik dan ahli ekonomi untuk mengira ganti rugi jualan gajet itu. - REUTERS 


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Manchester United Beli Robin van Persie



Alex Ferguson telah mengadakan perbincangan sulit dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger dalam usahanya untuk melengkapkan perpindahan dramatik Robin van Persie ke Manchester United.

Arsenal dijangka menerima tawaran yang lebih baik selepas kedua-dua pengurus tersebut mengadakan pertemuan baru-baru ini.

Menurut sumber, perjanjian di antara United dan ketua pasukan Arsenal yang menjaringkan 30 gol musim lalu itu akan dimeterai sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris bermula.

Difahamkan Ferguson mengulangi pendiriannya bahawa pemain berusia 29 tahun itu hanya dibenarkan meninggalkan London sekiranya ada kelab yang sanggup membayar 30 juta pound (RM147 juta). 

Namun Gunners bersedia mendengar tawaran bernilai 20 juta pound (RM98 juta) bersama penambahan lain.

Campur tangan Ferguson sendiri dalam proses untuk mendapatkan Van Persie menunjukkan kesungguhan kelab itu untuk mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu.

Namun keengganan United memenuhi harga yang dituntut Arsenal, menyebabkan proses mendapatkan Van Persie mungkin mengalami masalah.

Biarpun bersedia mendengar tawaran RM98 juta, namun apa yang membuatkan Wenger berat hati adalah menjual pemain tersebut kepada lawan mereka dalam Liga Perdana.

Perpindahan mengejut ke Old Trafford dilihat satu-satunya pilihan yang ada buat Van Persie sekiranya dia mahu meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini selepas Manchester City dan Juventus sudah tidak lagi menunjukkan minat.

Selain Van Persie, Wenger juga terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan seorang lagi pemain bintangnya, Alex Song yang dikatakan menarik minat Barcelona.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu amat mengagumi pemain tengah Cameroon itu dan mengenal pasti Song sebagai sasaran yang berpotensi.

Ditanya mengenai minat yang diterima daripada Barcelona, Song berkata: "Tipu kalau saya kata tiada berminat dengan apa yang ditunjukkan Barcelona, tetapi saya pemain Arsenal dan saya gembira di sini.
"Barcelona pasukan terbaik di dunia dan spekulasi tidak akan berhenti selagi pasaran perpindahan pemain belum ditutup."

Isu Song merupakan satu lagi masalah yang perlu ditangani Wenger, yang berusaha membentuk pasukan untuk musim baru biarpun kelab London itu sudah meningkatkan keyakinan dengan mengikat Theo Walcott untuk menandatangani kontrak baru. - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Curi tv 42 inci sembunyi di celah paha



Seorang wanita ditangkap selepas berjalan keluar dari sebuah kedai bersama-sama televisyen 42 inci di celah paha.

Polis menangkap wanita itu yang ditemani teman lelakinya selepas dia berjalan terincut-incut ke pintu keluar kedai berkenaan di Oslo, ibu negara Norway, dengan skirtnya menutup barangan elektrik berharga RM15,000 itu. 

Wania itu berupaya membawa televisyen berkenaan dengan menyepitnya di celah paha ke perhentian bas berhampiran.

Bagaimanapun, seorang pekerja yang mengeyaski perbuatan wanita itu, menelefon polis yang menangkapnya di dalam bas.

Wanita terbabit dan teman lelakinya, warga Romania. Dia memberitahu polis dia mempunyai otot paha yang amat kuat.

“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk pencuri meletakkan barangan yang dicuri mereka di dalam skirt,” kata jurucakap polis di Oslo, Tor Grottom.

“Kami mula menyangka ia tidak mungkin dapat dilakukan tetapi kami mencubanya di balai polis, menggunakan khidmat seorang anggota wanita. Ia memang sukar tetapi masih boleh dilakukan,” katanya.

Kejadian berlaku Khamis lalu dan ramai penduduk Norway mengulas kejadian itu menerusi Internet berkata, mereka tidak boleh melakukan sedemikian.

Polis bagaimanapun berkata, setakat ini tidak ada kecurian seumpama itu dilaporkan.

Wanita terbabit yang digelar ‘Paha Petir’ oleh sebuah stesen radio Norway berusia 31 tahun dan masih ditahan untuk disoalsiasat berhubung kemungkinan terbabit dalam kes lain. - DM



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...