Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, May 31, 2012

Video Pertandingan Buka Tali Bra Terpantas


Sebuah pusat membeli-belah di bandar Gungzhou telah menganjurkan pertandingan yang sangat pelik dan unik iaitu ‘pertandingan lumba buka tali bra’.
Pertandingan ini dianjurkan sempena musim promosi yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah tersebut.
Syarat-syarat bagi pertandingan ini adalah setiap peserta dikehendaki membuka tali bra dari lapan model dalam masa secepat mungkin.
Namun, yang mencabarnya bagi pertandingan ini apabila setiap peserta dibenarkan menggunakan satu tangan sahaja untuk membuka kesemua tali bra tersebut.
Setiap peserta lelaki sedaya upaya menunjukkan kemahiran mereka dan salah seorang peserta berjaya mencipta rekod apabila dia berjaya membuka kesemua tali bra itu dalam masa 21 saat sahaja.
Memang bagi kita rasakan pertandingan sebegini agak pelik, tetapi bagi negara China yang mempunyai 1.3 billion penduduk, pertandingan sebegini menjadi kebiasaan bagi mereka.



Lagi tengok SINI

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Eden Hazard sertai Chelsea



Eden Hazard akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Chelsea, sekali gus mengalahkan saingan juara EPL, Manchester City dan Manchester United yang juga mahukan pemain muda berbakat besar itu.

Pemain sayap Belgium berusia 21 tahun itu mengharungi musim cemerlang bersama Lille dengan menjaringkan 20 gol dalam aksi liga, hanya kurang satu jaringan di belakang penyerang Montpellier, Olivier Giroud.

Dia meledak hatrik pada babak pertama dalam perlawanan terakhirnya bersama Lille, yang menamatkan saingan liga pada kedudukan ketiga musim ini selepas memenangi gelaran musim lepas.
"Saya akan menandatangani kontrak dengan pemenang Liga Juara-Juara," kata Hazard menerusi laman sosial Twitter, kelmarin.

Chelsea menumpaskan Bayern Munich menerusi penentuan penalti awal bulan ini dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, sekali gus layak secara automatik ke pertandingan itu musim depan sekali pun sekadar menamatkan saingan liga pada tempat keenam.

Tiada pengumuman lagi daripada Lille mengenai kenyataan Hazard akan menyertai Chelsea, walaupun kelab itu sebelum ini berkata, mereka bersedia melepaskan pemain berkenaan dengan harga 33 juta euro (RM130 juta).

Chelsea kemudian mengeluarkan satu kenyataan kepada The Associated Press berkata: "Seperti perpindahan lain, apabila kami berhasrat mengumumkan sesuatu kami akan berbuat demikian melalui cara biasa."

City, naib juara Liga Perdana, United dan Arsenal merupakan antara kelab yang dilaporkan berminat menandatangani Hazard, yang mana ejennya baru-baru ini mendakwa pemain itu telah bersetuju dengan syarat-syarat peribadi yang diletakkan oleh kelab-kelab berkenaan.

Perpindahan pemain itu bagaimanapun berlarutan selama beberapa minggu.

Terdahulu Hazard berkata, dia akan mengumumkan destinasi yang ditujui pada majlis anugerah penghujung musim, di mana pemain itu telah diundi sebagai Pemain Terbaik liga Perancis tahun kedua berturut-turut.
Namun dia menangguhkan pengumuman itu dan berjanji untuk menjelaskan kedudukannya selepas perlawanan terakhir Lille dalam aksi liga musim ini, dua minggu lalu.

Pemain tersebut menerima tepukan gemuruh selepas melakukan hatrik menentang Nancy, termasuk sembilan penalti musim ini dan Hazard kemudiannya mencapai mikrofon lalu mengumumkan hasratnya kepada para peminat bahawa dia akan meninggalkan kelab itu tanpa memaklumkan destinasi yang dituju.

Menandatangani Hazard bermakna Chelsea berjaya merampas pemain itu yang turut menarik minat pengurus City, Roberto Mancini dan bos United, Alex Ferguson yang mana kedua-duanya sanggup terbang ke Perancis bagi menyaksikan Hazard beraksi musim ini.

Hazard yang diundi sebagai pemain muda terbaik liga Perancis pada 2009 dan 2010, secara tidak langsung membolehkan pemain itu mengumpul koleksi anugerah untuk empat tahun berturut-turut.

