Berikutan itu, mereka memperkenalkan tujuh model baru iaitu satu model untuk siri EcoNavi, lima model siri Inventer dengan penyejuk beku bahagian atas dan satu model siri Inventer dengan penyejuk beku bahagian bawah dengan kapasiti bersih antara 234 liter hingga 400 liter.
Peti sejuk: penyejuk beku bahagian bawah siri EcoNavi/Inverter
EcoNavi mengesan dan menyekat penyejukan berlebihan secara automatik untuk penjimatan tenaga maksimum dengan penggunaan sensor pintu dan sensor pencahayaan untuk mengesan corak gaya hidup sesebuah keluarga.
Ia kemudian belajar dan meramal bila pintu peti sejuk kerap dibuka dan juga mengesan tahap kecerahan bilik, membolehkan peti sejuk beroperasi pada kuasa optimum dengan menyesuaikan penggunaan tenaga dengan corak gaya hidup keluarga itu.
Teknologi Inverter Pintar pula menggunakan tujuh tetapan kuasa untuk memadankan suhu di dalam peti sejuk dengan jumlah makanan yang disimpan.
Operasi kuasa penuh dipilih apabila pintu peti sejuk sering dibuka dan ditutup manakala operasi kuasa minimum dipilih apabila ia jarang dibuka dan ditutup untuk mengurangkan penggunaan elektrik secara dramatik.
Dengan lebih ramai pengguna mengambil berat mengenai gaya hidup sihat, model baru ini dilengkapi dengan penapis Ag untuk menjamin kebersihan, di mana hawa sejuk ditapis untuk memastikan peti sejuk kekal bersih manakala sistem penyejukan tidak langsung membantu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran selama sekurang-kurangnya seminggu.
Penyejuk beku jenis laci menawarkan akses yang lancar dan mudah menjadikannya lebih senang untuk menyusun barangan bersaiz besar.
Untuk pencahayaan tambahan, lampu LED tanpa penyelenggaraan dipasang di dalam peti sejuk untk memudahkan pengguna melihat makanan.
Peti sejuk: siri penyejuk beku bahagian atas
Model ini diiktiraf sebagai model yang mempunyai prestasi penjimatan tenaga yang tinggi di serata dunia dengan penarafan lima bintang di Malaysia.
Semua model baru dilengkapi dengan kompresor berkecekapan tinggi, kipas elektrik dan dinding penyejuk beku yang lebih tebal dan ini menyumbang kepada kecekapan penjimatan tenaga.
Model baru ini dilengkapi dengan penyejuk beku dan ruang simpanan sayur-sayuran yang lebih besar dan ciri ini pasti menarik perhatian dan dicari kebanyakan suri rumah.
Ini akan mengurangkan kekerapan membeli-belah kerana pembelian boleh dilakukan secara pukal kerana lebih mudah untuk menyimpan bahan makanan dengan ruang simpanan makanan luas.
Semua model baru juga mempunyai rekabentuk bergaya dan didatangkan dalam warna perak dan keemasan yang melengkapi dan kelihatan hebat dalam semua dapur.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment