Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, April 30, 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton

Putera William dan Kate Middleton sah menjadi pasangan suami isteri melalui upacara perkahwinan di Wetminster Abbey, Jumaat semalam.

Pasangan diraja itu telah diraikan dengan acara yang penuh protokol dan dihadiri golongan bangsawan, diplomat dan para selebriti.

Kate hadir di Westminster Abbey dengan gaun rekaan Sarah Burton dari kediaman Alexander McQueen menyusuri jalan sementara Putera William yang menunggunya altar.

Selesai upacara tersebut, Kate dan William kelihatan ceria selepas masing-masing menyarungkan cincin di jari manis.

Selepas rasminya perkahwinan antara William dan Kate ini, Kate kini dikenali sebagai Duchess of Cambridge.

Gambar perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton...




~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: gambar perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton, pernikahan Putera William Dan Kate Middleton, majlis perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton, Putera William Dan Kate Middleton berkahwin, pertunangan Putera William Dan Kate Middleton, Royal wedding Putera William Dan Kate Middleton, wedding of the year Putera William Dan Kate Middleton, video Putera William Dan Kate Middleton, youtube wedding Putera William Dan Kate Middleton, perkahwinan diraja Putera William Dan Kate Middleton, Putera William wedding, Kate Middleton wedding,

Friday, April 29, 2011

Balik Kampung lagi minggu ni

Cuti panjang 3 hari ni boleh balik kampung sambil ada kenduri kawin member yang nk kene pergi...

Sambil tu dapat rehat rehat-rehatkan minda dan fikiran di kampung...

Mimi @ Kampung

Family

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Wednesday, April 27, 2011

Bila Ringgit Malaysia Bawah RM3

13 tahun tu....


Nilai ringgit berada di tahap paling tinggi dalam tempoh 13 tahun, hari ini di bawah RM3 atau lebih tepat RM2.99 bagi setiap AS$.

Ini membolehkan masyarakat negara ini membeli barangan siap import dengan harga lebih murah seperti barangan kosmetik, pakaian, perabut, kasut sehinggalah kabinet dapur dan sebagainya.

Pada masa yang sama, kos untuk membeli bahan mentah dari luar negara menjadi bertambah kecil, justeru, kos pengeluaran akan menjadi berkurangan dan pihak pengilang mampu mengekalkan harga yang kompetitif untuk produk tempatan tanpa perlu mengurangkan margin keuntungan.

Dari segi lain pula, pengukuhan nilai ringgit berbanding AS$ akan menguntungkan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara dengan kemampuan lebih besar untuk menaikkan elaun bulanan agar anak-anak tidak perlu mengikat perut dan membeli lebih banyak buku pembelajaran.

Misalnya, jika dahulu ibu bapa terpaksa membayar RM1,900 untuk mendapatkan AS$500 untuk perbelanjaan sebulan anak mereka yang belajar di luar negara, kini perbelanjaan tersebut boleh ditampung hanya dengan RM1,497 sahaja, kurang RM400 berbanding sebelum ini.

Bagi mereka yang suka melancong ke luar negara pula, pengukuhan nilai ringgit pastinya akan membuatkan mereka tersenyum lebih lebar apabila lebih banyak wang mampu dibelanjakan ketika melancong sama ada penginapan lebih baik atau pembelian buah tangan lebih banyak dan lebih berkualiti.

Walau bagaimanapun, pengukuhan ringgit mungkin ‘merisaukan’ para pengeksport dan pengilangan yang berorientasikan pasaran luar negara kerana barangan dari Malaysia menjadi lebih mahal berbanding sebelum ini, justeru, berpotensi menjejaskan jualan.

Mereka ini mungkin perlu untuk mempertingkatkan daya produktiviti dan kecekapan pengeluaran terutama dari segi kos dalam usaha untuk mengekalkan tahap daya saing dengan produk-produk dalam segmen yang sama dari negara lain.

Dengan pengukuhan ringgit juga, lebih banyak dana asing akan bergerak ke Malaysia kerana ringgit menjadi lebih murah untuk berbanding sebelum ini.

Bagi sektor korporat pula, pengukuhan ringgit melegakan syarikat-syarikat yang mempunyai denominasi hutang yang besar dalam AS$ serta membeli bahan mentah import seperti Tenaga Nasional Bhd selain firma seperti MRCB yang terlibat dalam pembekalan ruang pejabat secara besar-besaran.