Secara keseluruhan, pemain itu menjaringkan 36 gol dalam 147 perlawanan liga bersama Lille selepas bakatnya dikesan ketika bermain untuk Belgium dan dia kemudian diserapkan ke dalam program pembangunan belia kelab tersebut. - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wanita Tidak sengaja Dedah buah dada


SINGAPURA – Seorang penari wanita secara tidak sengaja telah mendedahkan buah dadanya kepada lebih 7,000 penonton stadium sewaktu mempersembahkan tarian di Stadium Jalan Besar di sini.
Lebih malang lagi, persembahan tersebut disiarkan secara langsung di stesen televisyen republik itu Ahad lalu.
Kejadian ini berlaku sewaktu perlawanan akhir program realiti bola sepak terbitan MediaCorp’s, ‘First XI’.
Sebelum perlawanan berlangsung, sekumpulan 18 orang penari wanita, The Sapphires yang memakai rambut palsu berwarna biru dan berpakaian seksi masuk ke tengah padang bagi membuat persembahan.

Lihat Video dibawah >>



Untuk bacaan lanjut klik SINI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, May 30, 2012

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Letak Jawatan



Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, May 28, 2012

SMART Tutup Rabu & Khamis ini



Lebuh Raya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan ditutup kepada lalu lintas pada Rabu dan Khamis ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan terowong itu.

Menurut kenyataan SMART hari ini, penutupan itu bermula 11 malam pada Rabu hingga 6 pagi keesokannya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi SMART di talian 1300887188. - BERNAMA




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

WWW 1 Milik Sultan Johor



Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.
Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.
Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.
Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.
Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.
Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, May 27, 2012

China dan Korea ke Final Piala Thomas


China tidak pernah kalah setiap kali layak ke final Piala Thomas dan esok mereka akan memburu gelaran kesembilan selepas menundukkan Jepun 3-0 pada separuh akhir, semalam.

Turun sebagai pilihan pertama, juara empat kali berturut-turut itu bakal ditentang pilihan kedua, Korea Selatan, yang menempah tiket akhir buat kali kedua dalam sejarah 63 tahun kejohanan selepas menumbangkan gergasi Eropah, Denmark 3-1.

Kemaraan China semalam tidak diraih dengan mudah dan semua pemain mereka diberi tentangan hebat, bermula dengan juara Olimpik, Lin Dan yang bekerja keras serta ketinggalan beberapa kali sebelum menjinakkan Sho Sasaki 21-23, 17-21 untuk mata pertama.

Pasangan No. 1 dunia, Cai Yun-Fu Haifeng turut berhempas pulas ketika menentang Shoji Sato-Naiki Kawamae tetapi bantuan penyokong tuan rumah menaikkan semangat kepada mereka untuk meraih mata kedua 25-23, 21-18.
Pemain No. 3 dunia, Chen Long mengesahkan kemenangan China selepas menundukkan naib juara All England 2010, Kenichi Tago 21-13, 21-16.

“Korea dan China memiliki ramai pemain muda, jadi perlawanan akhir akan menguji keupayaan pemain-pemain ini. Bagi saya, bertemu Lee Hyun Il pula tidak mudah, dia nampak amat mantap sejak kembali daripada persaraan," ujar juara dunia empat kali, Lin Dan.

Satu lagi separuh akhir Denmark memberi tentangan habis-habisan dalam usaha mencari tiket final kali kesembilan, namun pada akhirnya Lee Yong Dae-Kim Sa Rang menjulang Korea dengan menumpaskan Jonas Rasmussen-Joachim Fischer Nielsen 11-21, 21-19, 21-15.

Pemain veteran, Lee Hyun Il sebelum itu meletakkan Korea di depan menerusi kemenangan 17-21, 21-14, 21-10 ke atas Peter Hoeg Gade, tetapi Denmark menyamakan kedudukan 1-1 selepas Yoo Yeong Seong-Ko Sung Hyun tumpas 10-21, 12-21 kepada Carsten Mogensen-Mathias Boe.

