Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 17, 2012

2,500 permohonan tender nombor pendaftaran KDH



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menerima lebih 2,500 permohonan tender bagi nombor pendaftaran KDH selepas tarikh tutupnya, kelmarin.

Nombor plat siri KDH dianggap menarik dan istimewa kerana ia adalah singkatan nama kepada Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya menjangkakan ramai pemilik kenderaan berminat membuat bidaan terhadap nombor plat kenderaan bagi siri KDH 1 hingga KDH 9999.

Beliau berkata, keputusan mengenai pembida yang berjaya akan diketahui dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup.

“Bagi nombor bernilai utama, JPJ menetapkan syarat minimum bidaan ialah sebanyak RM10,000, manakala nombor menarik yang lain kadar minimum yang ditetapkan ialah RM2,000.

“Kita menjangka mencatat pendapatan memberangsangkan melalui tender nombor plat istimewa ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Ahmad Musadad berkata, sambutan menggalakkan itu berdasarkan banyak maklum balas dan pertanyaan diterima daripada mereka yang berminat bagi mendapatkan nombor plat siri KDH itu sejak beberapa minggu lalu, termasuk di kalangan ahli politik dan tokoh korporat.

Menurutnya, nilai nombor plat berkenaan menjadi tinggi apabila ramai pihak ingin memilikinya dan sanggup membelanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.
Berikutan itu, JPJ Kedah menjangkakan bidaan bagi nombor bernilai utama iaitu KDH 1 hingga KDH 10 akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Antara nombor plat mencatat bidaan tertinggi sebelum ini termasuk KCT 1 bernilai RM66,550 yang dimenangi suami penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000).


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...