Di samping itu, kenaikan nilai ringgit ini tentunya menguntungkan firma penyiaran seperti Astro All Asia Networks dan Media Prima Bhd. kerana mereka mampu membeli program-program televisyen buatan luar negara pada harga lebih murah.

Ringgit pernah berada di paras RM2.50 setiap AS$ sebelum berlakunya krisis kewangan Asian tahun 1997.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

TLDM berusia 77 Tahun


Berbekalkan semangat ketenteraan, ketaatan kepada negara serta keberanian yang tidak terhingga, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia 77 tahun, semakin giat mengukuhkan struktur angkatannya dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan maksimum samudera negara.

Melakar nama sebagai satu daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), TLDM berjaya menampilkan diri sebagai sebuah ketumbukan yang berwibawa, utuh dan siap siaga dalam menempuhi segala cabaran demi menabur khidmat bakti kepada rakyat dan negara.

Misalnya, kejayaan penugasan kapal auxiliary Bunga Mas 5 di perairan paling berbahaya di Teluk Aden, Somalia, berjaya membuka mata dunia sekaligus menjadi antara peristiwa paling bersejarah yang tercatat dalam rekod pertahanan negara.

Tanggal 20 Jan lalu itu merupakan detik paling membanggakan apabila pasukan Ops Fajar 8 berjaya merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun manakala tujuh lanun bersenjata api berjaya ditumpaskan dan ditangkap oleh Pasukan Perlindungan Khas (PPK) selepas berbalas tembakan dari laut dan udara.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kejayaan itu sekaligus mengangkat martabat ATM khususnya TLDM ke tahap yang lebih tinggi di persada maritim antarabangsa sebagai pasukan tentera laut yang setanding kehebatannya dengan negara lain.

Katanya, kecemerlangan pasukan itu telah turut membuktikan keupayaan dan kemampuan TLDM dalam mengoperasikan asetnya secara berterusan di perairan negara asing yang jaraknya beribu batu dari tanah air dengan jayanya.

“Ops Fajar telah memasuki kali kesembilan dan sepanjang operasi ini dijalankan tiada satu pun kapal dagang milik MISC atau berkepentingan negara yang lain ditawan lanun bersenjata tersebut.

“Malah kehadiran Ops Fajar juga telah menggagalkan dua cubaan serangan lanun ke atas kapal dagang milik negara asing iaitu China, MV Zhenhua 4 pada 17 Dis 2008 dan kapal dagang India, MT Abdul Kalam Azad pada 1 Jan 2009,” katanya kepada Bernama dalam temubual khas di pejabatnya di sini.

Abdul Aziz berkata kesinambungan kejayaan yang lebih cemerlang mungkin akan dapat direalisasikan dengan cadangan penambahan sebuah lagi kapal pengiring yang dijangka akan diperolehi pada September hadapan sekiranya penugasan tersebut diluluskan MISC Berhad.

Ketika ini, katanya, dengan hanya satu kapal beroperasi, tugas untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia melalui Teluk Aden agak sukar dan mengambil masa yang lama berikutan jumlah kapal yang terlalu banyak untuk diiring.

“Dua mesyuarat dengan pihak MISC Berhad telah dijalankan dengan lancar termasuk berbincang bagi menentukan konsep, bentuk dan ciri-ciri kapal kedua itu. Pada 5 Mei depan perkembangan dan status terkini mengenai cadangan tersebut akan diperbincangkan lebih mendalam lagi.

“Jika direalisasi, kapal kedua akan beroperasi secara ‘independent’ iaitu satu kapal melaksanakan pengiringan dari Barat ke Timur dan satu lagi Timur ke Barat. Ini akan melancarkan pengoperasian dan pergerakan kapal-kapal dagang Malaysia sekaligus memberi pulangan kewangan yang tinggi kepada syarikat MISC,” katanya.

Katanya, kapal auxiliary Bunga Mas 5 telah melakarkan sejarah yang tersendiri apabila merupakan satu-satunya kapal auxiliary yang pertama di dalam dunia yang digunakan dalam membanteras lanun di Teluk Aden.

Ops Fajar dilancarkan ekoran insiden rampasan dua buah kapal milik MISC iaitu Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 di perairan itu pada Julai 2008 sebelum Bunga Mas 5 yang sebelum itu merupakan kapal dagang milik MISC Berhad diubah suai menjadi kapal auxiliary TLDM.

