Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, August 12, 2012

Brazil kalah kepada Mexico 1-2


Mexico mengejutkan juara dunia lima kali Brazil apabila memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik London dalam sukan bola sepak dengan keputusan 2-1 ketika perlawanan akhir, semalam.

Dua gol Mexico diraih melalui Oribe Peralta manakala satu gol Brazil hadir menerusi penyerang Hulk.

Pada perlawanan akhir tersebut, Mexico terlebih dahulu memperoleh jaringan seawal minit pertama hasil rembatan jarak jauh Peralta di luar kotak penalti sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-75.

Manakala gol tunggal Brazil yang dijaringkan oleh Hulk hanya mampu diperolehi pada masa kecederaan.
Kekalahan Brazil itu menyebabkan mereka sekali lagi terpaksa menanti emas pertama bola sepak selepas sekadar berupaya melangkah ke saingan akhir. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...