Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, April 14, 2011

Penggunaan Internet Di Malaysia Naik Kepada 41 Peratus

Banyak meningkat tu dari tahun lepas.. Tapi jangan asik main facebook saja sudahlah.. haha...


Penggunaan Internet di Malaysia meningkat kepada 41 peratus pada 2010 daripada 25 peratus pada tahun sebelumnya, demikian menurut hasil kajian Nielsen Mobile Insight Malaysia 2010 yang dikendalikan oleh The Nielsen Co (M) Sdn Bhd.

Pengarah perkhidmatan pelanggan dan capaian pelanggannya Luca Griseri berkata penggunaan Internet tertinggi dicatatkan di kalangan kumpulan muda yang berumur antara 20-24 tahun dengan enam daripada 10 merupakan pengguna Internet.

"Kumpulan ini membesar dengan Internet dan menghabiskan masa pada purata 22.3 jam dalam talian seminggu," kata beliau pada taklimat media di sini Rabu.

Griseri berkata tujuh daripada 10 (72 peratus) pelanggan berkata, liputan yang lebih baik merupakan faktor utama dalam menentukan kepuasan keseluruhan penyedia perkhidmatan Internet (ISP), diikuti dengan kelajuan yang lebih baik (54 peratus), perkhidmatan kualiti lebih baik (40 peratus) dan kadar yang lebih baik (39 peratus).

Hasil kajian itu juga mendapati mobiliti merupakan pertimbangan utama untuk langganan kepada jalur lebar mudah alih di mana bahagian pasaran bagi saluran ini bagi penyambungan Internet berganda daripada 20 peratus pada 2009 kepada 54 peratus pada 2010, katanya.

Beliau berkata jalur lebar tetap bagaimana susut kepada 42 peratus daripada 65 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi sistem dial hampir ketinggalan dengan hanya peratus pelanggan berbanding 13 peratus pada 2009.

Griseri berkata jalur lebar mudah alih mendapat lebih bahagian pasaran, komputer riba dan netbook merupakan peranti yang paling kerap digunakan untuk mengakses Internet (55 peratus), diikuti desktop (34 peratus) manakala telefon mudah alih (11 peratus).

Kajian Nielsen itu dikendalikan antara Oktober dan Disember tahun lepas dan meninjau hampir 4,000 pengguna di seluruh negara mengenai penggunaan telefon mudah alih dan Internet. - BERNAMA

~ Bajonz ~
~ Photo ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...