Ia dilaksanakan bertujuan untuk mengiringi dan melindungi keselamatan kapal-kapal dagang berkepentingan negara dari ancaman lanun di perairan Teluk Aden serta perairan berdekatan.

Pasukan Khas Laut (PASKAL) atau dikenali sebagai KD Panglima Hitam merupakan tulang belakang kejayaan Ops Fajar di mana turut dibantu oleh cabang perkhidmatan yang lain iaitu Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat, Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta krew MISC Berhad yang diserapkan ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).


Abdul Aziz berkata TLDM juga akan memperkemaskan sistem pertahanannya melalui perancangan pembelian peralatan dan aset pertahanan yang terkini serta termoden termasuk penggantian aset-aset yang dijangka akan dilupuskan dari perkhidmatan selaras dengan hasrat menjadi organisasi yang lebih cekap serta siap siaga.

Beliau berkata antara inventori yang dirancang untuk diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan datang termasuklah pembelian enam buah helikopter antikapal selam, kapal bantuan pelbagai guna (MSS) dan kapal bantuan bencana bagi meningkatkan pertahanan maritim negara

Bagi tujuan latihan dan juga rondaan, TLDM turut bersetuju membeli dua buah kapal dari syarikat pembinaan kapal tempatan, NGV Tech Sdn Bhd dan ia akan dibina di limbungan kapal NGV Tech di Kampung Sinjangkang, Teluk Panglima Garang yang perolehannya dijangka dalam tempoh dua tahun lagi.

“Ia hanya kapal rondaan biasa tetapi canggih dan akan dilengkapkan dengan beberapa alat persenjataan yang akan digunakan sebagai objek latihan dan warga TLDM akan dilatih terlebih dahulu untuk mengendalikan kapal tersebut,” katanya.

Beliau menafikan bahawa khidmat kapal frigat KD Hang Tuah yang digunakan Malaysia sejak 1977 akan ditamatkan dengan pembelian kapal baru terbabit sebaliknya operasi kapal latihan tersebut akan diteruskan untuk melatih pegawai kadet tentera laut memandangkan ia masih mampu digunakan.

Beliau berkata kesiapsiagaan tentera laut amatlah penting dalam dimensi pertahanan negara kerana dunia kini bukan sahaja berhadapan dengan peperangan konvensional malahan turut berdepan dengan pelbagai ancaman jenayah yang semakin kompleks.

Katanya, ini adalah searus dengan ledakan teknologi maklumat masa kini, peralatan dan persenjataan di samping perubahan dalam sistem geopolitik dunia yang memaksa semua pihak membuat perubahan doktrin dan strategi untuk menghadapi ancaman serta perubahan yang lebih mencabar.

TLDM, meskipun ada pihak mempertikai mengenai pembelian aset pertahanan mereka termasuk tuduhan kapal selam tidak beroperasi dengan baik dan pembelian aset-aset pertahanan yang dikatakan pembaziran seperti pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dikatakan mahal, itu semua langsung tidak mematahkan semangat angkatan itu.

Abdul Aziz berkata kedua-dua buah kapal selam milik negara itu telah berjaya menganjak TLDM dari angkatan laut persisir pantai kepada angkatan laut yang lebih hebat dengan keupayaan tiga dimensi peperangan setanding negara maju.

Katanya, hingga kini, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang tiba di perairan Malaysia pada Sept 2009 serta KD Tun Abdul Razak yang tiba pada Julai 2010, berada dalam keadaan baik dan beroperasi pada tahap optimum.

“Keupayaan kedua-dua kapal selam itu berada pada tahap kesiagaan yang tinggi dan beroperasi dengan baik. Memiliki kapal selam di lautan terbuka merupakan pengawasan hebat buat negara kita,” katanya.

Mengenai sambutan ulang tahun TLDM esok, beliau berkata sambutan yang bertemakan “Warga Didahulukan, Kesiapsiagaan Diutamakan” akan disambut secara sederhana tetapi meriah.

Ulang tahun ke-77 TLDM akan disambut di Lumut dan antara acara yang dirancang ialah Istiadat Mengarak Panji-Panji Rejimen yang akan dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TLDM.

TLDM dilihat semakin matang dalam usaha mengukuhkan struktur angkatan dan armadanya dalam menjamin keselamatan meskipun tanggungjawab yang digalas cukup berat dan tidak dinafikan ia mempunyai sejarah perkhidmatan yang membanggakan sepanjang 77 tahun kewujudannya.