Aksi mantap Shon Wan Ho dalam perseorangan kedua membolehkannya menumpaskan Jan O Jorgensen 21-13, 14-21, 21-16 untuk Korea kembali di depan, sebelum Yong Dae-Sa Rang melengkapkan kemenangan 3-1.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

China Juara Piala Uber Kali Ke-12



China muncul juara Kejohanan Badminton Piala Uber untuk kali ke-12 selepas merampas kejuaraan daripada juara bertahan Korea Selatan pada perlawanan akhir di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, di sini, Sabtu.
China menjinakkan Korea Selatan 3-0, sekali gus menebus kekecewaan selepas kalah 1-3 kepada pasukan itu pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.
China tidak menghadapi masalah untuk memungut mata pertama menerusi Wang Yihan yang mengetepikan cabaran Sung Ji Hyun 14-21, 22-20, 21-13.
Beregu utama China, Yu Yang/Wang Xiaoli mengumpul mata kedua setelah menumpaskan gandingan Kim Min Jung/Ha Jung Eun 21-15, 21-13.
Mata kemenangan China diraih menerusi perseorangan kedua Wang Xin yang mudah mengalahkan Bae Youn Joo 21-10, 21-16.Sementara itu, China akan menentang Korea Selatan pada final Piala Thomas esok. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Zed Zaidi Presiden Baru Seniman



Pelakon, Zed Zaidi telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013.
Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu dengan 152 undian.
Selain Zed, dua lagi calon yang turut bertanding merebut jawatan itu adalah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).
Manakala Elyas Iskandar telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru dengan majoriti undian sebanyak 97 undi.
Seramai 220 ahli yang layak telah membuang undi untuk pemilihan jawatankuasa terbaru itu.
Sebelum itu, Zed yang sepatutnya bertanding jawatan tersebut dengan bekas presidennya iaitu Datuk Mustapha Maarof bagaiamanpun beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri sebelum pengundian dimulakan.
Dalam pada itu, Zed ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan semua ahli yang telah mengundinya dan memberitahu ia adalah bukti ahli Seniman telah bersedia untuk menerima pucuk muda sepertinya untuk memimpin persatuan itu.
Zed memberitahu, dia berbangga dapat memimpin Seniman yang telah berusia 38 tahun itu dan berjanji akan memastikan semua ahli akan terbela nasibnya.
Harun tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang selama satu penggal.
"Saya akan memastikan semua nasib ahli Seniman akan terbela dan sudah sampai masanya imej para artis di negara ini perlu ditingkatkan," katanya.
Mengulas mengenai pengunduran Mustapha sebagai calon Presiden, Zed memberitahu dia menghormati keputusan beliau dan berharap akan dapat bekerjasama dengannya dalam memperbaiki Seniman.
"Beliau adalah orang lama dan banyak pengalaman. Kami dipihak Seniman akan terus bekerjasama dengannya dalam mengambil kira pandangan dan ideanya sebagai orang berpengalaman dalam Seniman," katanya.
Sementara itu, bekas presiden Seniman penggal 2010/2011 iaitu Harun Salim Bachik yang tidak mempertahankan jawatannya memberitahu dia yakin Zed dapat membawa Seniman ke arah yang lebih baik dan berharap semua ahli akan bersatu hati dalam memastikan persatuan itu dihormati.
"Harap-harap Zed akan dapat membawa Seniman ke tahap yang lebih tinggi lagi," ujarnya.
Tambah Harun, dia juga akan terus setia bersama Seniman sebagai ahli dan sedia memberi pandangan sekiranya diperlukan pada masa akan datang.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, May 26, 2012

Berat Badan Lisa Surihani Meningkat



Pelakon Lisa Surihani mengakui berat badannya telah meningkat sebanyak empat kilogram selepas tiga bulan berkahwin dengan pengarah, Yusry Abdul Halim.
Lisa berkata, dia memang berhasrat untuk menaikkan berat badannya kerana merasakan dirinya terlalu kurus.
"Berat sebelum kahwin 46 kilogram dan sekarang telah bertambah kepada 50 kilogram dan saya gembira dengan peningkatan itu kerana berat badan saya dibawah paras ideal sebelum ini," 
Tambah Lisa, dia tidak mengetahui punca peningkatan itu namun tidak menafikan bahagia bergelar isteri sebagai salah satu sebab kepada penambahan itu.
"Mungkin tengah bahagia kot," ujarnya bergurau.
Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Mac lalu dan pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrayaja.
Dalam pada itu, Lisa berkata, kehidupan sebagai seorang isteri adalah sangat menyeronokkan walaupun kedua-dua mereka sering sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Bagiamanapun kata Lisa, dia bertuah kerana mereka saling memahami tentang tanggungjawab dan kerjaya tambahan pula berada dalam satu industri yang sama.
"Yusry banyak bertolak ansur apabila cuba mengikut jadual kerja saya supaya kami dapat menghabiskan masa berkualiti bersama.
"Apabila saya sedang bekerja dia juga akan turut bekerja dan akan berhenti selepas saya selesai menjalani penggambaran," ujarnya.
Tambah Lisa, kadang-kala suaminya itu akan bertandang ke lokasi penggambarannya untuk membuat kerja sementara menunggunya.
Sementara itu, Lisa berkata dia mungkin tidak akan menerima lagi sebarang tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri kerana ingin menumpukan lebih perhatian terhadap rumah tangga dan suami.
Ujar Lisa, drama bersiri Dimanakan Juwitaku sebanyak 15 episod untuk siaran Astro Ria yang sedang menjalani penggambaran berkemungkinan akan menjadi siri terakhirnya.
"Keputusan ini bukan atas paksaan Yusry atau daripada orang lain tetapi atas kesedaran diri sendiri kerana apabila sudah berkahwin tumpuan dan tanggunjawab saya sebagai isteri telah berubah.
"Walaubagaimanapun itu cuma kemungkinan dan jika rezeki memang kepada drama bersiri saya tetap akan buat," katanya.
Selain Dimanakan Juwitaku, Lisa bakal muncul dengan filem Dendam Orang Mati, Saya Amat Mencintaimu, Istanbul Aku Datang dan Ular.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, May 23, 2012

Malaysia Gagal Dalam Piala Thomas



Malaysia menamatkan kempen Piala Thomas 2012 setelah tewas kepada China 0-3 pada perlawanan peringkat suku akhir di Gimansium Pusat Sukan Wuhan, di sini malam Rabu.
Dengan kekalahan itu, genap 20 tahun Malaysia gagal membawa pulang piala berprestij itu selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1992.
Liew Daren, yang menggantikan Datuk Lee Chong Wei selaku perseorangan pertama, bermula baik apabila berjaya mencuri set pertama 21-17 daripada perseorangan China, Lin Dan.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu, gagal meneruskan rentak cemerlang untuk menyaingi ketangkasan Lin Dan pada set kedua dan ketiga yang berkesudahan 21-9 dan 21-5.
Gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heon yang diturunkan semula hari ini turut kecundang di tangan beregu nombor satu dunia, Cai Yun/Fu Haifeng 21-17, 21-18, begitu juga dengan perseorangan kedua, Muhammad Hafiz Hashim yang tewas mudah di tangan Chen Long 21-10 dan 21-11.
Jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata kekalahan itu telah dijangka memandangkan pasukan China dibarisi pemain ranking tertinggi dunia.
"Memang kita tahu China lebih kuat daripada kita. Pemain China semuanya 'top players'...nombor dua, nombor tiga dunia, memang sukar untuk kita dapatkan satu mata pun," katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di sini.
Beliau yang mengakui ketiadaan Chong Wei turut menjejaskan kekuatan pasukan, bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Liew Daren kerana berjaya menundukkan Lin Dan pada set pertama.
China akan bertemu Jepun pada separuh akhir esok, manakala Denmark akan bertemu Korea Selatan pada satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Malaysia Kalah 2-3 kepada Denmark



Malaysia ketinggalan 1-3 dengan Denmark selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri pada perseorangan pertama ketika menentang Pete Hoeg Gade pada perlawanan Kumpulan C, kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China hari ini.

Chong Wei terpaksa meninggalkan gelanggang ketika mendahului 2-1 pada set pertama akibat kecederaan pada pergelangan kaki ketika mengambil pukulan belakang Gade.

Harapan untuk beregu pertama negara mengutip mata penyamaan tidak kesampaian apabila pasangan Tan Boon Heong/Hoon How Thien tewas kepada Carsten Mogensen/Mathias Boe 17-21, 23-21, 11-21.

Bagaimanapun, Liew Daren mengembalikan harapan negara selepas menundukkan Jan O Jorgensen dengan straight set 21-15, 21-13 dalam acara perseorangan kedua.

Koo Kien Keat/Goh V Shem gagal menyaingi pasangan Jonas Rasmussen/Joachin Fischer Nielsen apabila tewas 21-18, 21-15 sekali gus menyukar harapan negara untuk ke separuh akhir.

