Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Bila Ringgit Malaysia Bawah RM3

13 tahun tu....


Nilai ringgit berada di tahap paling tinggi dalam tempoh 13 tahun, hari ini di bawah RM3 atau lebih tepat RM2.99 bagi setiap AS$.

Ini membolehkan masyarakat negara ini membeli barangan siap import dengan harga lebih murah seperti barangan kosmetik, pakaian, perabut, kasut sehinggalah kabinet dapur dan sebagainya.

Pada masa yang sama, kos untuk membeli bahan mentah dari luar negara menjadi bertambah kecil, justeru, kos pengeluaran akan menjadi berkurangan dan pihak pengilang mampu mengekalkan harga yang kompetitif untuk produk tempatan tanpa perlu mengurangkan margin keuntungan.

Dari segi lain pula, pengukuhan nilai ringgit berbanding AS$ akan menguntungkan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara dengan kemampuan lebih besar untuk menaikkan elaun bulanan agar anak-anak tidak perlu mengikat perut dan membeli lebih banyak buku pembelajaran.

Misalnya, jika dahulu ibu bapa terpaksa membayar RM1,900 untuk mendapatkan AS$500 untuk perbelanjaan sebulan anak mereka yang belajar di luar negara, kini perbelanjaan tersebut boleh ditampung hanya dengan RM1,497 sahaja, kurang RM400 berbanding sebelum ini.

Bagi mereka yang suka melancong ke luar negara pula, pengukuhan nilai ringgit pastinya akan membuatkan mereka tersenyum lebih lebar apabila lebih banyak wang mampu dibelanjakan ketika melancong sama ada penginapan lebih baik atau pembelian buah tangan lebih banyak dan lebih berkualiti.

Walau bagaimanapun, pengukuhan ringgit mungkin ‘merisaukan’ para pengeksport dan pengilangan yang berorientasikan pasaran luar negara kerana barangan dari Malaysia menjadi lebih mahal berbanding sebelum ini, justeru, berpotensi menjejaskan jualan.

Mereka ini mungkin perlu untuk mempertingkatkan daya produktiviti dan kecekapan pengeluaran terutama dari segi kos dalam usaha untuk mengekalkan tahap daya saing dengan produk-produk dalam segmen yang sama dari negara lain.

Dengan pengukuhan ringgit juga, lebih banyak dana asing akan bergerak ke Malaysia kerana ringgit menjadi lebih murah untuk berbanding sebelum ini.

Bagi sektor korporat pula, pengukuhan ringgit melegakan syarikat-syarikat yang mempunyai denominasi hutang yang besar dalam AS$ serta membeli bahan mentah import seperti Tenaga Nasional Bhd selain firma seperti MRCB yang terlibat dalam pembekalan ruang pejabat secara besar-besaran.

Di samping itu, kenaikan nilai ringgit ini tentunya menguntungkan firma penyiaran seperti Astro All Asia Networks dan Media Prima Bhd. kerana mereka mampu membeli program-program televisyen buatan luar negara pada harga lebih murah.

Ringgit pernah berada di paras RM2.50 setiap AS$ sebelum berlakunya krisis kewangan Asian tahun 1997.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...