Justeru, amat wajar sekali TLDM dikalungkan dengan ucapan tahniah dan syabas kerana telah melangkah gagah dengan yakin dalam menjadi sebuah angkatan yang berkeupayaan untuk mendominasi keseluruhan spektrum operasi ketenteraan serta menjadi angkatan tentera yang versatil di abad ini. – BERNAMA

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Persona Sememangnya Lebih Sempurna


Proton Edar Sdn. Bhd. hari ini melancarkan kempen `Persona, Sememangnya Lebih Sempurna’ sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat Malaysia dan meningatkan keyakinan masyarakat melalui Persona yang merupakan kereta sedan terlarisnya.

Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, Proton Persona menempa kejayaan sebagai salah satu model sedan yang mencatat prestasi paling cemerlang dalam pasaran hari ini.

“Melalui Persona kami bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan kenderaan berkualiti yang memberi lebih keyakinan kepada pemandu, malah kami turut menyumbang kepada keperluan gaya hidup mereka.

“Kempen `Sememangnya Lebih Sempurna’ bertujuan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia khususnya dalam memilih kereta yang sesuai untuk keperluan mereka,” katanya dalam pelancaran kempen berkenaan di sini hari ini.

Kempen berkenaan menampilkan tiga personaliti iaitu DJ Lin dari Suria FM, Aanantha dari THR Raaga serta Jack Lim dari MY FM sebagai Duta Persona. Ketiga-tiga duta Persona berkenaan akan berperanan sebagai mentor dan berkongsi pengalaman hidup melalui program masing-masing.

Sebagai ibu tunggal, DJ Lin akan mengendalikan program bertujuan membantu ibu tunggal menghadapi cabaran. Jack akan mengendalikan program meningkatkan semangat dan sikap tidak menyerah kalah di kalangan belia dalam mencapai impian hidup masing-masing. Sementara Aanantha akan mengendalikan program kelas nyanyian, lakonan dan tarian di kalangan kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan cara bagaimana untuk menyertainya boleh didapati di www.protonpersona.com.my








~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: Proton Persona, gambar Proton Persona, kempen Proton Persona, video Proton Persona, youtube Proton Persona, model terbaru Proton Persona, review Proton Persona, aksi Proton Persona, Proton Persona mantap, foto Proton Persona

Toyota Prius MPV


Toyota has not revealed any new details but previous reports state the Prius MPV will have 50 percent more cargo space and anew entertainment system for the whole family. Power will likely be provided by a 1.8-liter petrol engine and an electric motor. This should give the car a combined output of 134 hp (100 kW / 136 PS)

.


~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: Toyota Prius MPV price, Toyota Prius MPV review, ulasan Toyota Prius MPV, Toyota Prius MPV menang anugerah, review Toyota Prius MPV, Toyota Prius MPV dalam pasaran, gambar Toyota Prius MPV, video Toyota Prius MPV

Saturday, April 23, 2011

Muka Legend tapi Hati Kiut

Itulah dia JAMBU dalam Maharaja lawak.. lawak diorg memang kelakar abes... Aku rasa diorg ni mempunyai peluang yang cerah untuk bergelar juara Maharaja Lawak.

Tapi saingan juga turut diberikan daripada Nabil dan JOZAN. Lawak diorang pun memang kelakar juga.. kita tunggu dan tengok siapa nanti yang bergelar juara Maharaja Lawak musim ini..

Aku pun jambu gak.. haha jambul...













~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: juara maharaja lawak, pemenang maharaja lawak, video maharaja lawak, youtube maharaja lawak, gosip maharaja lawak, gambar pemenang maharaja lawak, undi terkini maharaja lawak, status terkini maharaja lawak, jambu maharaja lawak, jozan maharaja lawak, nabil maharaja lawak, siapa juara maharaja lawak?, maharaja lawak lawak terbaik

Friday, April 15, 2011

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10


Malam ini adalah malam terakhir kempen untuk Pilihan raya negeri Sarawak..

Esok 16 April, Rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk menentukan siapakan pemerintah pilihan rakyat Sarawak. Sama ada dari Parti BN ataupun pihak Pembangkang. Pilihan raya kali ini tidak memberi laluan mudah kepada BN. Pasti pertandingan kali ini sangat panas dan sengit...

