Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 3, 2012

Laluan Sukar Kelantan Kekal Piala Malaysia



Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut pada majlis undian yang berlangsung semalam.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut dibarisi pasukan jiran, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bekas juara, Kedah.

Lain-lain kumpulan menyaksikan LIONS XII, PKNS FC, Johor FC dan Johor diundi dalam Kumpulan A, manakala penyandang juara, Negeri Sembilan bakal berhadapan Perak, Felda United dan Sime Darby dalam Kumpulan C.

Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor pula berada dalam Kumpulan D bersama T-Team, Sarawak serta naib juara Liga Perdana yang akan beraksi semula ke Liga Super musim depan, Pahang.

Menurut pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, walaupun pasukannya merupakan juara Liga Super dan Piala FA tetapi saingan dalam Piala Malaysia tidak boleh diambil mudah tambahan lagi diundi dalam kumpulan yang sangat sukar.

"Apabila kita memasuki saingan Piala Malaysia, kekuatan semua pasukan adalah sama jadi kita seperti bertemu pasukan baru walaupun pernah bertemu dalam Liga Super mahupun Piala FA," katanya.

Terengganu, naib juara musim lalu dianggap pencabar terbesar Kelantan, bukan saja kerana status tradisinya tetapi mereka kini dibimbing bekas pengendali The Red Warriors, Peter Butler.

ATM pula bukan sahaja akan memberi kesukaran kerana baru bergelar juara Liga Perdana tetapi dibarisi dilatih oleh seorang lagi jurulatih yang pernah melatih Kelantan, B. Sathianathan.

Sementara itu pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, undian kali ini lebih terbuka kecuali Kumpulan B yang dilihat sebagai kumpulan maut.

"Sifat ini ambil mudah perlu dikikis, jangan pandang mudah lawan yang dihadapi walaupun Selangor diundi bersama pasukan Liga Perdana, Pahang serta T-Team dan Sarawak," katanya.

Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 24 Ogos ini dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Saingan akhir pula akan berlangsung pada 20 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...