Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 17, 2012

England kalahkan Itali 2-1



Jaringan antarabangsa pertama Phil Jagielka dan gol lewat minit Jermain Defoe membantu England mencatat kemenangan pertama ke atas Itali dalam tempoh 15 tahun selepas menundukkan naib juara Eropah itu 2-1 dalam aksi persahabatan, semalam.

Kemenangan ini menebus kekalahan skuad Three Lions ke atas Itali menerusi penentuan sepakan penalti pada suku akhir, Jun lalu.

Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, juara dunia dan Eropah, Sepanyol turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Puerto Rico.

Dalam saingan di Bern, jaringan cantik Jermain Defoe, 10 minit sebelum tamat perlawanan menggembirakan anak-anak buah Roy Hodgson kerana ia adalah kemenangan pertama mereka ke atas skuad Azzurri sejak menang 2-0 pada 1997.

Biarpun dianggap menebus kekalahan pada suku akhir Euro, namun bagi Hodgson kemenangan ini tetap tidak mampu menebus kekecewaan tersebut.

Semalam, England terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 selepas Daniele De Rossi menanduk bola untuk meletakkan Itali di depan pada minit ke-15, sebelum Jagielka menyamakan kedudukan 12 minit kemudian dengan satu lagi tandukan.

Ketika perlawanan tampak akan berkesudahan seri, Defoe menyudahkan satu serangan balas yang diketuai pemain gantian, James Milner sebelum merembat sejauh 20 ela menuju sudut kiri atas menewaskan penjaga gol, Salvatore Sirigu.

"Ia jaringan yang cantik dan cara hebat untuk memenangi perlawanan,'' ujar Hodgson.

Di Bayamon, Santi Cazorla dan Cesc Fabregas menjaringkan gol pada babak pertama untuk membantu kemenangan Sepanyol, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 12 perlawanan berturut-turut.
Ia adalah perlawanan pertama Sepanyol sejak memenangi kejuaraan Eropah kedua berturut-turut, bulan lalu. Cazorla menjaringkan gol pada minit ke-42 dan Fabregas menambah gol kedua di minit ke-45 menerusi voli rendah.

Marc Cintron menghadiahkan gol saguhati Puerto Rico pada babak kedua.

Dalam perlawanan di Stockholm, Brazil menang selesa 3-0 ke atas Sweden di Stadium Rasunda, venue perlawanan akhir Piala Dunia 1958 yang menyaksikan mereka mengalahkan tuan rumah 5-2.
Pemenang Kasut Emas Sukan Olmpik, Leandro Damiao menjaringkan gol pembukaan, manakala pemain gantian, Alexandre Pato menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-84 dan 87 untuk menjamin kemenangan. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...