Sama-sama kita nantikan keputusannya...

Keputusan Rasmi Pilihanraya Sarawak:

keputusan tidak rasmi BN dijangka menang 51 kerusi DUN. PAS kalah semua di 5 tempat bertanding.

Kedudukan semasa keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 32 daripada 40 kerusi yang sudah selesai dijumlahkan setakat ini.

Daripada jumlah itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang di dua kerusi manakala DAP setakat ini memperoleh lima kerusi.


Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10:

BN: 55
DAP: 12
PKR: 3
Independent: 1





~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, parti Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, calon Pilihan Raya Negeri Sarawak, pemenang Pilihan Raya Negeri Sarawak, kerajaan baru Pilihan Raya Negeri Sarawak, BN di Pilihan Raya Negeri Sarawak, PR di Pilihan Raya Negeri Sarawak, ceramah Pilihan Raya Negeri Sarawak, SPR di Pilihan Raya Negeri Sarawak, adegan panas Pilihan Raya Negeri Sarawak, suasana Pilihan Raya Negeri Sarawak, gambar sekitar Pilihan Raya Negeri Sarawak

Thursday, April 14, 2011

3 Juta Kenderaan Di Kuala Lumpur

OOooii banyaknya kenderaan kat KL ni.. patutla jem selalu..gi balik keje mesti jem.. So minta kerajaan buat sesuatu laa.. penatlaa hari2 jem pi kerja.. huhu.. Saman pun nanti banyak.. saman DBKL, tu belum polis lagi.. yela mesti parking tak cukup.. :)


PERCAYA atau tidak, pada masa ini dianggarkan sebanyak tiga juta kenderaan yang melalui Kuala Lumpur pada setiap hari.

Hakikatnya, begitulah senario yang berlaku di ibu negara sekali gus dilihat sebagai antara penyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup berhubung kajian berkaitan dengan pergerakan keluar masuk kenderaan termasuk kenderaan sedia ada di ibu negara.

“Berdasarkan kajian juga adalah didapati nisbah pengguna pengangkutan awam kurang daripada 30 peratus berbanding lebih 70 peratus pengguna kenderaan persendirian.

“Nisbah itu bukan sahaja mewujudkan kesesakan lalu lintas tetapi turut menyebabkan kemudahan letak kereta tidak mencukupi,”

Berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), seramai 600,000 orang disasarkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir tahun 2012.

Salleh bagaimanapun berkata, bilangan kenderaan terus meningkat kerana jumlah purata pendaftaran kenderaan baru di Kuala Lumpur menjangkau 1,000 buah sehari.

“Oleh itu, jumlah kenderaan akan terus berkembang pesat pada masa akan datang dan ini ternyata memberi kesan serius kepada kemudahan parkir kenderaan.

“Memang tak cukup tapi kita akan buat sesuatu. Kita mahu perkara ini selesai supaya mereka yang ke Kuala Lumpur mempunyai tempat untuk meletak kereta,” katanya.

Pada masa ini, satu cara yang mampu menyelesaikan masalah tersebut ialah peralihan pengguna kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Selain itu, DBKL merancang untuk mewujudkan kemudahan parkir bertingkat selain kemudahan ‘park and ride’ berhampiran laluan pengangkutan awam utama.

Menurut Salleh, matlamat DBKL adalah mengimbangkan antara penyediaan kemudahan parkir awam dan keperluan pengguna kenderaan bagi tujuan itu.

“Jika lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam ke Kuala Lumpur diharapkan penggunaan itu meningkat dari kurang 30 peratus kepada 70 peratus.

“Apabila peningkatan tersebut dapat dicapai maka tidak perlu mewujudkan lebih banyak kawasan parkir di ibu negara secara besar-besaran,” katanya.

Beliau menambah, isu kemudahan parkir yang tidak mencukupi menjejaskan imej Kuala Lumpur dan keseimbangannya mempunyai kaitan dengan perancangan bandar.

“Justeru, DBKL mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang selesa dan terancang serta lengkap dengan kemudahan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Pada masa ini, DBKL menyediakan lebih 30,000 petak parkir di tepi jalan manakala 5,300 petak parkir terkawal melibatkan 29 tapak bagi kemudahan orang awam.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Penggunaan Internet Di Malaysia Naik Kepada 41 Peratus

Banyak meningkat tu dari tahun lepas.. Tapi jangan asik main facebook saja sudahlah.. haha...