Walaupun tidak memberi sebarang makna kepada skuad negara, Muhammad Hafiz Hashim tetap menunjukkan kesungguhan untuk menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 17-21, 21-17, 21-19 pada perlawanan terakhir


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, May 22, 2012

Drogba tinggalkan Chelsea



Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba mengesahkan akan meninggalkan juara Eropah yang baru, Chelsea selepas kontraknya bersama kelab EPL itu tamat akhir Jun ini.

Drogba menyertai kelab itu sejak 2004 selepas berpindah dari kelab Perancis, Marseille dan telah menjaringkan 157 gol dalam 341 penampilan serta membantu Blues menjulang 10 trofi.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan kelab London dengan cemerlang selepas menjaringkan gol penyelamat ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-juara serta menyempurnakan sepakan penalti untuk penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat selepas masa tambahan.

"Saya mahu menamatkan spekulasi ini dan saya mahu sahkan bahawa saya akan tinggalkan Chelsea," katanya kepada laman web kelab itu.

"Ia satu keputusan yang berat untuk diputuskan tetapi saya bangga dengan apa yang kami capai tetapi inilah masanya untuk saya mencari cabaran baru." - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Bekas Peguam Cara Negara II Wakili Anwar



Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang pernah mengendalikan pendakwaan ke atas kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan pelbagai pihak apabila hadir ke mahkamah sebagai salah seorang peguam bela Ketua Pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.
Sejurus selepas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed memperkenalkan dirinya kepada Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah, kedengaran sorakan, gelak ketawa dan tepukan daripada penyokong Anwar.
Ketika ditanya oleh pemberita selepas perbicaraan kes itu, Mohd Yusuf berkata; "Saya agen bebas. Datuk Seri Anwar mempunyai hak untuk memilih peguam pilihannya."
"Mereka meminta saya untuk menyertai pasukan itu. Saya sanggup dan mampu."
"Beliau menghubungi saya malam tadi dan saya tidak teragak-agak untuk menyertai barisan pembelaan mereka," katanya.
Ditanya sama ada terdapat konflik kepentingan untuknya mewakili Anwar yang pernah didakwanya sebelum ini, beliau berkata: "Saya tidak menyertai sebuah parti politik. Saya hanya seorang peguam bela. Saya tidak mempunyai hubungan politik. Saya seorang yang profesional."
Ketika ditanya sama ada tindakan itu sebenarnya untuk mencabar Peguam Negara, beliau menafikan spekulasi tersebut dengan menyatakan bahawa "Saya tiada isu peribadi. Tiada komen."
Mohd Yusof mengambil keputusan bersara pada 1 Februari lalu dan meninggalkan Jabatan Peguam Negara untuk menubuhkan firma guamannya sendiri.
Ketika ditanya sama ada beliau akan terus mewakili Anwar, Mohd Yusof berkata; "Ia bergantung kepada keadaan."
Sementara itu, ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh berkata, beliau mengalu-alu kehadiran Mohd Yusuf untuk menyertai pasukan pembelaan tersebut.
"Ia adalah kes pertama untuknya sebagai seorang peguam bela. Dia memilih untuk bersama dengan kami. Saya berada di sini untuk membimbingnya," kata Karpal.
Karpal berkata, beliau terkejut selepas mengetahui berita tersebut daripada Anwar pada malam Isnin tetapi tidak membantahnya.
"Beliau pendakwa berpengalaman. Ia bukan satu keputusan yang mudah untuknya. Kami tidak meragui keputusannya itu. Datuk Mohd Yusuf secara sukarela menyertai pasukan kami," katanya.
Seorang lagi peguam bela Anwar, S.N.Nair berkata, Anwar mendapatkan khidmat rundingannya jika terdapat konflik kepentingan berhubung tindakan Mohd Yusuf mewakili beliau.
"Kami tidak melihat konflik dan tidak membantah beliau untuk menyertai pasukan kami," katanya.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Promosi Sempena Ketibaan Ramadhan & Raya

Bajonz Photography mengadakan promosi hebat pakej photography dan berbaloi-baloi... Apa lagi jom tengok...

Promosi Hebat ..................... Sempena Ketibaan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri


Berikut adalah senarai harga pakej untuk Perkahwinan dan Pertunangan. Harga untuk lain-lain majlis ataupun sebarang pertanyaan sila hubungi saya. Marilah anda semua merebut Pakej Photography yang termurah dan termantap ini sementara ianya masih berpatutan... Deposit yang berpatutan, Save the Date. Klik LIKE SINI


Senarai Pakej Photography Untuk Perkahwinan

Pakej A - Shoot and Burn (RM450) 
Events:  Nikah dan Bersanding  atau  Bertandang sahaja
>> Up to 500 pictures taken
>>  Thumb Drive 4GB (pictures compilation)

Pakej B  (RM660)
Events: Nikah dan Bersanding  atau  Bertandang sahaja 
>> 1 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album
>> 120 printed pictures including photo touch-up (4R)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 1 x 8R printed with frame

Pakej C  (RM800)
Events: Nikah dan Bersanding  atau  Bertandang sahaja
>> 1 x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 1 x 8R printed with frame

Pakej D   (RM950)
Events: Nikah + Bersanding + Outdoor  atau  Bertandang + Outdoor
>> 1 x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 4GB
>> FREE 2 x 8R printed with frame

Pakej E   (RM1200)
Events: Nikah + Bersanding + Outdoor  atau  Bertandang + Outdoor
>> 1 x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> 1 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album (120 printed x 4R)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 2 x 8R printed with frame
>> FREE Pre-Wedding photo shoot (Putrajaya)

Pakej F   (RM1350)
Events: Nikah + Bersanding + Outdoor  atau  Bertandang + Outdoor
>> 2 x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 3 x 8R printed with frame
>> FREE Pre-Wedding photo shoot (Putrajaya)

Pakej G - 3 in 1 > (Majlis Perempuan & Lelaki)


G.1 (RM1300)
Events: Nikah + Bersanding + Bertandang 
>> 2 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album
>> Unlimited pictures taken
>> 240 printed pictures including photo touch-up (4R)
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 2 x 8R printed with frame
>> FREE basic outdoor shooting

G.2 (RM1450) 
Events: Nikah + Bersanding + Bertandang 
>> 1 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album (120 printed x 4R)
>> x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 2 x 8R printed with frame
>> FREE basic outdoor shooting
>> FREE Pre-Wedding photo shoot (Putrajaya)

G.3 (RM1550) 
Events: Nikah + Bersanding + Bertandang
>> 2 x Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 2 x 8R printed with frame
>> FREE basic outdoor shooting
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE Pre-Wedding photo shoot (Putrajaya)

Pakej H - 4 In 1 > (Majlis Perempuan & Lelaki)


H.1 (RM1850) 
Events: Nikah + Bersanding + Bertandang + Outdoor
>> 1 x Story Album 8” x 12” (22 pages)
>> 2 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album (240 printed x 4R)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 3 x 8R printed with frame
>> FREE Pre-Wedding photo shoot

H.2 (RM2150) 
Events: Nikah + Bersanding + Bertandang + Outdoor
>> 2 x Story Album 8” x 12” (22 pages)
>> 1 x Sticky Album 13” x 13” with custom cover album (120 printed x 4R)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 3 x 8R printed with frame
>> FREE Pre-Wedding photo shoot


Senarai Pakej Photography Untuk Pertunangan

Pakej A (RM350) shoot & burn 
>> Up to 400 pictures taken
>> 1 DVD pictures compilation

Pakej B (RM470) 
>> 1 Sticky Album 13” x 13” with custom cover album
>> 120 printed pictures including photo touch-up (4R)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 1 x 8R printed with frame

Pakej C (RM570) 
>> 1 Custom/Story Album 8” x 12”  UV (20 pages) 
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 1 x 8R printed with frame



Senarai Pakej Photography Untuk Pre Wedding


Pakej A (RM300) shoot & burn 
>> Up to 150 pictures taken
>> 1 DVD Pictures Compilation
>> Location - Putrajaya
>> 3 Hours

Pakej B (RM420)
>> Story Album 5” x 7” (20 pages)
>> Up to 150 pictures taken
>> DVD Pictures Compilation & Slide Show with Printed Disc & Cover
>> FREE 1 x 8R printed with frame
>> Location - Putrajaya
>> 3 Hours


Sila hubungi Bajonz melalui Email, Handphone ataupun SMS untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Email : bajonz100@gmail.com
Handphone : 016.3603644


Klik sini untuk sample album:
>> Sticky Album
>> Story Album
>> DVD Cover




LIKE Facebook Page Bajonz Photography Klik SINI


Arina Engagement


http://bajonzjambul.blogspot.com ~
http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Piala Thomas: Malaysia Kalahkan Afrika Selatan 5-0


Malaysia meniti laluan mudah untuk menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan perseorangan pertama republik itu Jacob Malieka 21-13, 21-10.

Beliau berkata meskipun menentang pasukan bukan pilihan, perlawanan pertama itu penting bagi para pemain negara mendapatkan suasana kejohanan.

"Perlawanan pertama ini juga untuk kami mengetahui keadaan sebenar stadium seperti kondisi pendingin hawa dan angin.

"Ini penting sebagai persediaan kerana esok kami akan menghadapi perlawanan yang sukar iaitu bertemu pasukan Denmark," katanya kepada wartawan Malaysia.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren juga tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan Willem Viljoen 21-11, 21-9 manakala perseorangan ketiga Muhammad Hafiz Hashim pantas mengenepikan cabaran Prakash Vijayanath 21-10, 21-8.

Beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula menumpaskan beregu Afrika Selatan Dorian Lance James 21-8, 21-12 manakala Goh Wei Shem/Lim Khim Wah mengalahkan Prakash Vijayanath/Jacob Malieka 21-11, 21-14. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tidak Boleh Bersih 4.0 Kata Datuk Bandar



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK) tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan peniaga yang mahu membuka pasar malam di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini, pada Khamis dan Jumaat ini.
Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seseorang itu tidak dibenar menceroboh kawasan orang lain, justeru kumpulan yang menggelar diri "Bersih 4.0" mesti batalkan hasrat mereka.
"Mereka mesti memohon kebenaran kami tetapi kami tidak akan benarkan. Orang buat silap...kita jangan ikut. Kalau semua orang ikut buat salah dan tidak endahkan undang-undang apa akan jadi kepada negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sayap baharu Hotel Impiana KLCC, di sini, Isnin.
Semalam, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga dan disokong pembangkang di ibu kota pada 28 April lepas.
Kumpulan itu juga dilapor akan tetap membuka gerai di kawasan terbabit jika permohonan permit mereka ditolak.
Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata rakyat harus berhenti berbuat demikian kerana setiap kali perhimpunan berlangsung, DBKL terpaksa mengeluarkan belanja besar selain mengalih tumpuan daripada perkara lebih penting.
"Majoriti penduduk di Kuala Lumpur tidak mahu diganggu. Kita dikenali sebagai sebuah negara aman, mengapa nak buat perkara negatif?" katanya. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Hanya 22,270 Sertai Bersih 3.0



Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.
Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.
Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.
"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, May 21, 2012

Stadium Penuh Dengan Penyokong Kelantan



Penyokong Kelantan menawan Stadium Nasional apabila lebih separuh daripada 85,000 tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby semalam dikuasai penyokong Red Warriors.

Daripada jumlah tersebut, di anggarkan lebih 65,000 adalah penyokong Kelantan, manakala selebihnya penyokong Sime Darby.

Agak mengelirukan kerana penyokong kedua-dua pasukan memakai baju yang sama iaitu warna merah dan mereka hanya dapat dibezakan menerusi logo pasukan masing-masing.

Difahamkan 90 peratus daripada penyokong Sime Darby yang hadir menyaksikan perlawanan semalam terdiri daripada kakitangan syarikat tersebut dan selebihnya adalah penyokong dari pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia.

Walaupun final semalam melibatkan pertembungan skuad negeri, Kelantan menentang pasukan berstatus kelab, kehangatan final tetap dirasai seawal pukul 5 petang.

Penguasaan penyokong Kelantan ketara sebelum memasuki stadium lagi, apabila mereka mula memenuhi pekarangan stadium sejak awal petang.

Kebanyakan penyokong tiba dengan menggunakan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak pasukan masing-masing.

Ada penyokong Kelantan yang sampai ke venue perlawanan sejak awal pagi, selepas bertolak dari Kota Bharu pada tengah malam kelmarin.

Namun agak mengecewakan kerana ada segelintir penyokong yang turut membawa masuk bahan larangan seperti mercun.

Malah ada juga yang mengibarkan bendera parti politik.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

RM500,000 kepada pemain Kelantan



Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA malam tadi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.

"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...