Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Saturday, August 4, 2012

Olimpik - Koo/Tan Tewas Kepada Beregu China




Pasangan beregu harapan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas kepada regu handalan China, Cai Fun/ Fu Hai Feng dengan straight game.
Beregu nombor 8 dunia itu tewas, 21-,9, 21- 19 dalam tempoh 35 minit di Wembley Arena pada Sabtu.
Kegagalan beregu negara itu menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia.
Mereka bakal bertemu dengan pasangan yang kalah dalam satu lagi saingan separuh akhir dalam saingan pingat gangsa esok.
Sementara itu, regu China, Cai Fun/Fu Hai Feng yang telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir beregu esok bakal bertemu sama ada Lee Yong Dae/ Chung Jae Sung dari Korea atau pasangan Denmark, Mathias/Carsten Mogensen yang sedang bertarung dalam satu lagi saingan separuh akhir.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...