Orang ramai berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada Ahad ini bermula dari pukul 2.20 pagi hingga 3.20 pagi.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), seluruh Malaysia akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan lebih kurang satu jam dengan waktu sedikit berbeza (bergantung pada lokasi).
Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang menyaksikan keseluruhan proses fenomena manakala di Semenanjung dapat menyaksikan proses akhir fenomena itu sahaja.
Kata ANGKASA dalam kenyataan itu lagi, fenomena itu hanya dengan menggunakanmata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.
Kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada 23 Februari 2009.
Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena itu, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa www.astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303/4301. - BERNAMA
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment