Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, August 11, 2012

Boboiboy Jadi Maskot Kempen Hari Raya



TV3 memperkenalkan karakter animasi adiwira tempatan Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Aidilfitri tahun ini yang bertemakan Terbaik Raya.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, karakter animasi itu menjadi pilihan kerana popularitinya di kalangan penonton cilik pada hari ini.
“Sebagai kelainan bagi tahun ini, kita memperkenalkan karakter animasi Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Hari Raya di TV3 yang bertemakan Terbaik Raya.
“Boboiboy menjadi pilihan kerana ia popular dan menjadi ikon seisi keluarga. Sambutannya juga hebat apabila siri animasi itu mendapat kadar tontonan tertinggi di kalangan penonton berbilang kaum,” katanya pada pelancaran kempen Terbaik Raya TV3 di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis lalu.
Sherina berkata, karakter Boboiboy itu turut digunakan bagi tujuan pesanan khidmat masyarakat (PSA) berhubung keselamatan jalan raya dan peringatan kepada masyarakat mengenai pemanduan.
“Selain pengenalan Boboiboy sebagai maskot dan PSA bagi Syawal ini, kami juga menawarkan siaran “streaming” secara langsung dengan percuma kepada penonton untuk 7 hari bermula 18 hingga 24 Ogos ini.
“Penonton berpeluang menonton pelbagai program menarik Hari Raya ini di mana saja dan pada bila-bila menerusi telefon pintar, tablet dan komputer,” katanya.
Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Ia turut dimeriahkan barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Tamimi Siregar, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad, Azma Aizal Yusoof, Sharifah Amani, Syafie Naswip, Taiyuddin Bakar, Normah Damanhuri dan Nor Albaniah.
Artis-artis yang menjayakan Bazar Terbaik Raya pada 9 dan 10 Ogos adalah Tasha Shilla, Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Karl Shafek, Nadia Mustafar, Fizo Omar, Shera Aiyob dan Danny (X-Factor).
Majlis sama turut meraikan 43 anak yatim dari Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong yang berumur 5 hingga 17 tahun.
Layari www.tv3.com.my/live atau tonton.com.my untuk menonton program-program menarik sempena Syawal ini.
Berikut adalah sebahagian program istimewa yang akan disiarkan di TV3:
Filem Terbaik
Mael Lambong, Jangan Pandang-pandang, RA One, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Hikayat Merong Mahawangsa, Apa Celop Raya dan Vanila Coklat Raya, minggu pertama Hari Raya, setiap pukul 9 malam
Hiburan Terbaik
Sampaikan Raya 2012, malam Raya, 11 malam
Melodi Raya, raya pertama & Kelapan, 12.30 t/ hari
Dialah Juara, raya pertama, 6 petang
Ziana, Amy & Erra, raya pertama, 11 malam
Bola Pun Raya, raya kedua, 11 malam
Irama, raya ketiga, 6 petang
Mentor Raya, raya kelapan, 9 malam
Dramedi/ Variasi Terbaik
Sebelum Raya, petang raya, 6 petang
Dua Dalam Satu, raya pertama, 11.30 pagi
48 Jam, raya kedua, 6 petang
Buletin Cinta, raya keenam, 9 malam
Telefilem Terbaik
From London with Almond, raya pertama, 4 petang
Nur Ramadan, raya kedua, 9.30 pagi
Muat Tak Muat, raya kedua, 4 petang
Fatihah Untuk Abah, raya ketiga, 9.30 pagi
Takbir Along Untuk Angah, raya ketiga, 4 petang
Di Bawah Langitmu, raya keempat, 4 petang
Sabar Tak Sabar, raya kelima, 4 petang
Perempuan Tanpa Rahim, raya ketujuh, 4 petang
Lepas Raya Harap Balas, raya ketujuh, 10 malam
Pelita Buluh Tok Wan, raya kelapan, 5 petang


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...