Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, August 14, 2012

Rafael dikecam lepas Brazil Kalah



Sehari selepas Brazil tewas dalam aksi final bola sepak di tangan Mexico, pihak berkuasa bola sepak negara itu mengambil langkah luar biasa dengan menyatakan bahawa kekalahan itu berpunca daripada Rafael.

Hantaran lemah pemain pertahanan Manchester United itu membolehkan Mexico mendahului perlawanan selepas hanya 29 saat. Brazil bergelut untuk bangkit selepas terkejut dengan tamparan awal itu dan dikejutkan sekali lagi dengan gol kedua lawan pada minit ke-74.

Penyerang Porto, Hulk merapatkan jurang gol pada waktu kecederaan bagaimanapun tidak cukup buat Brazil yang pernah menjulang Piala Dunia sebanyak lima kali namun tidak pernah meraih emas di Olimpik.

Konfederasi Bola sepak Brazil, kelmarin mengkritik Rafael, 21 dalam laman web dengan berkata: “Pemain pertahanan kanan itu tahu dia melakukan kesalahan yang membolehkan Mexico menjaringkan gol pertama pada perlawanan akhir di Olimpik.

“Tiada apa yang boleh dinafikan. Dengan skil dan kesungguhan dimiliki pemain muda itu, dia tidak boleh melakukan kesilapan.

“Kesalahan perlu dibetulkan. Rafael tahu mengenainya. Selepas semua perkara ini reda, dia pasti akan melihat apa yang berlaku dan belajar daripada kesilapan. Akhirnya, seperti kata pepatah, manusia melakukan kesalahan dan kami belajar daripada kesilapan.” Kritikan pemimpin bola sepak negara itu berbeza dengan pemain dan jurulatih yang mempertahankan pemain muda itu dan berkongsi tanggungjawab berikutan kekalahan itu. - Reuters


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...