Penggunaan Internet di Malaysia meningkat kepada 41 peratus pada 2010 daripada 25 peratus pada tahun sebelumnya, demikian menurut hasil kajian Nielsen Mobile Insight Malaysia 2010 yang dikendalikan oleh The Nielsen Co (M) Sdn Bhd.

Pengarah perkhidmatan pelanggan dan capaian pelanggannya Luca Griseri berkata penggunaan Internet tertinggi dicatatkan di kalangan kumpulan muda yang berumur antara 20-24 tahun dengan enam daripada 10 merupakan pengguna Internet.

"Kumpulan ini membesar dengan Internet dan menghabiskan masa pada purata 22.3 jam dalam talian seminggu," kata beliau pada taklimat media di sini Rabu.

Griseri berkata tujuh daripada 10 (72 peratus) pelanggan berkata, liputan yang lebih baik merupakan faktor utama dalam menentukan kepuasan keseluruhan penyedia perkhidmatan Internet (ISP), diikuti dengan kelajuan yang lebih baik (54 peratus), perkhidmatan kualiti lebih baik (40 peratus) dan kadar yang lebih baik (39 peratus).

Hasil kajian itu juga mendapati mobiliti merupakan pertimbangan utama untuk langganan kepada jalur lebar mudah alih di mana bahagian pasaran bagi saluran ini bagi penyambungan Internet berganda daripada 20 peratus pada 2009 kepada 54 peratus pada 2010, katanya.

Beliau berkata jalur lebar tetap bagaimana susut kepada 42 peratus daripada 65 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi sistem dial hampir ketinggalan dengan hanya peratus pelanggan berbanding 13 peratus pada 2009.

Griseri berkata jalur lebar mudah alih mendapat lebih bahagian pasaran, komputer riba dan netbook merupakan peranti yang paling kerap digunakan untuk mengakses Internet (55 peratus), diikuti desktop (34 peratus) manakala telefon mudah alih (11 peratus).

Kajian Nielsen itu dikendalikan antara Oktober dan Disember tahun lepas dan meninjau hampir 4,000 pengguna di seluruh negara mengenai penggunaan telefon mudah alih dan Internet. - BERNAMA

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Datuk Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara


Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, yang baru, menggantikan Datuk Hussin Ismail yang bersara.

Khalid, 54, yang juga bekas Ketua Polis Selangor memegang jawatan itu berkuat kuasa serta merta, menggantikan Hussin yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sejak September 2010. Pelantikan Khalid itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, sebentar tadi - Sumber Berita Harian.

Semoga PDRM akan bertambah maju dan jaya dibawah Timbalan Ketua Polis yang baru ni...

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Timbalan polis yang baru, perlantikan timbalan ketua polis, timbalan ketua polis negara 2011, persaraan timbalan ketua polis negara

Thursday, April 7, 2011

Di Luar Kawasan

Aku sekang berada di luar kawasan...

Banyak plak tu kerja kat sini.. fenin aku... mcm2 oooo...

bila laa nak balik semenanjung ni??? mcm lama je lagi.. huhu

DSC02019

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Monday, April 4, 2011

Maharaja Lawak

Hahahaha.. lawak2...
Jom Layan Video ni...









~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Maharaja lawak video, youtube maharajalawak, jaura maharaja lawak, lawaknya maharaja lawak, gambar maharaja lawak, jenaka maharaja lawak

Sunday, April 3, 2011

ABPBH 2010

Balik keje terus buka TV. Eh ada ABPBH laaa.. baru aku tau - sibuk keje la katakan... Jom layan ABPBH dulu

Keputusan setakat ini:

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam



~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: ABPBH 2010, keputusan ABPBH 2010, pemenang ABPBH 2010, gambar di ABPBH 2010, foto di ABPBH 2010, video ABPBH 2010, gosip ABPBH 2010, artis seksi di ABPBH 2010, gambar seksi di ABPBH 2010, skandal ABPBH 2010, gambar artis ABPBH 2010, juara ABPBH 2010, anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, siaran langsung anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, keputusan akhir anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, hadiah utama anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, keputusan akhir anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, juara anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, tarikh anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, masa anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, siaran langsung tv anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, video streaming anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, red carpet anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, gambar terkini terbaru anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, foto terkini terbaru anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010, video anugerah bintang popular berita harian abpbh 2010,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...